Followers

Friday, December 30, 2011

hepi besday mom....

hepi besday to you...
hepi besday to you...
hepi besday to you my lovely ma..
hepi besday to you....

~macam la ma aku baca blog aku nie kan..tp takpe sebagai kenangan untuk hari tua aku nnt~

Hari nie 30 Disember 2011, ganap la umur ma aku yang ke 61 tahun...
61 tu bunyinya macam dah tua kan..
tapi ma aku nie kuat lagi tau..
kalu ajak gi jalan2 dia memang suka la dan dia akan lebih kuat if orang suruh dia memasak....
walaupun tak berapa sihat pun terus jadi sihat if de orang kampung panggil dia untuk masak nasi dagang, nasi kuning dan seangkatan dengannya untuk kenduri bagai..
memang itu kesukaan dia kot..
tapi nanti dah balik rumah terbaring kepenatan....
kesian my momm...

ok la, dah sempena besday my mom nie...
i wish my mom sentiasa sihat...
semoga impiannya untuk ke Mekkah pada tahun hadapan tercapai...
terima kasih kerena membesarkan aku sebesar ni..

i love my mommmm so much....

~CAKE NIE AKU CILOK KT MR GOOGLE JER...HIHIHIHI~

Wednesday, December 21, 2011

Jaundice OR Deman Kuning

Hari ni saya nak share pasal penyakit JAUNDICE atau biasa kita dengar DEMAM KUNING...
penyakit nie biase akan berlaku pada baby yang baru bersalin...tapi sebenarnya penyakit ni boleh jugak berlaku pada orang dewasa seperti kita cuma kita jer yang jarang dengar orang dewasa kena penyakit kuning...
so hari nie saya pun godek-godek la en google nak tahu punca penyakit nie dan macam mane nak atasinya..


Penyakit ini berlaku disebabkan gangguan dan peningkatan salah satu komponen darah secara tiba-tiba di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai bilirubin.
Bilirubin adalah salah satu daripada hasil buangan apabila sel-sel darah merah yang sudah tua atau lama dihapuskan di dalam hati.
Apabila kandungan bilirubin dalam darah meningkat, ia akan merebak ke bahagian lain tisu kulit dan faktor ini menjadikan sel mata terutama mata putih putih menjadi agak kekuningan sehingga warna kuning akan timbul di seluruh kulit.
 
 
PUNCA
Jaundis berpunca daripada kandungan bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah sejenis bahan yang terbentuk apabila sel-sel darah merah pecah atau rosak. Sel-sel darah merah yang sudah tua dan tidak berfungsi dipecahkan di dalam hati.

Bilirubin berlebihan di dalam darah akan mengalir di dalam saluran hati dan dibuang melalui najis.

Secara fisiologi, jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan kerana bilirubin dikeluarkan secara berlebihan tetapi keadaan itu tidak berpanjangan.

Lebihan bilirubin di dalam tubuh boleh dibahagi kepada dua, iaitu:

1. Bilirubinia konjugated.
2. 'Unconjugated' bilirubin.
 
Lazimnya, jaundis yang berlaku di kalangan bayi ialah 'unconjugated' bilirubin. Bagaimanapun, bayi juga kadangkala boleh mengalami bilirubimia konjugated.

Jaundis di kalangan bayi selalunya disebabkan masalah darah atau hemolitik jaundis. Oleh sebab-sebab yang tertentu, darah merah mudah pecah sehingga menyebabkan bilirubin mengalir keluar dengan banyak.

Sebab-sebab lain termasuk kekurangan enzim tertentu di bahagian hati yang menyebabkan bilirubin tidak dapat dibuang melalui proses biasa.

Biasanya, bayi yang mengalami bilirubimia konjugated selalunya mengalami masalah saluran hempedu yang sempit atau dikenali sebagai 'biliary atresia'.

Apabila saluran hempedu sempit, lebih banyak bilirubin akan mengalir keluar sehingga menyebabkan pesakit mengalami jaundis yang teruk dan berpanjangan, iaitu melebihi dua bulan.

Di kalangan orang dewasa pula, pesakit boleh mengalami kedua-dua jenis jaundis, iaitu bilirubimia konjugated dan 'unconjugated' hiperbilirubin.

PUNCA JAUNDIS DI KALANGAN ORANG DEWASA
 
1. Penyakit batu dalam hempedu:
Pesakit selalunya menghidap penyakit batu dalam hempedu sehingga menyebabkan saluran hempedu tersumbat. Dalam keadaan normal, pundi hempedu berfungsi mencairkan air hempedu apabila pundi hempedu rosak akibat jangkitan kuman, misalnya, ada kesumbatan pada saluran hempedu, air yang terhasil akan menjadi pekat.

