Followers

Wednesday, September 7, 2016

'Rayban shades'

THE MUST-HAVE RAYBAN SHADES FOR EVERY STYLISH WOMAN

Everyone knows that Rayban has been a very popular brand for its stylish sunglasses. Women are seen flaunting it everywhere they go with anything they have on. The sunglasses from the Rayban brand are designed from the latest trends and never fail to impress us with its collection. Sunglasses definitely are a favourite accessory for us as it helps give a nice enhancement to our look without much effort. Have you have your own Rayban shades yet? Take a look at the must-have Rayban shades that you should definitely add into your fashion wish list. Pick your favourite shades and style it with pride everywhere you go.
1.    Classic Black

This is the popular choices which every woman loves as it hides away those terrible eye bags and gives you that chic look. The black sunglasses from Rayban give a woman that mysterious vibe and are sexy in its own way. Wear it with anything you have on such as a simple tee and it will look amazing on you. Strut down the streets looking gorgeously chic with your stylish Rayban shades.


2.    Gradient Look

For the ladies who want that peekaboo effect, the gradient Rayban sunglasses will be the perfect choice. The brown gradient shades seems to be a very popular accessory as it has that simple yet trendy touch to a person’s appearance. Others can still have a glimpse of your eyes and the shades definitely give that great fashionable look.


3.    Mirrored Design

If you prefer for a more daring appearance, the mirrored Rayban shade designs absolutely is to die for. It gives off that sophisticated yet brave bold look and you will feel that extra boost of confidence. Everybody will definitely stare into your direction as it draws focus to your face.

Wednesday, July 20, 2016

Salam Aidilfitri 2016, Syawal 1437

Assalamualaikum.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN..

Tahun turn raya kampung ku di Marang, Terengganu. Alhamdulillah dapat berkumpul dengan Ma, adik beradik, anak-anak saudara walaupun tak semua yang dapat balik... 

My Big Family...
Tema tahun ni "GREY"
#teamgrey
My Ma
My Family
Masih berlima lagi..
Ma aku & anak-anak arwah Kak Long ku...
Abah & abang mereka yang sulung jer tak dapat balik raya kali ni..
(Shahrin, Ira, Ma, Shahfiq & Shahril)

Ma & anak-anak kakak aku no 2, Kak Zie
Masa ni Kak Zie, Abg Lan (Suami) dan sorang anak dia yang no 3 belum balik lagi
(Fakhrul, Fahmi, Farhan, Najla, Ma & Nabilah)
Ni keluarga Kak Zie aku..
Semua ada dalam gambar ni, raya ke 3 tak silap aku.
(Fahmi, Najla, Nabilah, Kak Zie, Abg Lan, Fakhrul, Fitri & Farhan)
Keluarga kakak ku no 3, Kak yah
(Ashraf, Kakyah & Abg Man)
Keluarga kakak no 4, Kakli
(Naim, Abg Li, Kakli, Nawirah, Esha & Amni)
Keluarga kakak kembar ku no 7, Kakni
(Kakni, Abg Seli, Ammar & Dhia)

Ma & adik perempuan bongsu aku Wawa,
Adik bongsu yang lelaki tak dapat balik beraya gak.
TEAM LELAKI

TEAM PEREMPUAN





Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna untuk kita semua..

Thursday, June 30, 2016

Setelah Sekian Lama Menyepi

Assalammualaikum...

Hola... Lama gila kot tak update blog nie. Lama betul menyepi dari dunia blog.
Apa khabar teman-teman blogger? Aku dan keluarga sihat-sihat aje, takde la sakit yang sangat teruk cuma batuk selsema biasa la kan dengan cuaca sekarang. Ape cerita sekarang..?? Aku selalu gak baca blog-blog korang, baca secara bundle terus...Benornya aku ni tak tahu nak citer pasal ape, kalu boleh sume nak citer, pasal anak-anak, pasal kerja, pasal rumah, pasal kehidupan seharian macam mana.

Untuk 2016 ni, banyak perkara sedih manis terjadi. Btw aku dah tukar tempat kerja tau. Dah setahun kerja dengan company baru ni, now office kat PJ, so pagi-pagi selalu la hadap jem tu... So far ok la kerja sini walaupun asal stress jer nak berhenti..hahahah tapi idok2 jugak berhentinya...tunggu peknen no 4 la...hahhaha

Citer sedih tahun ni gak, Arwah Kak Long aku meninggal dunia secara mengejut. Terkejut, sedih dan masih terasa kehilangannya nie. Kadang aku lupa yang arwah dah takde..Last year nenek aku yg meninggal dunia..Rindu sangat kt arwah yang meninggalkan aku.. Al-fatihah...

ehmmm ok la korang, now kerja tengah "overload" maklum la nak cuti raya lama kan... Eh sebut pasal raya, aku tahun ni raya kt kg aku dulu kt terengganu, meh la dtg beraya yek...

Selamat berpuasa dan selamat hari raya yek korang...
Mintak maaf salah silap selama perkenalan kita...

Raya 2014, raya terakhir bersama Arwah Kak Long dan Arwah Nenek...









Tuesday, September 8, 2015

Tempahan Grille, Gate & Awning

Salam...

Dah kaku nak menulis sekarang. Nak taip entry ni pun sepuluh kali tulis delate tulis delate..

Back to head story, ni aku nak share bisness laki aku sekarang. Dia sekarang dah buka kedai welding sendiri.. Hampir setahun dah kedai tu beroperasi, Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak dan keluarga.

