Followers

Showing posts with label kelahiran Daarisaa. Show all posts
Showing posts with label kelahiran Daarisaa. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Aku dan baby baru :- Kelahiran anak keduaku..Part 2

Selasa, 25 Jun 2013

Kali aku nak citer macam buat catatan kat buku diari, ringkas dan padat..Sebab memori ku nie macam dah banyak sangat hilang, agaknya banyak sangat kot urat2 putus mase bersalin.. Dah ler setiap tahun beranak tu jadi gini..hohohoho...

8~9 pg :- Doktor pakar dtg check n suggest suh induce (doktor yang sama suh aku induce time nak bersalin Daaliyaa dulu). Aku terima cadangan doktor dengan hati yang terbuka, cewahhh.

12 tghri~ 1 ptg :- Masuk ubat induce, time tu doktor buat VE jalan baru buka 1 cm dan servik (tak silap aku la) masih tebal lagi. Kena tunggu 6 jam nak check bukaan jalan balik.

6 ptg :- Dah mula rasa sakit2 time tengah wat CTG. Base on result CTG, nurse cakap contraction yang kuat. Doktor buat VE lagi.. Jalan dah buka 4cm terus doktor suh nurse bawak aku turun labour room.

7~10 mlm :- Turun LB, terus check in hotel bilik no 12 tak silap aku (kenapa la memori aku makin lemah sgt ni). Nurse buat CTG then doktor n JM dtg buat VE lagi. Time nie bukaan doktor cakap baru 2cm. Pelik sebab doktor yang bertugas kt ward check dah 4cm. So diaorng discuss suh tunggu doktor pakar (DP) macam mane, sebab tgk pada CTG contraction aku makin kerap dan kuat.. Kalu naik ward pun dalam 4 5 jam mesti turun balik. DP datang buat VE lagi sekali, time ni sakit giler wei DP tu seluk nak buka jalan. Dia cakap jalan baru 3cm n dinding servik pun tebal lagi. Aku nak nagis dah sebab sakit kesan buat VE tu...Nak jer aku sepak tangan DP tu,,kikikiki.. DP bagi aku 2 pilihan, pertama-naik ward balik then tunggu jalan buka 4 5 cm baru turun atau pilihan kedua, dia pecahkan air ketuban dan masukkan ubat induce air yang lebih kuat ikut tangan then cucuk ubat tahan sakit. Time nie aku dh tak leh fikir, aku suh DP je buat keputusan pilihan mane yang baik untuk aku dan baby jugak. So DP guna pilihan kedua. Pecahkan air ketuban +masukkan ubat induce+cucuk ubat tahan sakit (kesan ubat tahan sakit nie buat kita jadi mengantuk tau).

10~12tgh mlm :- Sakit yg makin kerap tapi boleh tahan lagi la + mengantuk.. Aku suh laki aku tunggu luar dulu sebab Daaliyaa ikut sekali malam tu. Daaliyaa, adik dan kakak aku jaga mase laki aku masuk dalam bilik LB. Lepas laki aku kuar aku tido kejap..

Rabu, 26 June 2013

1pg :- Terasa perut makin memulas, terus sms kat suami suh masuk. 15 minit, 10 minit, 5 minit sekali sakit tu datang. Terus tekan button panggil nurse. Nurse datang buat VE lagi check jalan baru buka 6 cm. Dia cakap lambat lagi nie. Aku time nie dah xleh nak duduk diam dh sebab sakit, pastu aku teringat de orang cakap kalu nak cepat jalan terbuka kita teran jer macam nak berak masa sakit tu datang, tapi jangan la teran kuat2. Aku cakap kat suami macam dah nak kuar sesuatu or macam nak berak gitu, terus suami tekan button skli lagi dalam mase 15 minit lepas buat VE tadi. Kali ni datang nurse lain plk, aku cakap makin sakit dan macam nak berak pun de. Dia terus suh laki aku kuar sebab dia nak buat VE lagi, dan2 tu lepas dia buat VE dia suh aku kepit kaki dulu then terus panggil laki aku tapi laki aku xde/ xdgr nurse tu panggil. Nurse masuk balik bilik LB terus aku time tu nak rase nk terberak yang amat sangat. Teran mula2 tak kuar, teran lagi dah bunyi suara baby tapi belum kuar dan mase tu jgk nurse seluk jari dia nak kasi laluan tu terbuka luas. Pedih giler dan dengan tak semena2 aku angkat bontut dan tepis tangan nurse. Marah nurse sebab tepis tangan dia..hihihi.. Dan dengan sekali nafas yang panjang aku tarik dan pushhh baby kuar jam 1.48pgi.. Memang takde lagi rezeki laki aku nak tengok time baby kuar. Sementara nak potong tali pusat tu sempat lagi aku tel laki aku cakap baby dah kuar dan lepas tu terus dia masuk...Masa dia masuk, nurse nak letak baby atas badan aku sebab baby dah nangis2.

Laki aku cakap mase baby meniarap atas badan aku tu, baby dah siap celik terkebil2 mata tgk ayahnya dan terus diam tak menangis lagi...Kali nie 2 nurse jer yang sambut baby aku coz dat time LB penuh orang nak bersalin.. Alhamdulillah sumenya selamat, dan bila baby kuar, lega betul aku rase... Kali ni jahit pun banyak jugak tapi tak lama macam dulu. Nurse pun cakap, kesan koyak teruk dan siap melecet lagi...Maybe, luka lama berdarah kembali kot..hohohoho.. So tu jer la, kisah kelahiran anak ke 2 ku nie.. Tak rumit macam Daaliyaa dulu..hihihi..



