Followers

Thursday, December 13, 2012

Pok Nik Daaliyaa Kawen- Part 1

Salam, hari  nie aku nak citer pasal wedding adik ipar aku a.k.a Pok Nik Daaliyaa. Wedding nie berlangsung pada weekend lepas kat Jengka, Pahang. Majlis sanding hari Sabtu manakala majlis nikah Jumaat malam tu. So Jumaat lepas aku mintak dengan bos nak balik keje awal sikit, biase 5.30 aku balik keje tapi Jumaat tu aku balik 4.30, kira awal satu jam la. 

Sampai rumah terus bersiap bagaikan, ingatkan kul 5.30 dah boleh gerak tp hampeh, dekat kul 7 baru gerak. Ingat nak gerak awal sebab nak jupe Cikna nak ambil durian crepe yang dijual tu, tapi tak sempatttt. Masa Cikna tel tu, aku baru jer nak gi ambil Daaliyaa kat rumah pengasuh tapi Cikna dah nak sampai RnR Temerloh. Memang tak sempat ah kan. Pulak hujan lebat hari tu, korang tahu je la KL nie, kalu hujan jer mula ah jem teruk, lebih-lebih lagi hari Jumaat pulak. lagi la teruk jemnya. 

Kitaorang kuar sampai kat tol gombak pun dah dekat kul 8 malam. Majlis akad nikah tu pulak start lepas Isyak. Memang tak sempat ah kan. Sampai tu orang dah siap nikah sume, dah turun dari majsid nak makan pulak. kitaorang ape lagi terus gi tempat makan ah sebab mase tu tahap kebulur tu memang dah maximum. Sedang elok sampai, Daaliyaa baru bangun tido, mood pun macam ok jer, orang nie orang tu ambil dia tak nangis, so bonda dengan ayah dia ambil kesempatan cepat2 gi ambil makanan dan makan dulu. Kata lapar, mase ni la makan puas2 sementara Daaliyaa tak meragam.

Malam tu tido kat san, sewa homestay gitu. tido semalam jer pun. Sebab esoknya majlis bersending pulakkan. Malas nak tulis banyak, korang bukan baca sangat kan, so layan jer la beberapa keping gambar mase majlis sanding. Gambar akad nikah memang takde la sebab kami kan sampai orang dah siap kawen.
Ooo yeee, adik ipar aku tu sekali lafaz jer mase akad nikah tu, bagussss...

 ni la pengantinnya, Saufi dan Intan


  keluarga suami aku. Asal la mulut aku macam tu pulak.



 ok, gambar ni ok sikit laa



 candid picture la konon-konon..


  
ma dan ayah mentua aku wif pengantin



Kakak ipar aku, budak lelaki kat bawah tu sepupu laki aku.

 
 
 aku dan family. Cewah family gitu..

so habis part 1, part 2 nanti kenduri belah lelaki pulak minggu nie kat Kelantan.
Esok aku cuti coz malam nie dah nak balik kg laki aku. Tapi malam nie balik dengan Moksu ra, makcik laki aku a.k.a mak budak lelaki dalam gambar tu.



3 comments:

mommychaa said...

:)
daaliya maintain comel...
suke nengok dia!

diary_ciknaa said...

alalala.. mak buyung kemain jalan jauh eh.. perut dh nonjol blom?

Aty Fared said...

Menarik lak tngk pelamen tu..:-)

:::Klik, klik, klik....:::