Followers

Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan....

Syukran, dah 18 hari kita berpuasa...
So far xde tinggal lagi pose...hihihihihi...
Alhamdulillah....
Hari ni, tak tahu nak masak ape, pagi tadi cakap kat En Hubby nak masak kari daging..
Tapi sekarang, rse nak makan nasi beriani la pulak..
Entah, tapi kadang tu bila duk depan xde pulak nak makan..
Sekarang rase nak makan benda masam2 jer.. Macam epal hijau, oren ker...huhuhuhu..bestnya..leleh air liur den...
tak mau citer pasal makanan cuma nak share ape yang aku dengar semlm semasa aku g solat terawih..
semalam kan Nuzul Quran, surau yang aku selalu pergi tu de la jemput sorang ustaz, should be start kul 8 tapi ade sbb tertentu lepas isyak baru strt..so just simple tazkirah je la...
Semalam ustaz tu bercerita tentang Nabi Zakaria a.s...
Bagaimana Baginda mendapat zuriatnya iaitu Nabi Yahya a.s..
Ini ape yang saya ingt la yek, Nabi Zakaria memperolehi zuriatnya yang pertama di usia 125 tahun manakala isterinya mase tu 94 tahun... baginda berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi pelapis untuk keturunannya iaitu Bani Israil... Cuba korang bayangkan dalam usia begitu kalu ikut sainstifik mne boleh mengandung lagi kan..tapi tu semua kerja yang Maha Esa... So Allah turunkan ayat yang memberitahu tentang bakal kelahiran bayi lelaki yang bernama Yahya iaitu anak kepada Nabi Zakaria kelak... tapi Baginda macam tidak percaya dan berfikir dalam keadaan umur baginda dan isterinya dah uzur macam mane isterinya boleh melahirkan zuriat, tapi Allah s.w.t berkata, "itu semua kerja aku, jangan kamu hendak pertikaikan bagaimana ia terjadi" ni ayat dalam bahasa yang senang faham ok... Akhirnya setahun kemudian baru la isteri Nabi Zakaria mengandungkan Nabi Yahya a.s...
So nak disimpulkan disini, kita sebagai manusia, mesti la jangan cepat mengalah dan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada yang Esa untuk mendapatkan sesuatu, kerana ape yang berkaitan dengan kita semua dan Allah tentukan, kita hanya merancang...

No comments:

:::Klik, klik, klik....:::