:::Permata Hati Ayah Bonda, 1:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

:::Permata Hati Ayah Bonda, 2 :::

:::Klik, klik, klik....:::

Thursday, May 23, 2013

Daaliyaa :- "ZONE" menan si bunga itu..

Terlebih rajin hari nie..sebab dah lame tak buat entry kan...
Hari tu pernah luahkan perasaan terpendam kt fb group mommy gojes aku teringin nak buat playroom or playarea untuk Daaliyaa. Pastu dalam 2 3 minggu lepas idea tu datang, aku buat la jugak "zone" untuk menan dan tempat daaliyaa nak bermain. 1/4 dining hall rumah aku, aku buat "zone" nie... Ok la, walaupun terpaksa korbankan kawasan dining hall tapi ia buat hati aku tersenyum.. Rumah aku tu takde la besar mane pun, sekangkang kera jer, tapi alhamdulillah, de tempat nak berteduh. Ingat mula2 nak buat playroom, tapi memandangkan daaliyaa mase tu tak pandai jalan lg, pastu masa pulak lebih banyak terluang kt sini so better buat kt hall tu je dulu.. Sambil daaliyaa main aku boleh masak, tgk tv kat bawah... Tapi nanti sebelum aku bersalin kena alih sume barang nie naik bilik atas jugak... Sebabnya aku akan berpantang kat Puchong nie dulu sementara, kan nanti bila orang datang lagi la sempit rumah nie...mane orang nak duduk, dengan aku nak buat turun katil kecik lagi nanti.. So sementara tu jadi la "zone" nie untuk daaliyaa dulu....

so jom kita jalan2 tengok sekitar "zone" tersebut...kikikiki..





nie la suasana "zone" tersebut selepas dikemas.. Bila tuan badan bangun tido n bermain, xde la tersusun macam nie.. Pulak tu sekarang, sejak dah dapat kaki nie, dah pandai punggah sume menan dia dalam kotak simpanan tu.. yang atas meja kecil tu dicampaknya ke bawah pastu naik duduk atas meja...
kadang tu sampai senget dibuatnya kaki meja...dah ler si bunga tu berat.. aku beli kerusi tu di panjatnya..
alahai anak daraku, lasak bebenor...

playpent/playcoat..dulu segala menan sumbat dalam nie jer, pastu bila budak kecik tu nak main, aku sumbat la dia dalam nie sekali... Tapi sekarang dah jarang letak dia kat dalam, sebab dia kan dh "besar", so bagi kebebasan untuk dia "explore" dunia baru dia plk... kekadang tu kalu terlampau nak "explore" aku sumbat jugak dia masuk dalam tu... mula2 ok, lelama melalak ah suh orang angkat dia kuar...


sebahagian menan dia...tak banyak sangat pun, sebab aku tengok daaliyaa tak obses sangat dengan menan.. ke memang bebudak macam tu ek...kalu de kotak menan, dia lebih main kotak tu compare menan yg de dalam kotak tu...hohohooh...


Alhamdulillah, impian terlaksana jugak...kikikikiki...



































Daaliyaa :- Fisher Price Singing Chair, Fisher Price Laugh & Learn™ Activity Table & Playskool walk n ride

***Entry yang dah lame terperap dalam draf***

 Hari ni nak hapdate pasal menan prelove yang aku beli dalam FB. Anis yang rekemen kan link kedai prelove nie. Nama fb dia KEDAI ANAK KECIL PRELOVE dan tuan punya kedai prelove tu namanya Zura. Memang berbaloi-baloi beli menan prelove dengan dia...Dah ler boleh mintak kurang pastu baik pulak orangnya..Ceh2 bukan puji nak bodek tau, tapi memang realiti..Dia jgk ade anak sebaya dengan Daaliyaa. Walaupun prelove tapi keadaan menan tu still elok dan cantik lagi...
Nak beli yang baru tak mampu ler, mahal sangat so beli yang prelove sudah... Lagi jimat dan lebih untung...
*beli prelove pun orang cakap aku perabih harta laki, kalu beli yang baru agaknya ape la dia kate yek..mengong itu org...*

Ni la antara menan aku beli untuk si bunga Daaliyaa tu....

 
 Playskool Walk n Ride
(gambar copy from FB KEDAI ANAK KECIL PRELOVE)


Fisher Price Singing Chair
(gambar copy from FB KEDAI ANAK KECIL PRELOVE)


Fisher Price Laugh & Learn™ Activity Table
(gambar copy from FB KEDAI ANAK KECIL PRELOVE)


ok jom kita tgk menan dan tuan menan ni yek..gambar tak banyak..tak tahu kenapa blog aku tak leh nak upload gambar..nie pun aku copy paste je kt fb..so gambar blur2 gitu...

