Followers

Showing posts with label mommy to be. Show all posts
Showing posts with label mommy to be. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Adik Daaliyaa :- Scan 21weeks 6 days...

Tadi citer pasal anak dara aku nan sorang tu, so sekrang meh citer pasal adik Daaliyaa pulak. Semalam aku MC, batuk+selsema+ penat tak cukup tido sebab Daaliyaa tak berapa sihatkan hari tu. pastu keje pulak takde kat ofis, so pe lagi MC la. Pagi tu aku hantar Daaliyaa kt rumah 'mak' dia, pastu terus aku gi bank dulu, settelkan dulu mane yang patut, nak gi klinik, klinik tak buka lagi kot awal2 pagi. Gi bank pun, bukan nak gi kaunter, just atm dan cdm jer. Nak bayar segala hutang piutang yang ade tu.

Siap urusan bank, terus gi klinik yang biase aku gi kat Puchong tu, Klinik Azlini. Tapi mase tu pulak doktor tak masuk lagi, aku daftar dulu then terus kuar gi makan. Lepas makan tak tahu nak gi mane, plan nak gi tengok baby kawan aku baru bersalin, tapi fikir2 macam malas pulak, terus balik rumah sambung tido. hihihiihih..

Kul 11.50 kuar rumah terus gi klinik, sebab dah cakap dengan budak kaunter klinik tu tengah hari nak mai balik. Tunggu dalam 15 minit gitu, terus name aku panggil, lagi pun mase tu aku pesakit yang last menunggu.
Masuk tu, macam biase ah keje doktor, tanya sakit apekan. Aku cakap la batuk+selsema tapi takde demam pastu nak buat scan sekali.

Masa nak scan tu, aku de cakap la kat doktor aku selalu sakit kt bawah bila nak kencing, rase macam bengkak + senak. Mula tu aku fikir sebab kesan kita bersalin dulu. Almaklum la aku kan mengandung dengan jarak yang dekat, takut kesan bersalin dulu tak sembuh sepenuhnya lagi. Doktor cakap kalu macam tu biasenya jangkitan kuman, so doktor suh wat urine test sekali. Biase orang mengandung nie senang nak dijangkiti, aku pulak lupa nak tanya faktor jangkitan tu berpunca daripada ape, dah macam blur pulak aku time tu.


 Nie la gambar scan semalam, tengok pada scan semalam, alhamdulillah semua ok. Baby pun dah besar. nak tengok jantina tak dapat sebab dia kepit peha dan kaki dia, tapi kuat menendang + bergerak sana sini. Cuma anu dia tak kasi tunjuk lagi...hohohoho..

Lepas scan semalam, buat urine test, memang Positif aku de jangkitan kuman dalam air kencing. Sebab tu aku rase macam asyik nak kencing + sakit bila time kencing. Air kencing pun warna tak jernih. So doktor kasi ubat lawas kencing+antibiotik+selsema+batuk. Ubat pil boleh telan lagi, tapi ubat cair, huhuhuuh...susah nak telan. Ubat batuk memang aku tak minum langsung, tp ubat lawas kencing tu jer aku minum. 2 lagi ubat, jenis pil, so boleh telan dengan jayanya.

Semoga, baby dalam  perutku nie, sihat dan sempurna sumenya. Tak sabar pulak nak tunggu dia kuar.


P/s:- lepas balik kilinik, aku terus berdezup ke My Dear Warehousale...hihihiih.. MC tetap mc, alang2 dah mc kita gi cuci mata + cuci wallet... rambang mata dibuatnya...

Friday, February 8, 2013

Bonda : Rutin bulananku bermula dengan minum AIR GULA.....

As-Salam. Selamat hari Jumaat semua. Hari nie aku last keja, pastu cuti panjang sampai 18.2 ni.. Yela company cina, so cuti pun panjang la sebab diaorang kan nak sambut Tahun Baru Cina.

Semalam aku masuk ofis 1/2 day. Pagi2 lagi dah menapak kat Klinik Kesihatan Batu 14 (KKB14).


Bermula la episod rutin bulanan aku kat situ. Rutin bulan pertama aku dihidangkan dengan AIR GULA yang sesangat la sedap..mabeles gitu...hohohohohooh.. Sebelum minum air tu, kita mesti la kena pose dulu malam sebelum hari kena minum, ambil darah dulu baru la kena minum... Pastu tunggu 2 jam, ambil darah lagi...hohohoho.. Nasib la aku nie jenis bukan takut jarum dan darah.. seriau sikit2 jer la..

