Sejak kebelakangan ini, ramai wanita
yang kelihatan lebih selesa bergaya dengan koleksi blouse moden untuk tampil ke
majlis-majlis istimewa berbanding bergaya dengan koleksi baju kurung. Seperti
sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, kita dapat lihat penampilan ramai
wanita yang bijak memadankan blouse moden dengan pemakaian skirt labuh dengan
potongan mermaid atau A-cutting. Berikut merupakan trend-trend blouse moden online terkini;
Ramai yang memilih cardigan kimono
ini sebagai pilihan utama yang digayakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri
yang lalu. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama
lagi, apa kata jika anda memilih untuk tampil ringkas dengan koleksi cardigan
kimono ini?
Selain cardigan kimono, koleksi loose
kaftan seperti berikut juga mendapat perhatian ramai dan amat sesuai untuk
dipadankan dengan pemakaian skirt labuh potongan mermaid atau palazzo pants.
Dan jenis blouse yang ketiga adalah
blouse peplum yang bukan sahaja sesuai dipakai sebagai pakaian kasual malah
boleh juga dipakai ketika menghadiri majlis-majlis istimewa. Padankan bersama
jeans kegemaran anda atau skirt labuh untuk dua gaya yang berbeza.
Simple bukan? Hanya dengan pemakaian
blouse moden online seperti ini, anda dijamin kelihatan lebih menyerlah dan
pada yang sama kekal selesa sepanjang pemakaian. Trend pemakaian blouse moden
ini juga sesuai untuk mereka yang bertudung mahupun tidak bertudung.
No comments:
Post a Comment