 
 ~abaikan keadaan rumah yang berselerak itu...hohoho..~

 
 First order, Fisher Price Singing Chair & Playskool walk n ride...
2 item nie hanya rm160 including post...
sangat murah..kalu beli yang baru belum tentu dapat harga nie untuk satu barang kot...


 second order :- Fisher Price Laugh & Learn™ Activity Table
Yang nie harga dia rm70 including pos kalu tak salah aku ler...
kalu new item harga menan ni rm249.90..

total untuk 3 item nie baru rm230..
so bayangkan banyak tak dapat jimat kat situ...
walaupun de sikit2 kesan kotor, lepas lap2 n basuh sikit, sumenya jadi nampak macam baru..
budak2 diaorang janji boleh main ok dah tu...
lagipun kadang tu bukan main sangat pun..maknya je lebih terovernya...



***Today Is My Besday***

Alhamdulillah, hari nie 23 Mei 2013, genap usia aku 27 tahun.
Dah makin tua rupanya.
Lagi 3 tahun nak masuk 3 series.

Sempena hari lahir ku ni :-
~Aku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi aku peluang untuk terus hidup dimuka bumi-Nya ni~

~Aku berharap diberi kesihatan yang baik untuk menjalani segala rutin harian dan juga ibadat kepada-Nya~

~Dipanjangkan umur agak dapat aku memohon keampunan kepada insan2 yang pernah terguris hati or kepada insan yang pernah aku sakiti hatinya. Dan paling penting kepada Penciptaku dimana kadang aku lalai dan leka dengan segala perintah-Nya~

~Aku bukan insan yang sempurna, namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, suami, anak2, mak, keluarga dan yang paling penting kepada Penciptaku~

~Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang anak, isteri dan jugak seorang ibu dalam usia begini~


 ~copy paste gambar dr entry lame~
~blog aku skrg tak leh nak upload gambar la~


Friday, May 17, 2013

Random entry hari Jumaat...

Salam sume... Fuh...fuh..fuh.. Sapu habuk banyak dalam blog nie...
Lama giler tak hapdate, bukan tak hapdate tapi penyakit m.a.l.a.s sokmo la berleluasan dalam diri nie, pahadal banyak jer citer baru nak share.
Ape2 pun, moh ler kita mengimbas kembali cite 2 3 minggu lepas.

Al-Fatihah untuk Adik Aqil Hamzah...
Sapa sangkakan anak sekecil itu pergi dulu mengadap Penciptanya..
Semoga roh arwah tenang disana bersama ahli Syurga Jannah yang lain..
Kepada Erina mama Arwah Aqil, semoga tabah menghadapi dugaan yang diberi oleh-Nya...
Saya tahu, Erina kuat dan tabah orangnya....

Baby :- 33week
Alhamdulillah, hari ni genap 33w my second baby in my tummy nie....
Baby sesangat la aktif, macam kakak dia jugak...
Sekarang pun, asyik ler krem perut nie. Macam nak terberanak pun ade.
Harap2 sumenya dipermudahkan..

Kakak Daaliyaa :- 1 tahun 1 bulan 2 hari
Makin banyak akalnya. Suka buli bonda dia nie..
Sangat rapat dengan ayahnya compare dgn aku, maybe aku suka marah2 dia..hihihi
Semalam genap 1y1m1d dia dah boleh jalan sendiri tapi still merangkak jugak la kalu malas nak berdiri.
Sangat aktif mengalahkan anak lelaki pulak aku rase..
Port kegemaran tempat dia main adalah TANGGA..suka sanagt duk kat tangga, pantang pintu safety gate terbuka, laju jer naik tangga tu..
Dah mula suka nak tengok tv, dulu sesetengah citer je dia layan, tapi sekarang pasang balik rumah kalu pasang chenal disney, duk ler dia tgk citer karton tu...


ok ler tu je nak hapdate pun...
xde idea la plk...





Friday, May 3, 2013

Doakan untuk Si kecil ini....Aqil Hamzah

Salam Jumaat semua. Di hari yang penuh berkat nie, jom kita sama-sama berdoa kepada insan-insan yang sedang bertarung pelbagai penyakit or bertarung nyawa untuk mengadap Ilahi. Semoga insan tersebut, tenang menghadapi segala ujian daripada yang Maha Esa. Kepada ahli keluarga dan saudara mara insan terpilih itu, semoga diberi kekuatan untuk menerima dan menghadapinya...

