Followers

Thursday, January 3, 2013

~1 Jan 2013~

Cuti new year hari tu, laki aku ajak naik Genting. Tetiba je dia ajak, aku pe lagi terus setuju la. bukan senang laki aku offer nak gi jalan-jalan tau. Memang tak plan langsung ok, aku bajet nak kuar makan tengahari dan pusing-pusing Kl je kot. Tapi tengah aku nak kunci pagar rumah dia cakap "syg jom kita naik Genting, tapi abg tak bawak baju sejuk nie" aku ape lagi betul ke nie, ok set, aku cepat-cepat masuk rumah balik ambil baju sejuk dia, baju yang sesuai untuk Daaliyaa sume la kan.  Dia suh tel kakyah aku ajak gi sana jugak, tapi mase tu akak aku gi sogo dengan anak dan laki dia. Aku tel la adik aku wawa ajak dia n kawan dia, wahida.

Sebelum ambil diaorang kat Cheras, aku singgah makan dulu al-maklum la tak makan ape-ape lagi sebelum tu. Dalam kul 2.30 sampai rumah akak aku tu. Singgah solat jap dan terus jer naik Genting. Sampai sana kul 3 lebih. Cuaca hari tu pulak takde la sejuk mane. Sejuk aircond rumah aku lagi.

 menuju ke Outdoor Theme Park

 Daaliyaa syok jer tido. Pakai baju pun xde lengan..

 
budak baru bangun tido.. Masih mai-mai lagi tu.

 Outdoor Theme Park

 tak masuk pun, posing ambil gambar jer. Sebab dah lewat petang, macam rugi jer masuk kejap jer.
nie la adik aku wawa





















korang tengok la gambar tu sampai muntah, aku malas nak taip caption..hahhahaha
kali turun kul 8 lebih. time tu memang kabus tebal giler, suhu mase tu 14 darjah celcius,...sejukkkk
Daaliyaaa syokk jer tido mase balik tu...
budak tu bukan tahu erti sejuk, tido dalam econ pun siap pasang kipas dia boleh berpeluh bagai...
ok la, jupe lagi next entry..


Entry pertama pada Tahun Baru

Salam uolss semua. SELAMAT TAHUN BARU 2013, belum terlambat lagi nak wish kan. Pembukaan entry pertama untuk tahun 2013. Orang lain dah 10 entry tapi aku terhegeh-hegeh nak buat entry kan. Takpe, aku memang bukan blogger yang tegar. Blog nie pun aku buat untuk time free je boleh ah naik taip or citer merapu kat dalam nie.

Untuk entry pertama nie aku nak review dulu pahit manis sepanjang tahun 2012 secara ringkasnya ok. Tak kisah la korang nak baca ke tak kan, aku nak tulis jugak...biaq pi la..

1. Januari :-
- Mommy to be, mase nie baru 6 bulan pregnent.
- Dapat bonus untuk Tahun Baru Cina.

2. Febuari :-
- Ulangtahun perkahwinan yang ke-2. Sambut kat Melaka, time nie pregnent 7 bulan.
- Sibuk duk packing barang nak pindah rumah. 

3. Mac :-
- Alhamdulillah, dah pindah rumah sendiri. Walaupun bukan rumah baru [rumah second hand jer pun],
tapi aku bersyukur sebab dah boleh duduk rumah sendiri.

4. April & Mei:-
- Menerima orang baru dalam family. Pelengkap hidup aku dan suami. Lahirnya puteri kami yang sekarang makin panjang akalnya, Nur Daaliyaa Rafhanah Norzaidi.
- Majlis cukur jambul Daaliyaa
- Pertama kali berjauhan dengan suami dalam mase yang lama selepas berkahwin. Balik berpantang kat kampung aku di Terengganu.

6. Jun :-
- Pulang ke rumah sendiri kat Puchong dan menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu. Sangat mencabar.
- Kembali bekerja selepas 2 bulan cuti berpantang
- Pertama kali berpisah selama 8 jam lebih dengan Daaliyaa sebab kena hantar kat rumah Mak pengasuh dia.

