Followers

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Home:- Wallpaper Detail...

Tadi aku citer pasal wallpaper yg aku pasang kat rumah aku tu kan...
ye la, aku pun bukan citer dengan detail sangat sebabnya, jarang hapdate pasal rumah kat blog nie, jadi macam blur gitu...kikikiki...

Btw, wallpaper yang aku pasang nie laki aku beli kt hardware di Taiping...
Actually banyak kedai wallpaper nie kat Kl dan Selangor nie, tapi mase tu laki aku kan outstation kat Taiping jadinya dia dah kenal dengan tauke hardware tu, so senang la nak deal dengan tauke tu..
Kalu beli kat Kl/Slgr nie, maybe diaorang tak ajar macam mane nak pasang wallpaper nie sendiri kan..
Ye la, kalu diaorang ajar, nanti xde bisness la diaorang tu sume,,,hihihi

Untuk wallpaper design batu batu warga kelabu tu, Rm150 x 1 roll...
Manakala untuk design bunga kelabu dan batu bata coklat Rm100 x 1 roll 
Harga wallpaper nie berbeza2.. yang Rm400 x 1 roll pun ade jual..tapi kualiti memang tiptop la...
Kualiti nie dikira, ketebalan kertas wallpaper nie.. Pastu macam corak pulak macam2 jenis ade...
Macam kat hardware tu, diaorang ambil upah pemasangan rm50 x 1roll..
So kalu korang sume boleh buat sendiri memang boleh jimat la...
Tapi nak buat nie sangat leceh dan memerlukan kesabaran yang tinggi..
Bukan senang nak cari sambungan wallpaper tu,.,kalu silap pasang memang comot la..nampak bertampal2 jadinya...

Tips:- Survey dulu kedai yg jual wallpaper, jangan cepat terpengaruh dengan yg murah2, sebab takut nanti kualiti dia tak elok... biar mahal sikit tp kualiti tiptop....



Wednesday, December 5, 2012

7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Salam sume....Hari ni aku nak share satu tip yang aku dapt dari cousin aku kat FB, dia pulak dapat tip nie dri sinie

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

p/s:- jom kita amalkan ape tip yang diberi...semoga kita dan pasangan bahagia sampai ke syurga jannah... amin....

:::Klik, klik, klik....:::