Followers

Tuesday, August 30, 2011

Cukup sebulan berpuasa, dah boleh raya..

Alhamdulillah, cukup sebulan kita berpuasa termasuk la ai ok...ai tahun ni cukup sebulan tau..hehe.. Ai nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman-teman dunia maya dan juga semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf Zahir Batin kalu ada entry2 yg tersinggung perasaan kalian sume... :::SALAM LEBARAN:::

Tuesday, August 23, 2011

eh2 dah 23 Ramadhan dah..esok lusa tulat then balik kg...

lagi seminggu nok raya....
persiapan dah buat cume baju untuk en suami jer lum beli lagi...
sekarang mood nk berblogging kne virus..sbb tu mcm lemau jer..
k ah..ddaaaa

Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan....

Syukran, dah 18 hari kita berpuasa...
So far xde tinggal lagi pose...hihihihihi...
Alhamdulillah....
Hari ni, tak tahu nak masak ape, pagi tadi cakap kat En Hubby nak masak kari daging..
Tapi sekarang, rse nak makan nasi beriani la pulak..
Entah, tapi kadang tu bila duk depan xde pulak nak makan..
Sekarang rase nak makan benda masam2 jer.. Macam epal hijau, oren ker...huhuhuhu..bestnya..leleh air liur den...
tak mau citer pasal makanan cuma nak share ape yang aku dengar semlm semasa aku g solat terawih..
semalam kan Nuzul Quran, surau yang aku selalu pergi tu de la jemput sorang ustaz, should be start kul 8 tapi ade sbb tertentu lepas isyak baru strt..so just simple tazkirah je la...
Semalam ustaz tu bercerita tentang Nabi Zakaria a.s...
Bagaimana Baginda mendapat zuriatnya iaitu Nabi Yahya a.s..
Ini ape yang saya ingt la yek, Nabi Zakaria memperolehi zuriatnya yang pertama di usia 125 tahun manakala isterinya mase tu 94 tahun... baginda berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi pelapis untuk keturunannya iaitu Bani Israil... Cuba korang bayangkan dalam usia begitu kalu ikut sainstifik mne boleh mengandung lagi kan..tapi tu semua kerja yang Maha Esa... So Allah turunkan ayat yang memberitahu tentang bakal kelahiran bayi lelaki yang bernama Yahya iaitu anak kepada Nabi Zakaria kelak... tapi Baginda macam tidak percaya dan berfikir dalam keadaan umur baginda dan isterinya dah uzur macam mane isterinya boleh melahirkan zuriat, tapi Allah s.w.t berkata, "itu semua kerja aku, jangan kamu hendak pertikaikan bagaimana ia terjadi" ni ayat dalam bahasa yang senang faham ok... Akhirnya setahun kemudian baru la isteri Nabi Zakaria mengandungkan Nabi Yahya a.s...
So nak disimpulkan disini, kita sebagai manusia, mesti la jangan cepat mengalah dan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada yang Esa untuk mendapatkan sesuatu, kerana ape yang berkaitan dengan kita semua dan Allah tentukan, kita hanya merancang...

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan 17, Nuzul Al-Quran..

Salam Nuzul Quran untuk semua umat Islam di dunia ini....
Hari nie 17 Ramdhan = 17 Ogos 2011


Tuesday, August 16, 2011

Pantang larang ketika mengandung

Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.
Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.
Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan terlalu mengikut nafsu.
Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".
Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. Sebagai contohnya seperti adat melenggang perut untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.
Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.
Sekian.

***credit from here..., tq mr dan mrs google***

16 Ramadhan, Alhamdulillah dengan rezeki drp-Nya..

Syukur, 16 hari berpuasa dan 16 hari jugak aku berpuasa...
Insyaallah, puasa tahun nie cukup 29/30 hari...
Semalam balik terawih, terus ajak suami g klinik sebab nak comfirm ape yang sy test semalam..
Alhamdulillah, semalam kat klinik test balik, then dengan terang nya 2 jalur line tu terserlah....
doktor cakap mmg positif, now ai dah nak masuk 5 minggu kalu ikut perkiraan doktor la..
harap-harap sume selamat sampai cukup bulannya...