7. Julai & Ogos:-
- Menjalani ibadat puasa bersama suami dan si kecil tersayang.
- Naik gaji lagi setelah 4 tahun bekerja di Eip Marketing Sdn Bhd.
- Menyambut hari raya Aidilfitri bertiga. Sangat xcited.
- En suami kena pergi oustation kat Taiping. Tinggal berdua dengan Daaliyaa

8. September :-
- Menyambut Aidiladha dan majlis Aqiqah Daaliyaa di kampung suami.

9. Oktober :-
- Perjumpaan dengan mommy blogger yang super duper gojes.
- Mendapat berita yang tak dijangka. Hamil untuk anak ke-2, syukur alhamdulillah walaupun tak sangka secepat ini.

10. November & Disember :-
- Menjalani kehidupan yang mencabar. Tinggal berdua dengan Daaliyaa dengan keadaan morning sickness.

So itu jer la pengalaman aku pada tahun 2012...



Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012-Last entry for this year...

Salam semua. Lame giler tak bukak blog nie. Al maklum la seminggu aku bercuti, maka dunia maya aku pun bercuti jugak la. Hari nie baru start keje balik. So ambil kesempat la buat entry hari nie sebelum sambut tahun baru kan.

Seminggu bercuti aku juast balik kampung berehat dan tenangkan fikiran jer. Selasa malam dah balik Kl, ingat nak gi Taiping kat laki aku, tapi penat naik bus n flight balik kampung hari tu tak hilang lagi so aku berkampung kat rumah abang ipar aku kt Putrajaya jer. Kebetulan biras aku bersalin anak ke-2 baru nie, mak mentua aku pun ade datang so aku duk melapak jer la rumah dia. Duk rumah aku pun takde orang jugakkan.

tak tahu nak tulis ape sebenarnya..just nak buat entry penutup tahun jer...
ape-ape pun selamat menyambut tahun baru 2013 semua...
ape azam baru korang yekkk???

Wednesday, December 19, 2012

~WW~ 11 weeks +++


Gambar scan hari Isnin lepas... Baby dah mula bergerak...comel gilerrr... syukur Alhamdulillah diberi peluang ke 2 untuk merasai keindahan dan kenikmatan mengandung nie walaupun kena alahan sikit-sikit...



Tuesday, December 18, 2012

Pok Nik Daaliyaa Kawen - Part ii

Salam uolss. Hari ni aku baru masuk keje. 4 hari cuti termasuk hari weekend. Jumaat aku apply cuti tapi semalam pulak aku mc. Penat jalan jauh. aku baru jer balik dari kg suami kt Kelantan. Dengan pregnent + ade anak kecik, sangat penat wehhh. Sakit habis tulang belakang kaki tangan, pinggang dan juagak urat belikat aku nie. So tak nak citer banyak2 jom layan beberapa keping gambar kawen Poknik Daaliyaa mase kat kg belah lelaki pulak. Majlis yang simple tapi sangat meriah. Sampai malam pun still ade orang datang lagi. Kalu kat bandar memang dah takde dah kot orang nak mai malam2 buta macam tu.

 
Majlis belah lelaki, memang tak de pelamin, just buat dalam bilik jer. Ni pun mak mentua n adik ipar aku yang buat sendiri. Cantik tak??


 tema hijau + putih + krim.. Cantik n sejuk jer mata tengok kan...


 Pengantin dengan kak ipar dia yang cantik + cun melecun  poyo jer lebih...


gemuknyaaa akuuuuu...tidakkkkkkkkkkkkk...
 

budak tecik baru bangun tido mase nie....  baru belajar nak duduk sendiri..tp tak lama pun duk macam tu pastu nak tertumbang balik...
 







see, kan aku dah cakap tumbang balik budak nie...berat badan betul la..
 

apehal Daaliyaa tengok aku macam tu, agaknya dia cakap, "come jugak bonda aku..." muahahahahahhahahhaa...



Ayah terlebih senyum sudahhhh...
 


makan beradap...meja tu aku yang buat dengan makcik2 laki aku..tirai belakang tu m.i.l n s.i.l aku yang buat...

 ok, dah habis pasal weeding adik ipar aku tu..
semoga mereka berdua hidup bahagia sampai ke syurga Jannah...
aminnn....

