Followers

Showing posts with label Gojes mommy blogger. Show all posts
Showing posts with label Gojes mommy blogger. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Doakan untuk Si kecil ini....Aqil Hamzah

Salam Jumaat semua. Di hari yang penuh berkat nie, jom kita sama-sama berdoa kepada insan-insan yang sedang bertarung pelbagai penyakit or bertarung nyawa untuk mengadap Ilahi. Semoga insan tersebut, tenang menghadapi segala ujian daripada yang Maha Esa. Kepada ahli keluarga dan saudara mara insan terpilih itu, semoga diberi kekuatan untuk menerima dan menghadapinya...

Dalam minggu nie, saya mendapat info yang anak  kepada blogger yang saya kenal iaitu ERINA, sedang kritikal di unit rawatan rapi [icu], Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam yang berpanjangan selama 2 minggu berturut2. Orang cakap demam on off gitu. Pemeriksaan doktor mendapati anak kecil atau lebih dikenali dengan AQIL itu dijangkiti kuman yang aku pun tak tahu ape namanya. Kalu nak info boleh direct contect Erina atau  kak Mimy Hamid, sebab kak mimy dah pergi melawat anak Erina semalam...

Aku kalu ikutkan hati mau gi tengok anak kecil itu, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Malam nie dah nak balik kampung. Hanya entry ni mampu aku buat untuk memberi sokongan kepada Erina dan jugak Aqil supaya kuat untuk menghadapinya...

Kepada sume blogger, mohon berdoa agar anak kecil ini sembuh seperti biasa...

Gambar last weekend, mase kenduri rumah Erin... Daaliyaa main kejar2 dengan Aqil...

[gambar dari blog Erina]


Tuesday, April 30, 2013

Aish Besday Party...

Salam...
Selamat hari Selasa sume. Semalam bizi sikit, banyak tender nak kene buat, so hari nie baru sempat nak hapdate. Semalam bosan mengadap ke tender tu sume hari niep pun kena mengadap lagi. Tapi dalam duk bizi pun, sempat jugak aku usyar Fb n blog kengkawan. Benda wajib tu, kalu tak buat rase macam tak tenang pulak hidup nie. Hahhaha... Melampau kan. Btw esok cuti kan. Yahoooo... Selamat hari pekerja semua yek. Kejap jer dah masuk bulan Mei, bulan kelahiran aku tu. Korang jangan lupa yek.

Ok, entry hari nie nak citer pasal besday Aish anak Erin, Sabtu lepas. Aku kuar rumah dalam kul 2 macam tu la. Gi makan dulu sebab memang dari pagi tak makan so perut kena isi dulu. Bukan pe, takut tersesat kan lewat pulak sampai, berdisko la perut aku dan Daaliyaa nanti.

Lepas dah isi perut sume, aku bertolak ke besday Aish tu. Otw nak gi, aku kol Wawa nak tanya dia jadi gi tak. Sebab sebelum kuar rumah tu aku dah sms Anis, nak tanya dia jadi gi ke tak. Kalu jadi aku nak follow dia sekali, tapi dia cakap hasben dia tak sihat. So, aku pun teringat kat Wawa, tu terus kol wawa, tanya dia dah bertolak belum sebab aku nak follow dia sebab aku tahu dia duk Bangi jugak, kalu dri rumah dia nak gi Shah Alam mesti lalu ikut Puchong. Masa kol tu dia nk kuar rumah dah, pastu dia pun tak pasti ikut jalan mane, katenya lalu ikut highway Elite. Elite..?? Aku nie tak tahu nama highway nie sume, so aku cakap takpe la, aku gerak dulu, kalu sesat nanti aku kol dia balik macam mane. Nak gi ke Bukit Jelutong tu aku memang tahu la, sebab dah pernah gi dulu, tapi nak cari rumah Erin tu takut sesat. Rupanya jalan yang aku lalu tu la highway Elite, tapi terbiase panggil PLUS sebab jalan tu kan boleh nak gi Ipoh, Jb sume. Dari Puchong aku kuar exit USJ tu jer.

Kuar tol Bukit Jelutong, aku isi minyak dulu, pastu Wawa sms dia cakap dia pun lalu ikut Puchong tu jugak. So aku cakap kat dia, aku tunggu dia kat Petronas betul2 lepas tol BJ tu. Dalam 10/15 minit macam tu Wawa sampai, terus je aku follow dia. Lucky aku tunggu dia, kalu tak memang aku pun sesat jugak la. kalu ikut map Erin kasi nampak macam senang tapi kalu aku gi sendiri memang tak jupe. Sampai tu terus dapat parking, so kami terus masuk kat tempat event tu.


sementara tunggu Wawa, posing dulu ambil gambar...

Sampai tu, memang tak ramai orang lagi, sebab kami sampai awal, kul 3.40 macam tu la kot. Pastu mak Erin kot tegur, dia tanya ni kawan Erin ker suami Erin, mase tu Erin kat atas lagi, ade marhaban kot sebab  dia buat sekali kenduri aqiqah+besday+naik rumah. Buat serentak, tu yang si Erin memang sibuk sikit.

Sementara tunggu Erin turun, kami ape lagi, makan2 la dulu. Macam2 ade, kalu boleh sume nak makan tapi sebab aku datang dengan Daaliyaa jer, so agak payah nak ambil makanan dan nak makan, mne nak pegang Daaliyaa lagi, mane nak makan lagi. Tu pun nasib Wawa dan husben dia banyak tolong...hihihi.. Tq korang...

Duk tengah2 makan, Erina pun sampai. Ape lagi menyembang la kitaorang sume. Tapi time nie Naila dan Daaliyaa dah meragam dah, tengok pool + playground yang de kat rumah Erin tu. Time Erina makan, Wawa n husben bawak Naila main dulu kat p/g tu. Aku pulak duk layan Daaliyaa sambil sembang2 dengan Erina.

Lama jugak la aku lepak kat besday parti Aish tu, kul 6 lebih baru balik. Daaliyaa n Naila siap mandi pool jugak. Masa duk melayan anak2 dara mandi pool, blogger Nadia mai tegur aku, aku memang tak perasan langsung, bila dia sebut nama anak dia Saif baru aku teringat. Al-maklum la, anak lebih glemer drp mak2nya...kikikiki... Sori tau Nadia, saya memang tak perasan awak, mujur la awak kenal saya. Tapi memang sebelum tu, Erina dah cakap awak macam blogger mase awak tengah nak gi ambil makanan, rupanya memang betul la. Hihihihihi....

Acara bergambar memang wajib untuk blogger kan tapi sori la gambar tak boleh nak upload ah. Hanya 2 gambar tu jer boleh, mengong ke ape blog aku nie pun xthu la. Nanti kalu blog nie kembali normal aku upload gambar tu sume. Sape yang de follow aku kat FB maybe dah tengok gambar sepanjang event tu.

Ape2 pun, memang seronok jupe korang walaupun dengan Erin memang tak leh nak sembang lame2. Terima kasih Erin sebab jemput saya yek...

Untuk Aish, Selamat Ulangtahun Kelahiran dear. Be a smart boy. Semoga menjadi anak yang soleh seperti mommy dan daddy Aish inginkan. Amin...


P/s:- rugi tak dapat tengok Aish potong kek... Duk melayan si Bunga mandi pool punya pasal..hohoho


:::Klik, klik, klik....:::