Sementara nak tunggu 2 jam tu, aku kena gi check up perut bagai. Sekarang, KKB14 nie de sistem baru, aku pun tak pasti la samada KK lain de buat jugak. Sistem mengikut zon/kawasan tempat tinggal kita, so nurse yang akan check up kita nurse yang same dari hari first kita buka buku sampai la kita bersalin. Aku fikir sistem nie bagus, at least bila kita jupe nurse yang sama senang untuk kita refer ape2 yang kita dah buat sebelum nie. Macam dulu, selalu tukar nurse, bila ade masalah banyak kali kena bercerita, dengan nurse A pun kena cerita, nurse B pun sama.. Penat wei nak bercerita tiap2 bulan benda sama.. So bila kita dapat nurse yang sama setiap bulan, dia pun dah tahu ape masalah kita nanti..

So semalam, macam biase la, kena gi kencing dulu, pastu hantar kat makmal, ambil darah untuk check HB. Dah siap yang tu, kena tunggu no pulak. Bila no kena panggil, kena timbang dulu, pastu check perut then ambil tekanan darah. Hah gitu la rutin ibu mengandung setiap bulan. Memang seronok, tapi letih menunggu giliran tu jer la. Lebih seronok lagi, time check jantung baby then boleh dengar denyutan jantung tu.. Wahhhh, xcited giler... Semalam, walaupun baru 19w, tapi nurse dapat cari denyutan jantung my baby...suka giler.. Teringat mase mengandungkan Daaliyaa. Kadang tu macam tak percaya aku mengandungkan anak ke 2 pulak. Mase Daaliyaa dulu, 20w++ pun nurse tak jupe cari jantung dia.. Dekat2 nak masuk bulan ke 6 or 7 macam tu baru aku dapat dengar.

Aku mengharap semuanya selamat sampai dia dilahir ke dunia nie supaya dapat jumpe dengan kakak Daaliyaa, aku dan ayahnya nanti. Aku tahu mengandung kali nie, memang tak se'xcited' macam mula2 mengandungkan Daaliyaa. Tapi aku masih bersyukur kerana Allah bagi peluang untuk mengandung lagi sementara usia masih muda ini. Anak itukan amanah dan rezeki Allah untuk pasangan yang dah berkahwin. Kenapa perlu pertikaikan. Cuma, aku sibuk dengan rutin harian dan Daaliyaa pulak masih perlukan perhatian daripada aku. Tu pun kadang-kadang aku tak sempat nak bermain-main dengan Daaliyaa lebih2 lagi bila suami aku nie takde kat sini. Sampai kadang tu aku terlupa aku nie mengandung. Ubat pun sekarang jarang aku makan, sebab ape..?? sebabnya aku TERLUPA la.. memang aku tak jaga kesihatan aku, tapi sebelum tido mai jugak terlintas kat fikiran aku nie, risau baby dalam perut merajuk dengan aku.

Sekarang aku selalu cakap dengan baby nie
 "Baby dalam perut bonda nie, bonda mintak maaf sebab kurang beri perhatian pada kamu, harap baby faham, kakak Daaliyaa masih perlukan perhatian drpd bonda, biar bonda beri perhatian kepada dia dulu sebelum kamu lahir kat dunia nie. biar dia rase kasih sayang drp bonda dulu sepenuhnya, Bonda janji lepas kamu dilahirkan, kamu akan dapat perhatian sebagaimana kakak kamu dapat. Bukan bonda tak sayang kamu, bonda sayang sume anak-anak2 bonda.. harap kamu faham yek sayang...."
Sambil usap perut dan sambil usap kepala Daaliyaa... Tapikan, memang mengandung kali nie lain sikit, setakat nie xpernah muntah lagi, just mual n loya jer. Cepat penat, tapi bila tengok Daaliyaa hilang penat tu sedikit demi sedikit... Agaknya kekuatan dtg bila tengok anak yang baru nak membesar dan perlukan perhatian drp aku, hilang tu terus penat sedikit demi sedikit.

ok la tu jer pun nak citer, kan panjang-panjang xde orang nak baca. Nie pun belum tentu orang nak baca..hahahha..xper, tak kisah pun , just luahan ape yang terpendam. So keputusan air gula kena tunggu hari nie la, kalu aku sangkut kencing manis ngandung kali ni, pihak KK akan tel, tapi kalu takde terima sebarang panggilan tel maknanya xde la tu kencing manis. harap2 takde la...


p/s:- dah check up perut bagai tu, aku siap gi bank lagi nak tukar debit kad aku dah xpired. ingat sampai klinik boleh terus ambil darah tapi siap kne tunggu lagi lebih kurang sejam..huhuhuuhuhuhuhu...

Wednesday, November 30, 2011

gerakan si kecik..