Dalam minggu nie, saya mendapat info yang anak  kepada blogger yang saya kenal iaitu ERINA, sedang kritikal di unit rawatan rapi [icu], Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam yang berpanjangan selama 2 minggu berturut2. Orang cakap demam on off gitu. Pemeriksaan doktor mendapati anak kecil atau lebih dikenali dengan AQIL itu dijangkiti kuman yang aku pun tak tahu ape namanya. Kalu nak info boleh direct contect Erina atau  kak Mimy Hamid, sebab kak mimy dah pergi melawat anak Erina semalam...

Aku kalu ikutkan hati mau gi tengok anak kecil itu, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Malam nie dah nak balik kampung. Hanya entry ni mampu aku buat untuk memberi sokongan kepada Erina dan jugak Aqil supaya kuat untuk menghadapinya...

Kepada sume blogger, mohon berdoa agar anak kecil ini sembuh seperti biasa...

Gambar last weekend, mase kenduri rumah Erin... Daaliyaa main kejar2 dengan Aqil...

[gambar dari blog Erina]


Tuesday, April 30, 2013

Aish Besday Party...

Salam...
Selamat hari Selasa sume. Semalam bizi sikit, banyak tender nak kene buat, so hari nie baru sempat nak hapdate. Semalam bosan mengadap ke tender tu sume hari niep pun kena mengadap lagi. Tapi dalam duk bizi pun, sempat jugak aku usyar Fb n blog kengkawan. Benda wajib tu, kalu tak buat rase macam tak tenang pulak hidup nie. Hahhaha... Melampau kan. Btw esok cuti kan. Yahoooo... Selamat hari pekerja semua yek. Kejap jer dah masuk bulan Mei, bulan kelahiran aku tu. Korang jangan lupa yek.

Ok, entry hari nie nak citer pasal besday Aish anak Erin, Sabtu lepas. Aku kuar rumah dalam kul 2 macam tu la. Gi makan dulu sebab memang dari pagi tak makan so perut kena isi dulu. Bukan pe, takut tersesat kan lewat pulak sampai, berdisko la perut aku dan Daaliyaa nanti.

Lepas dah isi perut sume, aku bertolak ke besday Aish tu. Otw nak gi, aku kol Wawa nak tanya dia jadi gi tak. Sebab sebelum kuar rumah tu aku dah sms Anis, nak tanya dia jadi gi ke tak. Kalu jadi aku nak follow dia sekali, tapi dia cakap hasben dia tak sihat. So, aku pun teringat kat Wawa, tu terus kol wawa, tanya dia dah bertolak belum sebab aku nak follow dia sebab aku tahu dia duk Bangi jugak, kalu dri rumah dia nak gi Shah Alam mesti lalu ikut Puchong. Masa kol tu dia nk kuar rumah dah, pastu dia pun tak pasti ikut jalan mane, katenya lalu ikut highway Elite. Elite..?? Aku nie tak tahu nama highway nie sume, so aku cakap takpe la, aku gerak dulu, kalu sesat nanti aku kol dia balik macam mane. Nak gi ke Bukit Jelutong tu aku memang tahu la, sebab dah pernah gi dulu, tapi nak cari rumah Erin tu takut sesat. Rupanya jalan yang aku lalu tu la highway Elite, tapi terbiase panggil PLUS sebab jalan tu kan boleh nak gi Ipoh, Jb sume. Dari Puchong aku kuar exit USJ tu jer.

Kuar tol Bukit Jelutong, aku isi minyak dulu, pastu Wawa sms dia cakap dia pun lalu ikut Puchong tu jugak. So aku cakap kat dia, aku tunggu dia kat Petronas betul2 lepas tol BJ tu. Dalam 10/15 minit macam tu Wawa sampai, terus je aku follow dia. Lucky aku tunggu dia, kalu tak memang aku pun sesat jugak la. kalu ikut map Erin kasi nampak macam senang tapi kalu aku gi sendiri memang tak jupe. Sampai tu terus dapat parking, so kami terus masuk kat tempat event tu.


sementara tunggu Wawa, posing dulu ambil gambar...

Sampai tu, memang tak ramai orang lagi, sebab kami sampai awal, kul 3.40 macam tu la kot. Pastu mak Erin kot tegur, dia tanya ni kawan Erin ker suami Erin, mase tu Erin kat atas lagi, ade marhaban kot sebab  dia buat sekali kenduri aqiqah+besday+naik rumah. Buat serentak, tu yang si Erin memang sibuk sikit.