Thursday, December 13, 2012

Pok Nik Daaliyaa Kawen- Part 1

Salam, hari  nie aku nak citer pasal wedding adik ipar aku a.k.a Pok Nik Daaliyaa. Wedding nie berlangsung pada weekend lepas kat Jengka, Pahang. Majlis sanding hari Sabtu manakala majlis nikah Jumaat malam tu. So Jumaat lepas aku mintak dengan bos nak balik keje awal sikit, biase 5.30 aku balik keje tapi Jumaat tu aku balik 4.30, kira awal satu jam la. 

Sampai rumah terus bersiap bagaikan, ingatkan kul 5.30 dah boleh gerak tp hampeh, dekat kul 7 baru gerak. Ingat nak gerak awal sebab nak jupe Cikna nak ambil durian crepe yang dijual tu, tapi tak sempatttt. Masa Cikna tel tu, aku baru jer nak gi ambil Daaliyaa kat rumah pengasuh tapi Cikna dah nak sampai RnR Temerloh. Memang tak sempat ah kan. Pulak hujan lebat hari tu, korang tahu je la KL nie, kalu hujan jer mula ah jem teruk, lebih-lebih lagi hari Jumaat pulak. lagi la teruk jemnya. 

Kitaorang kuar sampai kat tol gombak pun dah dekat kul 8 malam. Majlis akad nikah tu pulak start lepas Isyak. Memang tak sempat ah kan. Sampai tu orang dah siap nikah sume, dah turun dari majsid nak makan pulak. kitaorang ape lagi terus gi tempat makan ah sebab mase tu tahap kebulur tu memang dah maximum. Sedang elok sampai, Daaliyaa baru bangun tido, mood pun macam ok jer, orang nie orang tu ambil dia tak nangis, so bonda dengan ayah dia ambil kesempatan cepat2 gi ambil makanan dan makan dulu. Kata lapar, mase ni la makan puas2 sementara Daaliyaa tak meragam.

Malam tu tido kat san, sewa homestay gitu. tido semalam jer pun. Sebab esoknya majlis bersending pulakkan. Malas nak tulis banyak, korang bukan baca sangat kan, so layan jer la beberapa keping gambar mase majlis sanding. Gambar akad nikah memang takde la sebab kami kan sampai orang dah siap kawen.
Ooo yeee, adik ipar aku tu sekali lafaz jer mase akad nikah tu, bagussss...

 ni la pengantinnya, Saufi dan Intan


  keluarga suami aku. Asal la mulut aku macam tu pulak.



 ok, gambar ni ok sikit laa



 candid picture la konon-konon..


  
ma dan ayah mentua aku wif pengantin



Kakak ipar aku, budak lelaki kat bawah tu sepupu laki aku.

 
 
 aku dan family. Cewah family gitu..

so habis part 1, part 2 nanti kenduri belah lelaki pulak minggu nie kat Kelantan.
Esok aku cuti coz malam nie dah nak balik kg laki aku. Tapi malam nie balik dengan Moksu ra, makcik laki aku a.k.a mak budak lelaki dalam gambar tu.



Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Tarikh  yang cantik... dan tahun nie tahun terakhir untuk tarikh secantik nie...Nak tunggu 3012 memang dah tak sempat dah pun...1000 tahun lagi tu...

tu jer nak hapdate,,,hihihih

daaaaaaaaaa

Wednesday, December 5, 2012

Angkat bontut jer lebih....

Nak citer pasal sorang budak. 
Tengok pada gaya macam dah terer jer kan tapi berlakon je semata-mata...
meh la nak tengok....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 ceh-ceh angkat bontut kan main yek..ingat dah nak merangkak tapi nan hadonya....


 dia letak balik bontut dia...muka blur sebab time nie dia bergerak-gerak tonggeng-tonggeng bontut dia tu...


muka suci jer...muka tak bersalah...geram jer..ingat dh boleh merangkak dah....ayooooo...sampai skrag pandai mengesot ajer la....


7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Salam sume....Hari ni aku nak share satu tip yang aku dapt dari cousin aku kat FB, dia pulak dapat tip nie dri sinie

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

p/s:- jom kita amalkan ape tip yang diberi...semoga kita dan pasangan bahagia sampai ke syurga jannah... amin....

