Followers

Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Asal pregnent jer jadi sensitif....

Salam sume... Rindunya kt korang sume..korang rindu aku tak.. tetiba kannn... Nak tanya korang yang dah pernah ade pengalaman mengandungkan, korang jadi sensitif tak time-time macam nie?? Kalu aku kan, memang dah sensitif orangnya, bila mengandung double triple ah sensitifnya..Aku ingat bila pregnent takde la sensitif, sebab ade orang cakap bila kita pregnent, hormon kita berubah. Ape yang kita suka sebelum pregnent kita akan jadi tak suka mase pregnent. Tapi kalu bab sensitif nie, aku jadi lain. 

Ingat bila pregnent kali ke-2 nie, xde la se'sensitif' macam mengandungkan Daaliyaa, tapi tak pun same ajer..
Pantang kena marah, terguris hati.. Kena tegur or kutuk pun terguris hati..lebih-lebih lagi kali laki aku buat perkara2 demikian... mula ah mengalir air mata nie.hohohoo..

Contoh, macam malam kelmarin, laki aku de la tegur sesuatukan, pastu terus sentap kooo... mula ah menagis2 pastu angkat Daaliyaa naik tido kat atas... tido sambil nangis2..sedih bebenoor... pastu esoknya tak cakap pun dengan laki aku tu... padahal benda tu biase jer, tapi aku rase nak sentappp jer.. sebelum tu elok jer aku duk main2 gurau dengan laki aku tu.. Laki aku nie pulak jenis susah nak pujuk bila kita merajuk ke menangis ker. Dia buat tak tahu jer.. Tak romantik langsung...hohohoohohohoho..

So pagi tadi, dia dah balik Taiping, still tak cakap lagi.. Aku buat tak tahu jer...tak baikk kan..tapi dah hati aku nie bila dah sentap gini jer la jadinya... Tapi semalam, time makan dia ajak aku makan, aku buat tak thu jer, pastu aku masuk dapur tengok dia de beli buah jambu madu. Memang aku suka makan jambu tu, setiap kali gi pasar malam mesti aku beli buah tu kalu ade orang jual. Semalam aku tak ikut dia gi pasar malam, so aku ingat dia takde la beli ape-ape buah kan, sekali tengok dalam bakul kat sinki dia de beli, tak thu la dia beli sebab dia tahu aku suka or sebab dia yang nak makan...tapi aku bajet memang dia beli untuk aku la tu...hahahhaahhahaha...  ok la tu jer pun sesi nak luah perasan...hahahhahaha...daaaa



gambar takde mengena dengan entry, tapi budak dalam gambar nie pengubat hati aku time aku sedih....hohohohoh...rinduuu Daaliyaaaa...dah la pagi tadi hantar dia kat rumah mak pengasuh dia masih tido...

 semoga jadi anak yang solehah, rajin, pintar dan jadi contoh yang baik untuk adik dia nanti...

Wednesday, January 16, 2013

~Reject~

Sejak semalam, Daaliyaa dah mula reject susu. Bukan susu formula tapi susu aku tu. Biase ptg2 balik keje lepas mandi sume aku akan bgi dia direct bf. Yela, satu hari duk rumah pengasuh dia dh minum susu fm nie, so bila aku ambil dia dari rumah pengasuh dia aku kasi la minum direct bf pulak. Nak kasi dia lepas rindu kat aku. Aku tak nak ah kasi dia berhenti mengejut bf nie, slow-slow. Lagi pun mase aku bukak buku pink hari tu, doktor ade cakap bila usia kandungan aku 6 bulan, aku kena stop terus bf Daaliyaa. So ade mase 2 bulan lagi nak ajar dia stop terus bf nie.

Time tido or nak tido Daaliyaa mesti cari nenen aku, tapi semalam dia reject, dia hisap jap pastu dia lepas, hisap jap pastu lepas. Mula-mula petang tu aku takde rase ape lagi la, tapi bila malam nak tido rase macam sedih pulak, bila dia hisap macam tu. Aku tengok macam dia nak tak nak jer bf, aku bancuh susu fm, terus dia minum sampai habis, kalu dulu, if dengan aku mesti dia nak nenen dan bila aku kasi susu fm dalam botol dia mesti buat mulut muncung itik, tapi semalam tak pun. Dia rela minum susu fm dalam botol tu. Mase tu aku rase waaaa, sedihhhhh... Daaliyaa dah mula nak rejct susu aku...