***doa-doakan lah sumenya selamat yek kawan-kawan..aminnn***

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 15, lagi 15 hari 1 Syawal..

Salam Isnin sume...
Mood macam mane hari nie..??
Mesti ramai yang Monday Bluessssssss.....
Al-maklum la, hari pertama bekerja dalam minggu nie...
Alhamdulillah, dah 15 hari kita berpuasa..kejap jer kan..
Hari nie kebanyakkan stesyen radio2 tempatan memutarkan lagu hari raya...
wah seronokkkan....macam dah dekat nak raya...hihihihi..
Ai pun, setakat setakat nie masih berpuasa penuh la..**actually dah lambat 5 hari cik p xdtg, kalu xdtg terus lagi ai suka**
Semalam balik terawih, ai ajak En Suami beli pregnent test tu..beli yang 2 terus..senangkan..
So balik rumah semalam terus buka kotak tu n baca2 mcm mne nak buatkan..**padahal sebelum nie pernah guna dah..tapi kali nie beli brand lain so just nak thu lebih lanjut jer la..**
so sebelum mandi semalam ai test la kan.. berdebar jgk.. tgk2 de 2 jalur line tapi satu warna pink gelap n satu lagi pink blur2 a.k.a pudar2 sikit tapi masih kelihatan 2 jalur line tu...
Macam blur disitu panggil En suami suh tgk, dia ckp pun nak nampak 2 line tapi satu tu blur2..
So nak sedapkan hati tel my sister kat cheras tu, bagitahu dia so dia ckp ade kot..
tapi dia suh tunggu biar cukup seminggu then cek skli lagi...kalu boleh seawal pagi lepas tdo dia ckp..**mmg alam arahan tu tulis sebaiknya buat waktu pagi selepas bgn tdo**, tapi kerana ketidaksabaran tu terus buat..hiii.
So kita tengok la pada hari Khamis nie saya nak buat balik..
Hopely line tu tetap 2 seperti semalam...aminnnn...
perasaan semalam macam bercelaru, tak nak terlalu gembira n berharap, ape2 tunggu keputusan rasmi dulu drp doktor nnt kalu kali ke- 2 test still 2 jalur line..


***Doa-doakan semuanya berjalan dengan lancar...Semoga Allah memberi berita baik untuk bulan Ramadhan yang mulia nie....aminnnnn***

Saturday, August 13, 2011

entry dihujung minggu...

hari ke-13 kita berpuasa...alhamdulillah...
hari nie duk sorang-sorang sebab En Suami kerja...
sungguh membosankan..huhuhu..
dah puas tdo, kemas rumah sikit2...tgk tv citer plk xbest..
on9 pun xramai mbr2 yg beron9 hujung minggu nie..
nak kuar pun panas jer cuaca hari nie..panas terik, nak jemur kain baju pun rse mcm dh terbakar kulit muka nie.. bagaimana la keadaan En Suami yang bekerja kt site dgn cuaca macam nie yek...
si isteri yg duduk rumah dilindungi bumbung pun masih terasa bahang panas tu...
nie baru panas dunia kan... akhirat kelak macam mne la nanti yek..nauzubillah...
k la, nak g cuci mata tgk blogger lain plk..
daaaaaaaaaaa....




****dah lewat 3 hari dah...****

Friday, August 12, 2011

1 year 6 Months..

Jumaat kedua dibulan Ramadhan 2011..