Friday, November 30, 2012

9 weeks already...

Salam Jumaat, hari terakhir keje di bulan Nov 2012. Esok dah masuk bulan baru dah. Kejap jer kan masa berlalu. hari genap usia my little baby dalam perut nie 9 minggu. Tak sabar nak jupe baby baru nie buat teman bonda, ayah dan kakak Daaliyaa nanti. Sekarang mual, loya semakin menjadi-jadi. Daaliyaa pulak semakin hari semakin manja dengan aku. Memang kadang tu balik keje penat sangat. Kalu nak makan sekarang kena biar dia tido dulu. kalu tak memang kena kaco or dia menangis suh dukung dia. Kadang tu kesian jugak kat dia, yela balik keja mesti dia nak main dengan Bonda dia tapi apa kan daya, bonda dia nie penat sangat. Main la dia sorang-sorang, kadang tu ade jugak la aku main dengan dia. Bila ayah nak habis keja kat Taiping tu pun tak tahu la. Setiap kali tel mesti aku mengadu penat, letih. Bukan merungut dengan ape Allah uji nie, tapi kadang tu kita sebagai manusia mesti terlepas jugak cakap benda-benda macam nie.
Setiap kali tido aku selalu cakap dengan Daaliyaa dan baby dalam perut ni. Ok la nak balik dah nie, semoga segala urusanku di permudah kan...amin....

Wednesday, November 28, 2012

~W.W~ Senyuman Mu Penawar Hati Ku...

 

Bila balik keje tengok dia senang hati...
Dia la penyeri hidup kami...
Tak kala ayahnya tiada, dia la peneman aku dimana jua..
Rindu sama ini budakkk...
 

Friday, November 23, 2012

pureen sale...sape yang nak pergi angkat tangan please....


 


Hola...
Korang, esok ade Pureen sale kt Summit Company, PJ..
Apa kata jom kita pakat gi serang sale tu..
Sape yang nak memang comfirm nak gi esokk...??
Angkat tangan pleaseeeee......
Kalu aku sempat dan kelapangan, ingat nak pergi jugak..
kalu terserempak tu jangan segan2 tegur ok....
Hari nie Jumaat, esok lusa weekeng, selamat berhujung minggu semua...

Daaliyaa dan spek mata hitam gelap gugup...

Hari nie tak xde idea nak taip entry...jom layan beberapa keping gambar jer la..
rabu lepas xde kurangakan perkataan so hari kita buat "Wordless Friday"














Thursday, November 22, 2012

Jom cuci mata nak...???

Uolsss jom cuci mata nak...?? 
Nak share mana tahu ade yang berkenan dihati saudara saudari...

Sutera Diamond Crepe Terengganu...
~Desa Murni~


 SUTERA CREPE BALHAQI DIAMOND



SUTERA CREPE BALHAQI DIAMOND



 SUTERA CREPE ABSTRAK DIAMOND



  SUTERA CREPE BALHAQI [HITAM] DIAMOND



 SUTERA CREPE BUNGA RAMA-RAMA DIAMOND

Berminat tak??? 
boleh email saya 
nhr_cinde@yahoo.com.my
saya kasi harga terbaik for kawan-kawan blog saya...
Just share keunikan negeri saya Terengganu....

cerita di pagi hari

Salam uolsss. Nie aku nak citer kat korang pagi tadi Daaliyaa jatuh katil. Nasib la budak tu tak menangis meraung bagaikan. Aku pulak bila teringat rase nak tergelak jer. hahahhahahaha...

Kejadian nie berlaku jam 5.30 pagi tadi. Memang sebelum tu aku tengok dia tido dah turun ke bawah, biase nya aku akan angkat dia ke atas balik kan, tapi hari nie aku tak buat macam tu. Pastu tetiba aku dengar "uk ek uk ek". Aku terkejut dari tido ingat Daaliyaa nak susu, bila buka mata tengah mamai sambil tangan duk raba-raba cari anak tengok anak takde, teruk luas mata aku terbuka.