Selamat pagi semua....
alhamdulillah aku sekarang dah pregnent 20 minggu ++ a.k.a 5 bulan lebih la...
dulu aku selalu risau kenapa aku tak pernah rase ape-ape dalam perut..
kadang tu rase macam tak mengandung pun...
dengan perut tak berapa nak besar ~mommy dia jer terlebih besar..huihui...~
tapi sekarang alhamdulillah aku dah dapat rase sesuatu di dalam perut aku nie...
pertama kali rase tu buat aku tersenyum sorang-sorang...
bila letak tangan kat perut terus dia diam...hihihi..
memang aku akui aku jarang bercakap dengan my baby nie sebab aku tak pandai nak cakap macam mane...
maybe sebab tu baby merajuk dengan mommy dia kot...huhuhuhuh..sedihhhh...
xpe la janji dia dh bergerak..boleh rase pergerakkan dia walaupun aku tak tahu dia duk tendang ker, main gendang ker or buat ape tah dalam perut mommy dia nie...
syukur sangat pada-Nya kerana memberi rezeki yang takde bandingan nie...Aminn..


note:- kawan-kawan, macam mane kita nak cakap dengan baby kita nie yek...???

Sunday, November 20, 2011

~Mommy & daddy to be at ICT~

Hola....dengan rasminya hari nie aku nak merasmikan gambar mak buyung dah macam belon yang dipam-pam...hihihihihi....saksikan lahhhhhh...bajet macam ade orang nak tengokkan... Gambar nie diambil semasa aku dan hubby bawak adik dia gi jalan-jalan kat ICT, Shah Alam....

Jom layan beberapa keping gambar mommy & daddy to be nie k....

Wahhh gemuknya aku.....
~sebenarnya bila malam ketara betul nampak perut tu..tapi bila siang hari perut tu xde la nampak sangat pun~
Kenapa yek macam tu...??




Mommy & Daddy to be...

Tuesday, September 27, 2011

11 week olady...

Mmg lame giler blog nie diabaikan oleh tuannya nie....
Kesian ko En & CiK Blog....
Hari ade mood sikit nak hapdate...
Tapi tak tahu nak hapdate ape....huhuuhuhuh..
just citer2 kosong jer k...
minggu nie dh 11 week i'm pregnent...
perubahan yang dialami sepanjang 11 minggu nie adalah yang paling ketara ia MALAS telah berjaya menguasai diriku ini.... Harap2 baby dalam peyut nie jgn malas2 yek sayang...org ckp kalu malas2 muka tak berseri mase ngandung dapat anak lelaki...betul ker?? xper la lelaki ker perempuan, janji sihat walafiat, cukup sifat dan jadi anak soleh solehah udah la.....
Mual2 ade la perkara biase..setakat nie muntah xde la setiap kali mkan setiap kali tu jgk muntah kan...so far muntah2 nie xde la teruk sgt...tapi bila dah muntah terus jadi longlai..dan keesokkan pasti tahap kebuluran maximum k... setakat nie jugak ape yang teringin makan tu boleh makan la...
Ape lagi yek...ohh ye aku dh buat kad merah kt KK Batu 14, Puchong... perghh ramai giler masa aku g nk buat kad merah tu..buat tu pun sebab malam sebelumnya tu aku beri-beri n perut memulas2..so dh alang2 buat terus la kad merah tu,,,aku g kul 8 pg lebih siap sume kul 5 ptg lebih..hambik ko...tu la lain kali kne dtg 7 pagi bru la dpt no 1 kan...al-maklum la pertama kali g kt klini ibu dan anak tu..mne thu kne dtg awal2 pagi kan...so bila dh check-up sume, next appoiment nurse tu ckp dah kne minum air gula pada 11 Oktober 2011, hambik...br 3 bulan dah kene minum air gula...al maklum la my mom ade penyakit kencing manis, mybe dia nk control aku punya kesihatan la kot...takut de kencing manis mse ngandung nie...dn paling tak tahan mase aku timbang berat tu perghhhh badan aku naik mcm belon dipam3..tu baru masuk 2 bulan...9 bulan tak tahu la mcm mne gamaknya....seriau bila memikirkannya..mne taknya kejenya mkn jer...tapi yg penting lepas nie check kt klinik desa btu 13 jer, sbb alamat rmh aku area sne..so nnt xde la ramai sgt org kot..hihihihi..suka3...
ok la tu dlu aku hapdate...dh xde idea nie...lupa daaa..... nk citer pasal raya rse mcm dah ketinggalan kot... so citer pasal rutin harian udah la...k daaa

p/s:- best tak minum air gula tu...banyak mne kne minum yek...

:::Klik, klik, klik....:::