Syukur kehadrat Ilahi, sudah 12 hari sempurnanya puasa ai untuk Ramdhan 2011..**versi sopan santun k..hakhakhak....***
Alhamdullilah, Jumaat yang kedua untuk bulan puasa nie kan...
So far, ai berpuasa penuh lagi...dan harap-harap penuh la berpuasa pada tahun ini yek...
Tak mau terlalu mengharap tapi berdoa semoga ade berita gembira untuk Ramadhan kali ini...
**apahal hari nie macam sayu jer kan....patut gembira la sebab Jumaat sudah maaa, esok cuti boleh tido puas2..tak ayah datang keje 2 hari...suka..suka..suka..***


p/s: kebanyakan entry bulan pose nie tak bergambar kan..mesti bosan kan entry tanpa gambar nie...xper la, bulan pose kene kurang xtvt bergambar...hihih..nnt lepas raya ai tempek/tempal gambak bnyk2 k..

Berita semasa:- semalam balik terawih **sudah rajin pergi terawih tau sebab selalu kena pakse oleh En Suami..huhu..teruk dapat bini macam ai nie..tapi ikhlas tau g terawih..** dah sampai rumah jiran cakap ade kemalagan jiwa kat jambatan pulau pinang kecil kt area rumah ai, terus ai ajak En Suami nak g tgk kan..
Wahh teruk giler...motor vs van toyota kot kalu xsilap saya..dh la van lame, yang badan dia kuat dan keras.. motor tu tayar depan patah 2 tau..penunggang motor pakcik & makcik, mmg kesian.. pakcik tu patah 2 2 belah kaki, dah 2 2 belah, pastu patahnya 2 part..korang faham x?? patah kt pergelangan peha n betis xsilap sya..mmg terkulai la sy tgk kaki pakcik tu...orang xberani nak angkat sbb takut salah angkat..so tunggu sampai ambulan dtg...dh la lmbt giler smpai ambulan tu..kesian tau..makcik tu plk patah tangan n kaki jgk...ngeri..huhuuhuhuh.. terus ajak En suami balik...takut nak tgk.. ok itu jer laporan hari nie...
harap2 pakcik & makcik tu selamat yek....


***period saya dah lambat 2 hari la..saya tak pernah period lewat macam nie...mcm mne nak buat yek..***



Wednesday, August 10, 2011

Dah 10 Ramadhan..

Lip lap lip lap..boom baam boom baam... dah masuk hari ke sepuluh kita berpuasa kan...
jap jer masa berlalu... aju aya ai dah eiyap 2 asang..de agi 4 asang elum eiyap agi.. **korang bacala versi budak-budak baru pandai cakap yek..**

tetiba senah kepoh kuar...
"wah banyk baju raya ko mak jah...**budak-budak tetiba bertukar jadi mak jah pulak..wink2** ...kelas ko jah...pose penuh tak ko jah nak baju banyak-banyak nie..."

mak jah pun jawab...
"mesti la aku pose punuh lagi untuk 10 hari nie, sebab 2 baju aku dah siap 2 pasang..lalalala.."

ambik ko senah mak jah dah menjawab persoalan ko tu yek...
k daaa...flying kissss skali....muuuahhh..

Tuesday, August 9, 2011

~I Love U, Percaya Padaku~

"Terpengaruh"... Korang pernah tak terpengaruh dengan sesuatu perkara tu..
ai tahu, mesti korang pernah..lebih-lebih lagi terpengaruh dengan Mega Sale..hihihi
ape kaitan terpengaruh dengan tajuk entry tu ek..
macam nie nak citer, saya kan suka jenguk dan baca blog-blog kawan blogger saya, walha diaorang bukan kenal saya pun,suka-suka cakap kawan kan, tapi takpe ai tetap suka tau walau saya jer yang suka baca blog2 diaorang nie sume..ai tak kisah blog ai xde orang baca, janji ai dapat tulis ape-ape pun yang ai suka kat sni...lalala..

ok, back to story mory..

Terpengaruh pertama:- 
macam nie, saya selalu baca entry-entry kat blog sorang blogger yang bakal jadi mama nie, Our Secret Garden, pastu dia punya blog ade lagu tema korea kan.. agaknya selalu buka blog dia sampai balik rumah tetiba bangun tido nak g mandi mulut kuar nada lagu nie...lirik tak ingt cume yang ingat I LOVE YOU jer...hahah pelik kan, cepat tul terpengaruh... So sni ai share dengan korang video lagu tu k.