Keadaan itu seterusnya akan membentuk batu di dalam hempedu pesakit dan menyebabkan kesumbatan pada saluran hempedu.Apabila pesakit mengalami masalah itu, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti mata putih bertukar menjadi kekuningan, kulit terasa gatal dan air kencing menjadi pekat. Keadaan itu dikenali sebagai jaundis obstruktif.

2. Jangkitan kuman:
Jangkitan pada pundi hempedu boleh menyebabkan pundi hempedu membengkak dan sekaligus menghimpit saluran bilirubin. Bagaimanapun, pesakit hanya perlu menjalani rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk memulihkan keadaan mereka.

3. Striktur atau penyempitan pada saluran hempedu:
Saluran bilirubin boleh tersumbat disebabkan oleh striktur atau penyempitan pada saluran hempedu. Penyempitan kadangkala boleh berlaku disebabkan Jangkitan kuman atau kecederaan pada saluran hempedu. Sehubungan itu, pakar perubatan akan menjalankan pembedahan untuk meluaskan penyempitan itu, iaitu dengan membuat saluran baru bagi memberi laluan untuk bilirubin.

4. Kanser pada pankreas:
Pankreas yang terletak berhampiran saluran hempedu boleh menyebabkan kesumbatan pada saluran bilirubin.

5. Kanser pada pundi hempedu dan kanser pada kelenjar hati:
Kedua-dua kanser ini boleh menyebabkan lebihan bilirubin dalam darah. Kanser pada pundi hempedu dan kelenjar hati akan menghimpit saluran bilirubin menyebabkan mangsa mengalami jaundis berpanjangan.

4. Hepatitis:
Jangkitan kuman virus hepatitis A atau B adalah antara sebab utama orang dewasa boleh mengalami jaundis. Penyakit ini tidak perlu pembedahan, hanya ubat-ubatan. Jenis jaundis adalah 'unconguted',
 
 TANDA JAUNDIS
1. Mata putih bertukar menjadi kekuningan.
2. Air kencing menjadi pekat.
3. Najis seperti tanah liat manakala warnanya pucat daripada biasa.
3. Kulit terasa gatal-gatal.

BATU HEMPEDU PENYEBAB SAKIT KUNING 
Penyakit batu hempedu adalah antara punca yang menyebabkan pesakit mengalami jaundis. Penyakit itu bagaimanapun boleh dielakkan dengan mengambil langkah berikut:
1. Jauhi makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi.
2. Pilih susu yang mempunyai kandungan lemak rendah.
3. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.
4. Lebihkan sayur-sayuran dalam menu harian.
5. Minum air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
6. Sebaik-baiknya elak makan kulit ayam yang mengandungi kadar lemak tinggi.
7. Sesekali ubah cara memasak, seperti merebus atau mengukus.
8. Pilih minyak yang mengandungi kolesterol rendah apabila memasak.
9. Kurangkan memasak makanan dengan cara menggoreng.
10. Elakkan makanan seafood (makanan laut).
 
 
copy from google

My Baby Stuff....

Salam Satu Malaysia sume warga blog.....

Wah-wah lame gila aku tak conteng-conteng kat wall post aku nie...
rindu pulak...seperti yang dijanjikan entry lepas, lepas balik bercuti aku nak share kelengkapan baby yang aku dah beli buat mase sekarang ni la...
aku just beli barang kering jer dulu kebanyakkannya...barang-barang basah bila kandungan aku nie cukup 7 bulan lebih baru nak beli...
***barang kering , barang basah ingat ni rancangan masak ker pn nurul ooiiii***...
hehhehe..maksud aku barang kering tu seperti baju, seluar, botol susu dan seangkatan dengannya la kan...
barang basah tu pulak, contohnya macam mandian, syampoo, losyen dan yang sama waktu dengannya...
tapi macam sabun basuh baju baby tu kena la beli awal-awal kan sebab nanti nak basuh baju baby tu sume...
so jom la layan berapa keping gambar keperluan baby yang aku beli...kalu ade yang sudi nak tambah sangat la dialu-alukan..hihihihihi...


kebanyakkan keperluan baby nie sume aku beli mase warehouse sale...
3 tempat jer aku gi, ekspo barang baby kat Midvelly, pastu Pureen warehouse sale kat PJ dan Baby Kiko warehouse sale kat Puchong....

nie baju-baju untuk my anugerah dari Yang Maha Esa... ade baju nie kakak aku yang kasi..
tapi dia kasi sumenya untuk new born, so aku pun tak banyak beli yang new born dah, sebab orang cakap baby kan cepat besar, so aku beli kebanyakkan saiz L or 12~18m...
nie pun my sister cakap dah banyak sangat aku beli..tapi kerana murah dan comel aku borong jer..ikut kan hati memang banyak lagi nak beli... lagi satu sebab belum tahu jantina lagi so terpaksa hadkan dulu pembelian nie... aku beli nie pun sume untuk universal boy or girl sume boleh pakai...