Mungkin, bila dah besar kandungan aku nie, susu nie rasenya lain kot. Lagipun mesti dia nak simpan susu nie untuk adik dia nanti.. Daaliyaa jangan risau yek, walaupun ade adik, bonda tetap sayang Daaliyaa sampai bila-bila. Cuma Daaliyaa tak leh lasak-lasak sangat, bonda penat ah nak kontrol awak, kalu ayah ade takpe la, ayah boleh layan Daaliyaa...

::::tetiba rase sedih n nak nangis bila taip entry nie, rindu Daaliyaa dan ayah daaliyaa jugak. Bila la project ayah kat Taiping tu nak habis yek, penat la hidup macam nie, tak best langsung.....:::::

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 15, lagi 15 hari 1 Syawal..

Salam Isnin sume...
Mood macam mane hari nie..??
Mesti ramai yang Monday Bluessssssss.....
Al-maklum la, hari pertama bekerja dalam minggu nie...
Alhamdulillah, dah 15 hari kita berpuasa..kejap jer kan..
Hari nie kebanyakkan stesyen radio2 tempatan memutarkan lagu hari raya...
wah seronokkkan....macam dah dekat nak raya...hihihihi..
Ai pun, setakat setakat nie masih berpuasa penuh la..**actually dah lambat 5 hari cik p xdtg, kalu xdtg terus lagi ai suka**
Semalam balik terawih, ai ajak En Suami beli pregnent test tu..beli yang 2 terus..senangkan..
So balik rumah semalam terus buka kotak tu n baca2 mcm mne nak buatkan..**padahal sebelum nie pernah guna dah..tapi kali nie beli brand lain so just nak thu lebih lanjut jer la..**
so sebelum mandi semalam ai test la kan.. berdebar jgk.. tgk2 de 2 jalur line tapi satu warna pink gelap n satu lagi pink blur2 a.k.a pudar2 sikit tapi masih kelihatan 2 jalur line tu...
Macam blur disitu panggil En suami suh tgk, dia ckp pun nak nampak 2 line tapi satu tu blur2..
So nak sedapkan hati tel my sister kat cheras tu, bagitahu dia so dia ckp ade kot..
tapi dia suh tunggu biar cukup seminggu then cek skli lagi...kalu boleh seawal pagi lepas tdo dia ckp..**mmg alam arahan tu tulis sebaiknya buat waktu pagi selepas bgn tdo**, tapi kerana ketidaksabaran tu terus buat..hiii.
So kita tengok la pada hari Khamis nie saya nak buat balik..
Hopely line tu tetap 2 seperti semalam...aminnnn...
perasaan semalam macam bercelaru, tak nak terlalu gembira n berharap, ape2 tunggu keputusan rasmi dulu drp doktor nnt kalu kali ke- 2 test still 2 jalur line..


***Doa-doakan semuanya berjalan dengan lancar...Semoga Allah memberi berita baik untuk bulan Ramadhan yang mulia nie....aminnnnn***

Friday, July 8, 2011

"BERSIH" ker...???

Menci tul aku dengan Perhimpunan "BERSIH" la konon yang dijangka diadakan pada esok hari...
Diaorang nie agaknya dah takde kerja sangat kot nak buat event2 bodoh macam nie..
Bukan menyenangkan tapi menyusahkan orang ramai lagi ada lah...
Baik la kumpul ramai-ramai gi wat gotong royong BERSIH masjid ker, buat Qiamulai ker, baca Yasin ker..
Ade jugak faedahnya,.,, Dapat pahala lagi...
Ni tak, buat perkara membuangkan masa tenaga....
Heran betul aku dengan segelintir rakyat kita nie...Tak tahu nak bersyukur langsung...
Yang buat aku hangin nie, habis program n planning aku nak g ber"shopping" hari raya esok...ishhh..
MENCIiiiiiiiinya ai tau....
GERAM betul laaaaaaa.....

:::Klik, klik, klik....:::