Terpengaruh kedua:-
Pertama kali dengar lagu nie kat blog Ibu Mika sorang nie.. Baru jugak la, sejak dia tukar baju baru blog dia ade lagu nie. Sampai bila balik rumah pun lagu nie bermain-main kat fikiran, pastu tadi bukak fb, ade la anak sepupu nie a.k.a anak sedara kepada blogger yang tengah nak kuruskan badan tu..hehehe..jangan marah yek Ummi M.I.M, ai doakan impian u tercapai yek sista.. Dia nie baru jer join dunia blogger tapi memang selalu baca dan mengikuti dunia blog la, but just silent reader jer la kot...jom la jengah blog dia "Kisah Kami"
So, lagu kedua yang selalu tetiba bermain difikiran saya adalah :-


Jom layan lagu-lagu nie yek...
k daaaa....

p/s:- hari nie nak promote blogger yang saya follow tau..lalalalla

:::::saya pun tukar lagu tema blog saya lagu PERCAYA PADAKU..hihihi::::

hari ke-9...pose penuh lagi...

Ehhh..eh...ehh..dah 9 hari kita berpuasa...
Kejap jer kan...Setakat nie ai masih lagi berpuasa penuh 9 hari..
Sepatutnya Cik P nie dah datang tapi tak datang-datang lagi..
Hopely tak datang sampai 9 Bulan dan dapat puasa penuh sampai sebulan la...hihihiihihih..
Banyak nak story tapi tak tahu nak mula dari mana dulu..
Sejak dari minggu lepas kesihatan ai tak berapa baik sangat..
Last week batuk-batuk + sakit tekak, this week pulak selsema n lesu..huuhh
Semalam nak buat entry, tapi macam dah blurrr disitu...
Keje pun semalam yang senang tapi rse macam blur takleh nak buat...
Biase la kan hari Isnin memang begitu..huhuhu...
So hopely hari ini lebih bertenaga dab bersemangat yek...

~~~P/s:- seronok orang keje gov dapat bonus ye... kawan-kawan blogger yang keje gov, leh kasi duit raya lebih la kat saya nnt yek...lalalalalalala....~~~



Friday, August 5, 2011

CONTEST: HARI RAYA (tajaan DropletHouse)

  GA pertama di bulan Ramadhan..

Jom la join, senang jer tau...

CONTEST: HARI RAYA (tajaan DropletHouse)


Hadiah-Hadiahnya adalah:

1) Tempat pertama: Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Topup RM10 + Bloglist
2) Tempat kedua : Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Bloglist
3) Tempat ketiga : Topup RM10 + Bloglist

Syarat untuk hadiah pulak senang jer:

1) Hadiah akan diberikan berdasarkan pilihan kita sendiri. Jadi, uols kena pergi page facebook DROPLET HOUSE dulu (Klik SINI), pastu LIKE page tu dan masuk dalam photo diorang, cari album "Shafmechy Raya Contest Prize!!!", uols like la mana-mana baju or beg yang menjadi pilihan hati uols. 
Yang penting copy or download gambar tu dan letakkan dalam entry uols..
 
 
Macam nie:-
Saya suka beg nie....

Shafmechy Raya contest prize!!!!!!


2) Bagi yang tiada facebook, boleh follow blog DROPLET HOUSEKlik SINI.

3) Bagi peserta lelaki pula, korang bleh la hadiahkan untuk gf ke adik ke, kakak ke, atau sesapa saje...


Cara-cara untuk join GA nie:

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST HARI RAYA (Tajaan DropletHouse)
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini
3) Letak gambar sambutan hari raya bersama keluarga korang. Tahun bila punya gambar pun takpe. Gambar paling yang paling menonjolkan kemeriahan hari raya bersama keluarga. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
Contohnya macam ai buat nie yek:-
~My lovely big family...i love them so much....Raya 2010~