Sementara tunggu Erin turun, kami ape lagi, makan2 la dulu. Macam2 ade, kalu boleh sume nak makan tapi sebab aku datang dengan Daaliyaa jer, so agak payah nak ambil makanan dan nak makan, mne nak pegang Daaliyaa lagi, mane nak makan lagi. Tu pun nasib Wawa dan husben dia banyak tolong...hihihi.. Tq korang...

Duk tengah2 makan, Erina pun sampai. Ape lagi menyembang la kitaorang sume. Tapi time nie Naila dan Daaliyaa dah meragam dah, tengok pool + playground yang de kat rumah Erin tu. Time Erina makan, Wawa n husben bawak Naila main dulu kat p/g tu. Aku pulak duk layan Daaliyaa sambil sembang2 dengan Erina.

Lama jugak la aku lepak kat besday parti Aish tu, kul 6 lebih baru balik. Daaliyaa n Naila siap mandi pool jugak. Masa duk melayan anak2 dara mandi pool, blogger Nadia mai tegur aku, aku memang tak perasan langsung, bila dia sebut nama anak dia Saif baru aku teringat. Al-maklum la, anak lebih glemer drp mak2nya...kikikiki... Sori tau Nadia, saya memang tak perasan awak, mujur la awak kenal saya. Tapi memang sebelum tu, Erina dah cakap awak macam blogger mase awak tengah nak gi ambil makanan, rupanya memang betul la. Hihihihihi....

Acara bergambar memang wajib untuk blogger kan tapi sori la gambar tak boleh nak upload ah. Hanya 2 gambar tu jer boleh, mengong ke ape blog aku nie pun xthu la. Nanti kalu blog nie kembali normal aku upload gambar tu sume. Sape yang de follow aku kat FB maybe dah tengok gambar sepanjang event tu.

Ape2 pun, memang seronok jupe korang walaupun dengan Erin memang tak leh nak sembang lame2. Terima kasih Erin sebab jemput saya yek...

Untuk Aish, Selamat Ulangtahun Kelahiran dear. Be a smart boy. Semoga menjadi anak yang soleh seperti mommy dan daddy Aish inginkan. Amin...


P/s:- rugi tak dapat tengok Aish potong kek... Duk melayan si Bunga mandi pool punya pasal..hohoho


Thursday, April 25, 2013

Daaliyaa :- Ini budak kannnnnnn....

Anak dara nie kan kalu senyum menawan jer... [poyo jer mak puji anak sendiri]
 Bukan nak puji anak sendiri, tapi memang Daaliyaa nie murah sikit senyuman dia...
Bila tengok dia senyum cair je jiwa hati aku nie dan juga orang sekeliling dia mungkin...
Aku pun senyum tak semenawan dia...hohoohoho..
Budak-budak memang senyum comel jer kan walaupun xde gigi sekali pun, ce orang tua yang senyum tapi xde gigi, boleh bayang kan tak macam mane...??? kikikikikiki....
Buruk benor rupanyakan...hahahaha..
Meh kita tengok senyuman menawan hati kalbu ku ini...

gambar repeat kalu tak silap aku






dia punya senyuman lebih comel daripada bondanya nie...walaupun sampai meleleh air liurnya...hohohoh







 see, baru jer senyuman yang sinis..pun dah menawan hati aku dan kamu-kamu jugak..
betul tak...??? [mak yang perasan memang macam tu..kikikiki]



repeat gambar semalam..sebab gambar nie memang nampak comel dan sweet sangat

Apetah lagi senyum nampak gigi macam nie...lagi la cair hati bondanya tengok....
kan..kan..kan...


TAPI......



de tapinya jugak...
Ye la, takkan sume cantik dan comel jer anak kita nie.. 
De jugak part yang kurang comelnya..

Nak tahu part mane...???

Part kalu time menangis la...
Bukan yang jenis menangis biase2 tu, ni jenis yang luar biase...
Boleh naik sawan bonda jadinya....
Korang tak caya ker...
Meh tengok sini, hilang sume dah ke"menawannya" tu...
Takde dah manis senyuman mu itu Daaliyaa, tinggal masam jer...



ok la time nie sebab dia takut dengan bunyi mesin NEB tu...
Padahal bukan sakit pun..
Saje nak test suara la tu...