Ni la puteri kedua ku.

Nama :- Nur Daarisaa Rafhanah binti Norzaidi 
(Cahaya pokok/ bijaksana yang hidup mewah dan bahagia)
Lahir :- 26 June 2013 jam 1.48 pagi di Hospital Serdang
Berat :- 3.16kg (Bersalin normal)



Thursday, August 22, 2013

Aku dan baby baru :- Kelahiran anak keduaku..Part 1

Isnin, 24 Jun 2013

Macam biase hari tu aku ade rutin check up mingguan kat KK Batu 14. Biase kalu check up kul 3, kul 3 baru kuar ofis then sampai kt KK tu kul 3.20pm macam tu la, tapi hari tu kul 1 aku dah kuar ofis. Sampai sana terus aku gi makan dulu kat gerai yang ade dalam kawasan KK tu. Lepas makan bagai, aku gi la kat kaunter depan then bagi tahu yang aku de appoiment hari tu kul 3 tapi aku nak jupe dengan doktor coz dat day baby aku macam kurang gerak sikit...So, nurse suh aku gi hospital if baby kurang gerak..
Aku malas nak gi terus, ko tahu je la hospital serdang tu penuh sokmo, so batter aku jupe doktor kt kk sini baru senang sikit kalu nak refer ke hospital.  Lepas ambil no nurse suh aku tunggu kejap depan bilik doktor tunggu dia panggil. Tak lama pun tunggu, nurse tu panggil aku masuk.  Mase dalam bilik tu doktor tanya macam2 soklan la kan, soklan yg korang pun boleh agak ape kan... Aku malas nak citer, jenuh nak ingat balik tapi yang pasti aku kena marah dengan doktor sebab sepatutnya aku kena tahan last week tapi aku mintak balik. Pulak tu doktor yang sama yang suh aku refer hospital seminggu sebelum tu. Mau dia tak marah dan berleter kat aku, dah doktor tu india..hohohoho... Lepas kena leter dengan doktor, dia pun suh aku gi hospital dan sekali lagi naik ambulan.. 2 kali la aku merasa naik ambulan bulan tu saje sampai driver ambulan pun masih ingat dan cam muka aku...hahhahahahha....Malu jugak muka sama jer naik ambulan tapi tak beranak2 pun lagi.. Macam sia-sia jer dia pasang siren n hantar aku minggu lepas..kikikikiki...

muka pasrah kena naik ambulan kali ke-2...

Kul 3 lebih aku sampai Hospital Serdang, mase tu aku dah siap bawak sume kelengkapan nk masuk ward la sebab memang aku dah bajet mesti kena tahan punya dan mase tu jgk aku pun dah bersedia nak.
Kalu kena induce pun aku dah sanggup serah diri pun.
Memang betul jangkaan aku, memang kena tahan..hohoho..Sementara nak tunggu giliran aku, aku duk la melanguk kat ruang menunggu pesakit kat dewan bersalin tu. Lame jugak la nak tunggu doktor/nurse panggil nak check, aku siap tgk tv, tido dulu kejap mase tunggu tu. Then baru la nama aku kena panggil. Nurse suh aku baring kat katil dulu sebab dia nak buat CTG, mase tgh duk buat ctg tu aku sambung tido kejap..ngantuk wei.... Tak lame lepas tu doktor dtg nak check jalan plk, time tu jalan belum terbuka lagi...Aku pasrah jer la kalu kena duk lame kt spital pun..then nak tunggu doktor scan plk...dah siap scan sume nurse dtg suh aku tunggu dulu lagi... Aku siap2 tel laki suh bwk brg2 lain yg aku tak ambil mase dtg ptg tu.. Dalam kul 9pm lebih laki aku datang bawak Daaliyaa.. Tengah2 duk sembang2 dengan laki tu nurse panggil kasi baju hospital suh aku tukar then suh aku tunggu lagi sebab katil penuh lagi katanyaaa... Aku pun lupa kul brp dapat naik ward tu tapi mase tu laki dah balik sebab Daaliyaa dah mengantuk.. Sedih giler masa laki aku nak balik tu, ye la pertama kali kot berjauhan dengan Daaliyaa...hohohohoho....

Nak ambil darah nie 3 kali doktor  cucuk..Pasrah lagi aku..

Dipendekkan citer, aku dapat katil sorang jer kt ward 5E.. macam first class gitu tapi sebenarnya ward tu ward pesakit yg diasingkan jika ada penyakit berjangkit macam TB ke masa pregnent. Disebabkan ward kelas biase tu penuh so aku duk la dalam ward tu seseorang... Mula2 tu macam berdebar, dah la aku nie penakut jugak la orangnya tapi aku wat macam2 berani gitu...tapi yang syoknya ward tu bilik air tak yah nak kongsi dengan orang lain...

Katil no 27



bilik nie luas tau, boleh masukkan lagi satu katil....memang syok sebab privasi sikit tapi aku nie penakut so tido malam aku memang tak tutup lampu, pintu dan langsir tu...


Ni dia mak buyung muka pasrah sebab kena tahan ward pastu kena duk sorang2....

Next entry






:::Klik, klik, klik....:::