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
i- Puan Izian
ii:- Puan Eka
iii:- Puan Ima a.k.a Ummie M.I.M
5) Letak juga gambar baju/handbag yang korang nak dan link ke facebook DROPLET HOUSE.
 
Saya mau bag iniiiii....

Shafmechy Raya contest prize!!!!!!

So senang jer kan


Tarikh Tutup: 6 September 2011 (Selasa), 11.59 malam. 

Thursday, August 4, 2011

4 August = 4 Ramadhan

Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa dan dah 5 hari kita menunaikan solat tarawih..~tapi ai baru jer sehari a.k.a malam tadi..huhuhu~"begitu teluk ini budak maaaa..."
So menu berbuka semalam adalah tomyan putih, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam timun dan semesti mr budu...
Untuk sahur pagi tadi pulak ai masak meggie goreng SEDAAP `sedap ker!!??` ajer. Cepat & mudah disediakan. Campur sikit dengan nasi dan tomyam lebih mase berbuka, so ok la kan untuk makan bertiga... 
(ai, mr hubby dan b.i.l.)
So hari nie kita fikir ape lagi menu untuk berbuka hari nie yek..
Begini la rutin seorang isteri memikirkan ape yang perlu dimasak setiap hari...
Kalu tanya mr hubby tu, takleh sebab nanti mesti dia request sesuatu yang pelik2 dan tidak mampu dimasak oleh si isteri nie...hihi..

Ok la nak sambung kerja pulak..
Daaaa...

Wednesday, August 3, 2011

Hari ke 3 berpose....

Salam....
Haloooooo...
Diam tak diam hari nie dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan...
Sekejap jer...Hari ni pun dah Rabu, esok Khamis, lusa Jumaat pastu Sabtu Ahad cuti lagi...
Suka..suka..suka...Memang ai suka hari minggu...
So macam mane puasa korang 3 hari nie, ok ker tak..
Ke ada yang belum start pose lagi, almaklum la bendera "MERAH" datang kan...
Semalam ai baru jer masak untuk berbuka, sebab hari pertama puasa ai berbuka rumah b.i.l ai kan..
So semalam saya masak simple2 ajer, just masak udang masak lemak cili api, paprik ayam, telur dadar, ikan goreng, ulam timun dan mesti tidak ketinggalan adalah budu..hihihi.
Lauk semlm de lebih, so buat makan sahur pagi td..
k la de keje nak buat nie, update laju2 nie...
nnt free ai update lg k...
daaaaaa


Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, dah selesai sehari kita berpuasa...
So macam mane puasa korang hari... 
Lemah dan lembik ke idak... 
Ke tak bermaya langsung...
Takpe la janji korang selamat berpuasa penuh hari..
Jangan pulak puasa yang yang yok, balik rumah buka periuk..
No..no..no....Idak baik tau kawan-kawan..
So masak ape hari, makan ape hari ini...
Hari ni ai tak payah masak sebab sebab ai berbuka puasa kat rumah brother in law ai a.k.a my hubby punya brother... 
Suka..suka..suka...
Dan paling suka, bila bulan puasa nie ai dapat balik awal.. awal pun setengah jam ajer...
Tapi ok la, leh balik awal jgkkan...
Ehmmm nie sekarang still rumah b.i.l lagi, sebab tunggu my hubby g solat tarawih..
Tapinya duk ber"tarawih" dengan laptop layan citer korea..
Ada ke patut...ishk..ishk..ishk.. teluk betul la isteri Norzaidi sorang nie kan...
So jap lagi nak balik, kena tido awal sebab esok pagi nak masak untuk sahur pulak...
Korang sahur ape semalam, ai masak nasi goreng + telur mata kerbau dengan air milo jer..
Pagi nie pulak...?? Tunggu jer la ape yek yang keluar dalam fikiran nie..
K daaaaa...

:::Klik, klik, klik....:::