So alang-alang aku ni ada blog, nak la promote kedai suami sendiri kan. Kedai ni terletak di Taman Puchong Intan 1, area rumah aku gak la, dekat sikit.

Kalau korang rase nak menempah grille, gate or awning ke meh la datang kedai untuk quote harga and pilih design macam mana nak buat...Tak nak datang kedai, call pun boleh juga, nanti team kami datang rumah terus ukur, korang pilih design dan quoted harga, in shaa allah harga berpatutan.. Kalau korang nak suruh buat quotation tu FOC je..

Eh lupa pulak nak bagitahu nama kedai tu kan. Ni aku kasi detail


JDY GEOTECH RESOURCES
32 (GF), Jalan Intan 1, 
Taman Puchong Intan.
Contact No 016 212 5397 (Zaidi)

Ni diantara project-project yang dah siap.





Korang pun boleh follow JDY punya Fb pages JDY GEOTECH RESOURCES
ataupun follow IG @jdygeotech.. 

Ok, tak reti nak buat penutup.. Selamat menempah ok...kuikuikui




Tuesday, September 1, 2015

Trend Blouse Moden Online Terkini


Sejak kebelakangan ini, ramai wanita yang kelihatan lebih selesa bergaya dengan koleksi blouse moden untuk tampil ke majlis-majlis istimewa berbanding bergaya dengan koleksi baju kurung. Seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, kita dapat lihat penampilan ramai wanita yang bijak memadankan blouse moden dengan pemakaian skirt labuh dengan potongan mermaid atau A-cutting. Berikut merupakan trend-trend blouse moden online terkini;
Ramai yang memilih cardigan kimono ini sebagai pilihan utama yang digayakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata jika anda memilih untuk tampil ringkas dengan koleksi cardigan kimono ini?
Selain cardigan kimono, koleksi loose kaftan seperti berikut juga mendapat perhatian ramai dan amat sesuai untuk dipadankan dengan pemakaian skirt labuh potongan mermaid atau palazzo pants.
Dan jenis blouse yang ketiga adalah blouse peplum yang bukan sahaja sesuai dipakai sebagai pakaian kasual malah boleh juga dipakai ketika menghadiri majlis-majlis istimewa. Padankan bersama jeans kegemaran anda atau skirt labuh untuk dua gaya yang berbeza.
Simple bukan? Hanya dengan pemakaian blouse moden online seperti ini, anda dijamin kelihatan lebih menyerlah dan pada yang sama kekal selesa sepanjang pemakaian. Trend pemakaian blouse moden ini juga sesuai untuk mereka yang bertudung mahupun tidak bertudung.


Tuesday, July 14, 2015

14 July 2015- Fuhhh...

Salam...
Wei la wei. Lama giler kot tak update blog nie. Nasib la password ingat lagi.kuikuikui. Nak citer pasal ape pun tak tahu dah ni. Alhamdulillah, kita dah masuk Ramadhan yang ke 27, kali ni ramadhan lebih meriah dengan adenya "bunga-bunga" penyeri hidup aku tu. Masih 3 orang anak lagi dan takde penambahan pun lagi. Kan jangan pulak cakap tengah tunggu hari kat aku, sentap tau...huhuhu... Ehhh aku dah blur nak tulis ape nie... ok la chow bedah..



gambar takde kaitan dengan entry,...kuikuikui...

Tuesday, November 11, 2014

My Label... D'Rafhanah

Bismillahirahmanirahim....

Allahamdulillah, sekarang aku dah de label tudung sendiri, D'Rafhanah namanya. Nama label ni sempena pangkal terakhir nama anak aku. Buat mase sekarang nie hanya wide shawl biase jer, tu pun stock sangat limit. Untuk permulaan ok la nak tambah sikit pendapatan, al maklum la anak dah 3. So kena cari duit lebih sikit untuk keluarga dan anak-anak. Korang meh la like fb D'Rafhanah.


Tuesday, October 28, 2014

Olaaaaa....ehmmm ehmmm..

Assalam
Hi korang..
Kenal lagi tak aku nie...??
Sekarang aku dah jadi mak anak 3 dah.
Harap ade la yang masih kenal dan sudi baca blog ikan bilis mata hitam aku nie yek.
Sian blog aku nie dah macam rumah hantu tak bertuan kaedahnya.
Tuannya main ramai anak makin malas nak update blog nie.
Malas ah nak taip panjang-panjang meh nak perkenalkan baby no 3 aku yek.
Mana yang follow fb or ig aku dah tengok dah kot..

Ni la dia bunga no 3 dalam hidup aku....




setiap tahun bertambah ahli keluarga.... meriah ko..kilang setiap tahun operasi...muahhahahah


Wednesday, May 28, 2014

WW :- rindu kita tak....??

Fuhhhh...lama giler tak hapdate blog nie...
sian ko blog dapat tuan macam aku nie...




Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah... Di beri peluang yang ke 3...

As salam...
Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan 3 kan..
Last entry sebulan yang lalu...
Permulaan untuk entry terbaru, aku nak kongsi citer gembira dengan korang semua...
Alhamdulillah, dengan izin dan peluang yang Allah kasi, aku peknen lagi...
Mula-mula tahu memang macam tak caya, tapi bila dah gi scan tengok baby dah besar, dah aktif rase macam seronok....

...Sekali test terus double line, jelas dan nyata pulak tu...


...My little baby....


...Perut ku yang dah makin membesar...

:::Klik, klik, klik....:::