Cari-cari tengok-tengok anak aku dah jatuh kat celah katil tepi dinding. Cepat-cepat kejutkan laki aku bagitahu anak jatuh, tapi dia buat dekkk jer, rupanya dia mamai jugak..hahah... Aku terus angkat Daaliyaa naik atas katil tengok dia terkebil-kebil. Time nie dah nak tergelak aku, sebab tengok muka lucu Daaliyaa. Tapi nasib la dia jatuh macam menurun kaki dulu, pastu ade bantal sekali jatuh dengan dia. Tak sakit kot sebab tu dia tak nangis.

Aku kejutkan sekali lagi laki aku bagitahu anak jatuh, baru bukak mata dan ambil anak letak tengah-tengah antara kami berdua. Memang tak dinafikan Daaliyaa sekarang tido makin melasak. Dia tido siap boleh buat 360 pusingan. Kadang tu sakit habis badan aku nie. Boleh dikatakan 2/3 katil tu dia yang conquer time tido. Mana taknya kalu sebelum tido tu, pusing kanan, pusing kiri, golek kanan, golek kiri baru nak tido.

Ni sebenarnya kali ke 2 Daaliyaa jatuh. Pertama kali jatuh time aku duk rumah kakak aku kt Cheras tu. Aku letak dia atas kerusi depan tv. Mase tu aku baru jer siap menyusu dia. Pastu aku suh anak buah aku tengok dia sebab aku nak naik angkat baju kat ampaian atas sebab time tu nak hujan takut tempias air hujan. Bila aku sampai atas aku dengar bunyi 'gedebuk'. Pastu dengar anak aku menangis selok doh. Aku cepat-cepat turun tangga nak tengok keadaaan dia. Nasib la xde ape-ape. Risau jugakkan. Time aku turun tu ma aku yang ambil dia, aku tengok anak buah aku dah pucat muka bila tengok adik sepupunya tu jatuh, mungkin terkejut dan tergaman. Orang cakap kalu baby jatuh dan ade muntah suh check doktorkan, tapi lucky Daaliyaa xde muntah-muntah ke ape.

So tu la jer citer pagi nie.. cerita Daaliyaa jatuh. Sampai sekarang dan semasa aku tulis entry nie, aku boleh tersenyum sorang-sorang teringat Daaliyaa jatuh katil pagi tadi...hahhahahahahha...

Wednesday, November 21, 2012

Dok Tahu Nok Tulis Tajuk Ape.....

Buntu...??
no idea...
dok thu nok kate gane lagi...
benornya banyok sangat nok tulis tapi gok idea dok mari-mari nie.
so aku tulis hok litas dalam kepala aku deh.

1. Daaliyaa sekarang dah mula campur susu FM. Memang rase sebak sebab 7 bulan dia minum susu ibu sepenuhnya. Tapi kerna terpaksa aku terpaksa campur supaya dia dapat zat yang secukupnya. Aku kasi dia minum susu Dumex Dulac dan alhamdulillah susu tu sesuai untuk perut dia. Aminnnnn, so tak perlu aku pening-pening nak cari susu terbaik untuk dia selepas susu ibu. Tapi kan, kalu dengan aku, dia nak dicrect BF. Tapi takpe la, time aku keje waktu malam memang aku kasi direct jer selagi aku mampu dan selagi dia mau menyusu badan. Kalu duk dengan pengasuh dia, 2 botol ebm 1 botol susu FM.

2. Solid food pulak, Daaliyaa memang tak suka sangat puree. So sekarang pengasuh dia yang buat makanan untuk dia. Sebab kadang tu dia makan 2 3 suap dia dah tak nak. Tapi kadang tu dia makan dengan banyak. Agaknya ikut mood dia kot. Hari nie rase nak makan dia makan banyak sikit, esok pulak rase tak nak makan, so kurang la dia makan. kita follow jer selera dia macam mane.

3. Kandungan aku sekarang dah nak masuk 8 minggu = 2 bulan. Kejap jer kan, tup tup 2 bulan dah. Mase mengandungkan Daaliyaa aku rase macam lambat jer. Tapi yang nie lain sikit, rase macam kejap la pulak. Mungkin mase mengandungkan Daaliyaa aku banyak fikir, pastu aku pulak mase tu banyak mase terluang, macam yang nie, aku tak banyak fikir, masa pulak tak cukup jer aku rase.