nie pulak stoking, mittens & bottees, selimut yang ade sarung kat kepala tu **ape yek orang paggil, lupa la..** for my baby... yang nie aku rase nak tambah sikit lagi...sebab rase macam sikit jer...nanti lepas bersalin insyaallah berpantang di kampung, so kat sana cuaca kan sejuk sikit, nanti kesujukkan pulak baby tu....

cloth diapers, aku beli kat blog sis Nora Sakri, sekarang dia tengah buat sale a.k.a YES tau..murah-murah giler dia punya CD ni..kalu beli banyak-banyak lagi untung...yang nie aku beli sebelum dia buat sale, tapi harga masih berpatutan lagi la, bila dapat tau ade sale, aku tambah lagi 7 CD nie tapi tak sempat nak ambil gambar la..nanti dalam next entry yek... aku nak try pakai CD nie, sebab dah baca pengalaman ibu-ibu yang dah pakai CD nie, so far sume cakap ok... tak susah nak menggunakannya..yang lebih penting boleh saving tau.. hopely aku dapat pakai CD untuk my baby tu sampai bila-bila la...hihihih..

bib...tak tahu la benda nie penting atau tak, tapi aku beli jgk la..sebab benda ni membantu bila nak bagi minum susu or nak suapkan makan kat baby kita nanti..baby kan suka muntah n air liur selalu meleleh so pakai nie xde la kena kat baju dia tu nanti kan..

nie pulak free gift yang aku dapat mase kat warehouse sale tu...




ok nie jer la dulu barang-barang baby yang aku nak share dengan korang sume..
kalu rase macam ade perlu kena tambah jangan segan silu la komen yek...
nanti kita jupe kat next entry lagi k..kalu ade pertambahan yang aku dah beli aku share lagi..
tp ingt ini bukan nak tunjuk-tunjuk tau tapi sebagai panduan..mana tahu de yang benda penting aku tertinggal...so boleh la korang bagitahu yek..

Tuesday, December 6, 2011

CHECK LIST DONE...fly..fly..fly...

Bukan check list untuk baby tapi benda lain..hihihi..

Web check in (depart n return) :- DONE
Hotel :- DONE
Transport + driver :- DONE
Tukar duit, my sister yang buatkan...

so just wait for fly...fly..fly...

ke mana yek....???


korang teka la...sape betul teka ade ole-ole dari sane nanti yek...
hihihihih...eleh macam ade orang nak teka kan...
takpe la, just untuk orang yang sudi baca blog saya ini...

balik dari bercuti nie nanti saya nak buat n3 pasal barang-barang baby pulak..
minggu nie tak dapat nak buat sebab terlalu sibuk..
kan nak cuti... 7~12 Disember 2011....

jumpe nanti yek...

Thursday, December 1, 2011

:::Hari pertama bulan terkahir 2011:::

Salam...holaaaaa..laaaa...laaaa...
pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember...
bulan terakhir untuk tahun 2011...
sekejap je kan mase berlalu, rase macam baru jer semalam sambut tahun baru...hihihi..
biasenya dibulan akhir nie ramai akan buat refresh atau mengimbau kembali kenangan-kenangan manis pahit pada tahun 2011 nie kan...
mungkin masih ade azam 2011 yang belum terlaksana...
macam aku so far tahun 2011 nie banyak kenangan-kenangannya tersendiri..
azam tahun nie pun banyak tercapai dan terlaksana..
antara azam tahun nie adalah untuk mengandungkan zuriat hasil perkongsian hidup dengan en hubby tersayang...amboi ayat ko kan main lagi yek...macam karang karangan sekolah jer..hahah..
pastu untuk memiliki rumah sendiri, walaupun masih dalam proses (80%)...insyallah akhir bulan nie dah dapat kunci if takde sebarang masalah..
ehmmmm dapat pergi bercuti dengan en hubby...
itu jer la kot ape yang aku ingat...
tapi tak semestinya kenangan manis jer, ade jugak kenangan pahit tau,.,
tapi kenangan pahit biar jer la berlalu ditiup angin, jadikan lah sebagai iktibar dan pedoman hidup  nie yek..
aku bersyukur sangat pada yang Maha Esa kerana dengan sume rezeki yang diberika kepada aku suami isteri nie...
harap-harap rezeki bertambah lagi dengan kehadiran zuriat pemberian-Nya nanti....
dan paling penting semoga aku kuat menghadapi ujian-ujian yang diberi untuk hari nie, esok dan hari-hari mendatang....

:::Klik, klik, klik....:::