Ce tengok gambar nie, aku pun tak tahu motif dia menangis...



See....
Nganga ke mulut, seluas-luasnya....
Bingit telinga sume orang dibuatnya...




p/s:- sori la kalu de ter'repeat' gambar lame...hohoohoho

Wednesday, April 24, 2013

WW :- My Flower Daaliyaa.....

>>>>Happy Wednesday<<<<



Tuesday, April 23, 2013

Daaliyaa dan hadiah...Same jer rupanya...

Semalam gi makan lunch dengan kawan area ofis nie.. Makan kat Giant Usj nie jer..
Lepas makan macam biase la gi cuci mata kat kedai2 dalam Giant tu.
Pastu masuk kedai baby, usyar tengok ape yang menarik.. kawan aku tu berkenan nak beli beg untuk anak dara dia, pastu dia suh aku pilih sekali untuk Daaliyaa..katenya hadiah besday.. mula2 segan jugak la, nak kasi hadiah suh aku pilih... so aku pun pilih beg mcm dia jgk cume design lain...de 2 design jer, satu gegel rambut panjang ikat 2, satu gegel rambut kerinting... so aku pilih la yang same macam anak aku nie hah...


 gegel rambut kerinting....

 same takk...????



23 April 1985 ~ 23 April 2013- Selamat Hari Lahir, Abang

Alhamdulillah, hari nie genap umur laki aku 28 tahun...
Dah makin tua nampak.. 
Tapi lelaki nie makin tua, makin laku iyek dak..??
Lebih lagi kalu yang dah kawen, saham makin tinggi ade la..
Tak leh jadi nie, lepas bersalin nanti kena pasang body la aku nampak gayanya..

Ape-ape pun aku doakan semoga laki aku :-


* Murah rezeki...*
* Panjang umur...*
* Dilindungi yang Maha Esa...*
* Berjaya dengan ape jua bidang yang diceburinya...*
* Menjadi suami, ayah dan anak yang terbaik untuk keluarga...*


*** SELAMAT HARI LAHIR ABANG***
....we love you so much.... 

Monday, April 22, 2013

Weekend Daaliyaa :- Melawat haiwan di Zoo Taiping...

Salam uolss....
Selamat hari Isnin...
Tup tup hari nie dah start keje balik....
Nasib la sume keje dah siap, so boleh ler releks2....
Btw, nak mintak maaf kat mama yaya coz xsempat nak join besday Adelia....
Sori banyak2 tau, nanti kalu de kesempatan kita jupe yek...In syaa Allah...
Actualy, weekend lepas laki aku ajak ikut di gi Taiping lagi..
Last minit plan.. Ingat nak gi cameron tapi tak sempat.. Laki aku de site inspection/test project yang dia buat kat Taiping tu..Project dia kat sana tu dah siap...Kalu takde ape2 hal, minggu nie last la dia kat sana, tu dia ajak kami ikut dia lagi...
Kitaorang gerak hari Jumaat malam kul 12 tgh mlm...sampai Taiping kul 4 pagi...
Sabtu pagi tu aku duk rumah jer... sebab lagi aku gi site, dalam kul 11 tu laki aku datang ambil sebab nak suh aku gi servis kereta, dia nak kena gi site, so dia hantar aku dulu kat servis center tu..Dalam kul 1 lebih baru siap servis, kali nie balik aku balik sendiri jer, laki aku tak ambil...so redah jer jalan yang laki aku tunjuk otw nak gi servis keta tu..nasib jupe jalan balik...Daaliyaa plk dia baik  jer duk kat seat sebelah tu, dah ler xde car seat ape kan... So hari Sabtu tu, mmg xde xtvt sangat sebab laki aku buat test tu sampai ke petang..kami 2 beranak nie tido jer la kejenya kat rumah tu....

Hari Ahad pulak, pagi tu laki aku siapkan report dulu nak kena summit kt consultant... Dalam kul 1 lebih baru kuar rumah, gi makan 2 dulu pastu terus ajak laki aku gi Zoo Taiping... Ingat ahad tu nak gi cameron, tapi bila fikir macam tak syok jer gi rushing macam tu, so aku ajak gi zoo je la...Lagipun, alang2 dah datang Taiping tu, sebelum2 ni tak sempat gi, so skrg ambil peluang la kan...

 muka xcited nak gi zoo...

posing dengan buaya dulu...muka stedi jer time nie...sebenarnya Mc Bunga tu belum perasan ade buaya besar kat sebelah dia tu...

