Followers

Tuesday, November 11, 2014

My Label... D'Rafhanah

Bismillahirahmanirahim....

Allahamdulillah, sekarang aku dah de label tudung sendiri, D'Rafhanah namanya. Nama label ni sempena pangkal terakhir nama anak aku. Buat mase sekarang nie hanya wide shawl biase jer, tu pun stock sangat limit. Untuk permulaan ok la nak tambah sikit pendapatan, al maklum la anak dah 3. So kena cari duit lebih sikit untuk keluarga dan anak-anak. Korang meh la like fb D'Rafhanah.


Tuesday, October 28, 2014

Olaaaaa....ehmmm ehmmm..

Assalam
Hi korang..
Kenal lagi tak aku nie...??
Sekarang aku dah jadi mak anak 3 dah.
Harap ade la yang masih kenal dan sudi baca blog ikan bilis mata hitam aku nie yek.
Sian blog aku nie dah macam rumah hantu tak bertuan kaedahnya.
Tuannya main ramai anak makin malas nak update blog nie.
Malas ah nak taip panjang-panjang meh nak perkenalkan baby no 3 aku yek.
Mana yang follow fb or ig aku dah tengok dah kot..

Ni la dia bunga no 3 dalam hidup aku....




setiap tahun bertambah ahli keluarga.... meriah ko..kilang setiap tahun operasi...muahhahahah


Wednesday, May 28, 2014

WW :- rindu kita tak....??

Fuhhhh...lama giler tak hapdate blog nie...
sian ko blog dapat tuan macam aku nie...




Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah... Di beri peluang yang ke 3...

As salam...
Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan 3 kan..
Last entry sebulan yang lalu...
Permulaan untuk entry terbaru, aku nak kongsi citer gembira dengan korang semua...
Alhamdulillah, dengan izin dan peluang yang Allah kasi, aku peknen lagi...
Mula-mula tahu memang macam tak caya, tapi bila dah gi scan tengok baby dah besar, dah aktif rase macam seronok....

...Sekali test terus double line, jelas dan nyata pulak tu...


...My little baby....


...Perut ku yang dah makin membesar...

Wednesday, February 12, 2014

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

...Salam...

...12 Feb 2010 ~ 12 Feb 2014...

 Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah, 4 tahun aku dah melayari bahtera perkahwinan dengan en suami pilihan hati sendiri. Tipu la dalam masa 4 tahun ni takde pasang surut dalam kehidupan kami nie kan. Sedang lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Pelbagai dugaan yang kami tempoh sepanjang hidup bersama, namun kami cuba untuk selamatkan bahtera yang dibina bersama ni. Kadang tu pergaduhan dalam rumahtangga boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri, sebab dari situ kita lebih mengenali pasangan masing-masing. Baik buruk pasangan kita kena terima seadanya kerana kita manusia takde pun yang sempurna kan?? 

Takde ape nak celoteh, cuma aku harap dan berdoa agar perkahwinan yang dibina nie berkekalan sehingga Syurga Jannah.

~Keluarga kecil kami yang akan semakin besar, In Shaa Allah.. Alhamdulillah, dikurniakan anak-anak yang comel kepada kami~

Friday, January 24, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Erin (..life after "i do") First Giveaway
 
Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY
 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN
Mode garang is on! keskes
1)  Follow blog ..life after "i do"
2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway


3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.
4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha
7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.
8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!
  
Meh klik link nie k...
 So aku pertaruhkan gambar nie.
Entah nak citer ape pasal gambar nie, tapi yang penting aku suka tengok gaya Daaliyaa dengan ayahnya naik Cable Car masa bercuti kat Langkawi tempoh hari.. Siap bercermin mata, topi bagai... Tak takut pun dia walaupun aku sendiri gayat...

Alhamdulillah, CYN bonus....

Salam..
Alhamdulillah hari ni acc ofis (wife bos aku jgk acc tu) aku dah kasi cek untuk gaji bulan nie dan dia cakap sekali bonus for this year. Senyum sampai kat telinga ko..hahahha.. Orang lain dah habis guna aku baru jer dapat yek.. Tapi bonus tahun nie kurang sikit compare last year. Ape-ape pun syukur Alhamdulillah...


Friday, January 10, 2014

~Car Stiker~

Salam...

Selamat tahun baru 2014. Pergh lame gila tak hapdate blog kot. Memang mood dah swing nak berblog sekarang. Blog nie dah macam "hidup segan mati tak mahu". Gitu la perumpamaannya. Untuk entry pertama tahun 2014 ni aku just nak review pasal car stiker jer pun. Macam takde motig jer kan nak buat entry.
hahahhaha... Lantak pi la asalkan ade entry terbaru kan.


Stiker "MY FAMILY ON BOARD"
Aku tempah dengan saudari Aida. Korang terjah la FB dia, memang puas hati hasilnya. Harga tak silap Rm20 termasuk pos. 


 Stiker "GOJES BLOGGER SUPERMOM & BABY ON BOARD"
Stiker ni khas untuk ahli-ahlinya sahaja. Orang lain dah lame review pasal stiker tapi aku baru nak up entry.



Stiker "5 POWER NUTRI DI DALAM"
Stiker nii aku dapat percuma masa beli susu dugro Daaliyaa.


Korang kalu ternampak keta ade stiker ni, itu ada lah kereta aku..muahahahha,,, 
So ape lagi bagi la hon hon k...kikiki..

ok tu jer pun nak merapu ari nie...hahahhaha

:::Klik, klik, klik....:::