4. Sejak Sabtu lepas, aku dah mula rasa mual, loya dan mudah penat lebih-lebih lagi bila Daaliyaa menyusu direct BF. lepas dia munyusu aku rase badan aku nie lembik dah, bila berdiri rase macam mengigil gitu. Isnin lepas pun aku mc sebab tetiba perut aku nie rase macam, kepala hanyut, mual dan rasa loya. Aku gi klinik nak scan keadaan baby sekarang, tapi doktor tak suggest sebab baby sekarang memang kecil lagi. Kalu scan pun memang tak berapa nampak, so doktor suh tunggu lagi sebulan untuk scan.

5. Aku ingat nak buka buku merah/pink kat klinik kerajaan tahun depan. Bunyi macam lama lagi kan, tapi lagi sebulan lebih dah nak masuk tahun baru 2013. Aku nak buat time check up Daaliyaa 9 bulan. Agak-agak korang kena marah tak?? ye la, biasenya aku dengar kalu gi klinik gov nie, if kita pregnent lagi for second baby sedangkan anak sebelum nie belum sampai setahun lagi kena marah. Nanti mestinya diorang tanya kenapa tak plan la, kenapa tak makan ubat la. Tapi aku harap takde la semua soalan-soalan cepu mas tu yek. Dah rezeki Allah nak kasi, so kita terima jer la kan...

6. Sekarang aku dah takde keje banyak kat ofis, tapi aku still blur nak buat new entry untuk blog nie. Ade banyak citer tapi idea nak mengarang tu tak datang. Macam blur gitu. Takpe la, bukan ade orang baca sangat blog aku nie. Nie pun aku buat supaya pembaca yg setia dan sudi baca masih ingat dan kenal aku lagi. Seronok sebenarnya berkawan dengan orang alam maya nie. macam-macam ragam adenya.

Belang-belang takdok idea, panjang jugak entry aku nie ye dok...hihihihi... takpe-takpe sementara idea nok datang nie, aku tulis jer la kan...merapu tu sori la yek...

btw, nanti aku nak upload baju sutera terengganu, korang berminat dok?? aku memang ade berniaga kecil-kecilan tapi tak jarang ah aku pos kat blog nie..kat Fb de ah...nanti aku upload k..


Friday, November 16, 2012

Jom belajar dialek GANU nak...???

Selamat hari Jumaat semua. Eh dah Jumaat hari nie, esok Sabtu cuti la kan. Kejap jer hari minggu bertemu hari minggu sekarang nie. Hari nie saje aku nak ajar korang cakap dialek Ganu. Bosan asyik citer pasal anak jer kan, so hari nie tpoik kita pasal percakapan.

So hari nie kita belajar 30 dulu dialek Terengganu k.

1. TAK BOH = TAK NAK
2. BAKPE = KENAPA
3. DOK = TIDAK
4. SOBENG GOK = JANGAN LA
5. DOK ROK/ DOK CAKAK = PENAT
6. GONG = SOMBONG
7. GOSTANG = UNDUR
8. TUBIK = KELUAR
9. ROK = SEMAK-SAMUN
10. NAWOK = TIPU/ BOHONG
11. NEBENG NGOH = MELAMPAU
12. CAMEK = USIK
13. GLENYA = GATAL 
14. MASING REBING/PEKOK = SANGAT MASIN
15. MANIS LETING  = SANGAT MANIS
16. TAWOR HEBE = SANGAT TAWAR
17. CEROH NERANG = SANGAT CERAH [CAHAYA}
18. GELAP GLEMAK = SANGAT GELAP
19. ABIH RENG/ TEA = SEHABIS UPAYA/ TENAGA
20. ACING PERRING = BAU HANCING KENCING
21. SAMAH = 50 SEN
22. AMOK RENG = MALAS NAK TOLONG
23. BADI DANG = SAPE LEBIH CEPAT
24. BOLOK AROK = SERABUT
25. BLADUNG AIR = AIR MELIMPAH
26. CAMEK = SENTUH
27. CEKGI = LEPAS NIE
28. CEKIK = CUBIT
29. KEKOH = GIGIT
30. NYAKNYE = KESIAN

so tu ajer perkataan/dialek Terengganu untuk hari nie..
seee u....






:::Klik, klik, klik....:::