 baru perasan dengan buaya tu, sengih2 nak pegang...nie budak banyak berani wooo...nasib la buaya tipu2 ajer....


jom bonda pun nak gedik same la tangkap gambar...

harga tiket rm12 untuk dewasa..tapi kalu orang Taiping dapat lagi murah rasenya, sebab mase beli tu orang tiket tu tanya datang dari mana...
kanak2 3 tahun ke bawah free....

muka xcited tengok burung..siap nak pegang lagi...sekali burung ngap jari baru tahu....





jenuh ayah nak layan mek bunga sorang nie..kejap nak jalan, kejap nak dukung...ayah penat letak dalam stroller..tapi bila duk dalam stroller macam2 la aksinya...

buaya tembaga...banyak lagi haiwan lain, tapi aku malas nak tangkap gambar sebab mengah mak buyung nie jalan pusing zoo...aku ajak laki naik tren tapi d tak mau...katenya nanti mudah aku nak bersalin...sampai sekrang lenguh betis aku nie...

dah habis pusing zoo, isi perut mek bunga pulak [ayah+bonda jgk]..sebab tengah hari orang makan dia sibuk nak tido...ayah yang suap, 1 suap masuk mulut anak, 3 suap masuk mulut ayah...kalu ayah suap, memang comot la ini budak...hohhohho...

so tu jer la xtvt weekend kitaorang...kul 6 ptg gerak balik Puchong..Otw balik tu hujan lebat giler..jalan pun jadi jem.. 2 kali de xcident sepanjang perjalanan balik semalam...

Friday, April 19, 2013

~Hadiah untuk Daaliyaa~

Nie jer aku beli untuk Daaliyaa sempena hari lahirnya baru-baru ni,..
Tu pun beli time lunch hour tadi kat dalam Mydin Usj tu jer...
Bukan emas, bukan berlian, bukan diamond..
Walaupun harga emas tengah murah, tapi takpe la, banyak benda nak pakai duit sekarang..
Mane siapkan rumah, nak sambut baby baru lagi...
Nak cakap takde duit tipu la kan, kan Allah tarik rezeki pulak...
Tapi utamakan yang penting dulu...
Dan yang paling penting, emas berlian bukan ukuran kasih sayang kita....
Insyaallah, de rezeki beli la emas untuk dia...hihiihihihi...
Lagipun dia budak lagi, daripada beli emas pastu hilang or kena curi ke, baik masuk dalam saving dia...
betul tak...?? ayat wat sedap jer....hahahahha
 
 

.....loket "D" for Daaliyaa....

Kawan-kawan Daaliyaa....

Daaliyaa pun de kawan tau...
Tapi kawan dia lebih besar pada dia la...
So bukan kawan buli dia, dia yang buli kawan2 besar dia tu...

 Ni la kawan-kawan dia...
Sume anak India..
Tinggal sebelah menyebelah ramai India, so dapat la kawan India...
Abang naik basikal, dia pun naik basikal jugak..
Berebut nak tolak Daaliyaa.. 
Seronok la dia orang duk melayan... 
Siap bye bye kat aku lagi...
Pastu bila cakap dengan Daaliyaa pun dalam bahasa tamil..
Nanti besar pandai la Daaliyaa cakap tamil...



 Kakak Rubini tak silap aku name budak nie...

Ni adik Rubini tu, tak ingat name ape...
Tapi dia la yang suka sangat layan Daaliyaa....
Pantang aku kuar, mesti tanya Daaliyaa mane...
Daaliyaa pulak kalu anak2 India nie nak dukung, takde nak nangis pun..
Suka ade la...
 

~terbaru dari saya~

Dah lama tak tepek gambar anak dara sorang tu.... 
Ni gambar terbaru cukup2 setahun umur dia....

Kalu bakal mak mentua tengok gambar nie terus reject....
Aku sikat elok2 rambut dia, pastu tak sampai seminit gini la jadinya..
Dia gi kucar balik rambut dia tu.. 
Dah ler rambut tu ketel...
Macam hantu kak limah dah aku tengokkk...

 Tersengih2 tu bukan sebab aku ambil gambar dia...
Tapi tersengih2 tengok ayah dia balik nak buka pintu rumah...
Ayah dia duk agah dia dari jauh dah tersengih dah dia..
Bak kate orang Trg, "ketik glenya skli" maksudnya tergedik2 la..

Pastu aku paksa tengok kamera, dia buat mulut glebek macam nie..
Elok sangat la tu...
Gerammmm jer ini budak tau......


::Terima Kasih::