Followers

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

...Salam...

...12 Feb 2010 ~ 12 Feb 2014...

 Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah, 4 tahun aku dah melayari bahtera perkahwinan dengan en suami pilihan hati sendiri. Tipu la dalam masa 4 tahun ni takde pasang surut dalam kehidupan kami nie kan. Sedang lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Pelbagai dugaan yang kami tempoh sepanjang hidup bersama, namun kami cuba untuk selamatkan bahtera yang dibina bersama ni. Kadang tu pergaduhan dalam rumahtangga boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri, sebab dari situ kita lebih mengenali pasangan masing-masing. Baik buruk pasangan kita kena terima seadanya kerana kita manusia takde pun yang sempurna kan?? 

Takde ape nak celoteh, cuma aku harap dan berdoa agar perkahwinan yang dibina nie berkekalan sehingga Syurga Jannah.

~Keluarga kecil kami yang akan semakin besar, In Shaa Allah.. Alhamdulillah, dikurniakan anak-anak yang comel kepada kami~

Tuesday, March 12, 2013

Its from my hubby...Tq n love u la...

Tahun pertama "ngepau" laki aku laptop sebutir
Tahun kedua "ngepau" laki aku  henset sebijik
Tahun ketiga.....??? Ape yang aku ngepau dari laki aku...??
Nak tahu tak..?? Tak nak tahu pun aku nak kasi tahu jugak...hihihihihi..

Meh sini aku nok tunjuk siket...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


####################################


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


####################################



Meh dekat sikit, kang dop nampak pulak...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


####################################


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


####################################


Meh turun bawah sikit....hihihihiih...



"Barang" gini la hok aku ngepau tu...
Tapi hok nie, hok lama punya...
Jam hantaran kawen dulu..
3 tahun lebih aku pakai jam ni, dari kawen sampai 7 Mac 2013, kul10.55 malam...
Pastu jam tu "mati" buat seketika...
Elok jer "mati" time aku nak gi Taiping...
So ape lagi,  ade alasan ah nok cari jam baru hok mahal la sikit, bukan yang rm10 tu..kikikikiki



So hasilnya dapat la yang ini pada 8 Mac 2013....
I likeeee......
Senyum sampai ke telinga...kikikikiki



Takde la mahal ribu riban pun, tapi sangat la berharga buat aku..
ye ah, pemberian dari suami tercinta khannnnnnssss...


Tahun nie lambat sikit hadiah anibeseri...
Ambil mase nok pilih, nok fikir n nok ngepau hadiah ape dari laki aku tu...hahahaha...

Tuesday, February 19, 2013

jari jemari ku kaku untuk manaip...

Gong Xi Fa Cai.....
Ewah-ewah sakan bercuti, sampai blog pun bercuti. Masuk keje jer, jari jemari aku terus jadi kaku nak menaip..hahaha..poyo jer kan..tak tahu nak citer ape sebab tak de citer menarik sangat sepanjang aku bercuti tu..Just time aku cuti jatuh tarikh yang same dengan ulangtahun perkahwinan aku yang ke-3...
aku harap perkahwinan kami nie bahagia sampai syurga jannah...amin...


Tuesday, February 28, 2012

entry tertangguh, entry terbengkalai..hahahahha

Salammmm...

Olaaaaa....waaaa, lame betul tak post n3 baru kan..
Penyakit MALAS nie makin menjadi-jadi betul...
Banyak nak share citer kat korang, tapi asal jer nak buat n3 idea hilang...
Lagi pun bulan nie sangat-sangat la pack dengan pelbagai xtvt...
Mula-mula nak citer pasal sambutan ulangtahun perkahwinan hari tu..
Aku n hubby gi jalan-jalan Melaka jer pun...
Sebab dah lama tak jalan-jalan sane..last pergi mase belajar dulu kot...
Lagipun my hubby tu tak pernah ke Melaka katanya..
Jom layan beberapa keping gambar semasa kat sana..
Follower yang follow saya kat Fb mybe dah tgk gmbar nie, tp xper la, nie untuk tatapan geng2 blog **ade ker orang nak tengok**











caption malas nak taip, so tgk picture jela yek..hihihi.. ok la nanti sambung lagi....

Monday, February 13, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Ke 2..

Salam sume warga blog...
Rindunya nak conteng-conteng kat blog nie...
dah seminggu lebih tak menconteng dek kerana kesibukan terlampau...
:::ewah2..sibuk sgt ker tu...huahuahua:::

Semalam merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku n suami yang ke-2...

12 FEB 2010 ~12 FEB 2012


Kejapnya mase berlalu kan..
Rasa macam baru jer diijabkabulkan....
Tup tup dah 2 tahun kami melayari bahtera rumahtangga...::ayat xleh blahkan..hahahah::
Dalam mase 2 tahun, pelbagai dugaan n rintangan yang kami tempuh bersama..::banyak la dugaan n rintangannya yek...macam mencabar jer hidup aku nie kan..hahah..padahal biase-biase jer..::
Tipu la kalu cakap sepanjang hidup bersama nie, tak pernah bergaduhkan...
Bergaduh, berbaik, merajuk, marah, cemburu, geram, sakit hati, kecil hati, gembira, sedih, duka sume tu adalah asam garam kehidupan rumahtanggakan...
Bak lirik lagu Allahyarham P.Ramlee "SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT,, INIKAN PULA SUAMI ISTERI" lebih kurang macam tu la kan lirik lagu tu...

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat pada yang Maha Esa kerana memberi dan menjodohkan aku dengan my lovely hubby, Norzaidi Hashim, kerana dia menerima aku seadaanya walaupun kadang-kadang tu dia la seorang yang suka mengutuk n memperli aku sampai kadang tu bergaduh n merajuk aku dibuatnya..
Ye la kan, setiap manusia yang dicipta bukan semuanya sempurna...
Mesti ade jugak kekurangan dan membuat kesilapankan...
Betul tak,,,???

So sempena ulangtahun nie, aku berharap Allah sentiasa merahmati perhubungan kami dan semoga perhubungan nie berkekal sampai ke syurga..Insyaallah...Amin...

Ni gambar terbaru kami...
Gambar mase sambut ulangtahun perkahwinan semalam...


::hukhukhuk..kenapa hidungku makin kembang,,,,menci..menci...:::

So cuba korang teka kemanakah destinasi kami kali nie...???
Sape betul nanti aku kasi OLE-OLE dari sana...hihihi
Ni bukan contest tapi saje nak kasi hadiah ole-ole dari tempat kami bercuti dan berbabymoon...
Terhad kepada 2 orang jer la, sebab sempena ulangtahun ke-2 kan...hihihihi..

:::Klik, klik, klik....:::