Followers

Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012-Last entry for this year...

Salam semua. Lame giler tak bukak blog nie. Al maklum la seminggu aku bercuti, maka dunia maya aku pun bercuti jugak la. Hari nie baru start keje balik. So ambil kesempat la buat entry hari nie sebelum sambut tahun baru kan.

Seminggu bercuti aku juast balik kampung berehat dan tenangkan fikiran jer. Selasa malam dah balik Kl, ingat nak gi Taiping kat laki aku, tapi penat naik bus n flight balik kampung hari tu tak hilang lagi so aku berkampung kat rumah abang ipar aku kt Putrajaya jer. Kebetulan biras aku bersalin anak ke-2 baru nie, mak mentua aku pun ade datang so aku duk melapak jer la rumah dia. Duk rumah aku pun takde orang jugakkan.

tak tahu nak tulis ape sebenarnya..just nak buat entry penutup tahun jer...
ape-ape pun selamat menyambut tahun baru 2013 semua...
ape azam baru korang yekkk???

Wednesday, December 19, 2012

~WW~ 11 weeks +++


Gambar scan hari Isnin lepas... Baby dah mula bergerak...comel gilerrr... syukur Alhamdulillah diberi peluang ke 2 untuk merasai keindahan dan kenikmatan mengandung nie walaupun kena alahan sikit-sikit...



Tuesday, December 18, 2012

Pok Nik Daaliyaa Kawen - Part ii

Salam uolss. Hari ni aku baru masuk keje. 4 hari cuti termasuk hari weekend. Jumaat aku apply cuti tapi semalam pulak aku mc. Penat jalan jauh. aku baru jer balik dari kg suami kt Kelantan. Dengan pregnent + ade anak kecik, sangat penat wehhh. Sakit habis tulang belakang kaki tangan, pinggang dan juagak urat belikat aku nie. So tak nak citer banyak2 jom layan beberapa keping gambar kawen Poknik Daaliyaa mase kat kg belah lelaki pulak. Majlis yang simple tapi sangat meriah. Sampai malam pun still ade orang datang lagi. Kalu kat bandar memang dah takde dah kot orang nak mai malam2 buta macam tu.

 
Majlis belah lelaki, memang tak de pelamin, just buat dalam bilik jer. Ni pun mak mentua n adik ipar aku yang buat sendiri. Cantik tak??


 tema hijau + putih + krim.. Cantik n sejuk jer mata tengok kan...


 Pengantin dengan kak ipar dia yang cantik + cun melecun  poyo jer lebih...


gemuknyaaa akuuuuu...tidakkkkkkkkkkkkk...
 

budak tecik baru bangun tido mase nie....  baru belajar nak duduk sendiri..tp tak lama pun duk macam tu pastu nak tertumbang balik...
 







see, kan aku dah cakap tumbang balik budak nie...berat badan betul la..
 

apehal Daaliyaa tengok aku macam tu, agaknya dia cakap, "come jugak bonda aku..." muahahahahahhahahhaa...



Ayah terlebih senyum sudahhhh...
 


makan beradap...meja tu aku yang buat dengan makcik2 laki aku..tirai belakang tu m.i.l n s.i.l aku yang buat...

 ok, dah habis pasal weeding adik ipar aku tu..
semoga mereka berdua hidup bahagia sampai ke syurga Jannah...
aminnn....

Thursday, December 13, 2012

Pok Nik Daaliyaa Kawen- Part 1

Salam, hari  nie aku nak citer pasal wedding adik ipar aku a.k.a Pok Nik Daaliyaa. Wedding nie berlangsung pada weekend lepas kat Jengka, Pahang. Majlis sanding hari Sabtu manakala majlis nikah Jumaat malam tu. So Jumaat lepas aku mintak dengan bos nak balik keje awal sikit, biase 5.30 aku balik keje tapi Jumaat tu aku balik 4.30, kira awal satu jam la. 

Sampai rumah terus bersiap bagaikan, ingatkan kul 5.30 dah boleh gerak tp hampeh, dekat kul 7 baru gerak. Ingat nak gerak awal sebab nak jupe Cikna nak ambil durian crepe yang dijual tu, tapi tak sempatttt. Masa Cikna tel tu, aku baru jer nak gi ambil Daaliyaa kat rumah pengasuh tapi Cikna dah nak sampai RnR Temerloh. Memang tak sempat ah kan. Pulak hujan lebat hari tu, korang tahu je la KL nie, kalu hujan jer mula ah jem teruk, lebih-lebih lagi hari Jumaat pulak. lagi la teruk jemnya. 

Kitaorang kuar sampai kat tol gombak pun dah dekat kul 8 malam. Majlis akad nikah tu pulak start lepas Isyak. Memang tak sempat ah kan. Sampai tu orang dah siap nikah sume, dah turun dari majsid nak makan pulak. kitaorang ape lagi terus gi tempat makan ah sebab mase tu tahap kebulur tu memang dah maximum. Sedang elok sampai, Daaliyaa baru bangun tido, mood pun macam ok jer, orang nie orang tu ambil dia tak nangis, so bonda dengan ayah dia ambil kesempatan cepat2 gi ambil makanan dan makan dulu. Kata lapar, mase ni la makan puas2 sementara Daaliyaa tak meragam.

Malam tu tido kat san, sewa homestay gitu. tido semalam jer pun. Sebab esoknya majlis bersending pulakkan. Malas nak tulis banyak, korang bukan baca sangat kan, so layan jer la beberapa keping gambar mase majlis sanding. Gambar akad nikah memang takde la sebab kami kan sampai orang dah siap kawen.
Ooo yeee, adik ipar aku tu sekali lafaz jer mase akad nikah tu, bagussss...

 ni la pengantinnya, Saufi dan Intan


  keluarga suami aku. Asal la mulut aku macam tu pulak.



 ok, gambar ni ok sikit laa



 candid picture la konon-konon..


  
ma dan ayah mentua aku wif pengantin



Kakak ipar aku, budak lelaki kat bawah tu sepupu laki aku.

 
 
 aku dan family. Cewah family gitu..

so habis part 1, part 2 nanti kenduri belah lelaki pulak minggu nie kat Kelantan.
Esok aku cuti coz malam nie dah nak balik kg laki aku. Tapi malam nie balik dengan Moksu ra, makcik laki aku a.k.a mak budak lelaki dalam gambar tu.



Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Tarikh  yang cantik... dan tahun nie tahun terakhir untuk tarikh secantik nie...Nak tunggu 3012 memang dah tak sempat dah pun...1000 tahun lagi tu...

tu jer nak hapdate,,,hihihih

daaaaaaaaaa

Wednesday, December 5, 2012

Angkat bontut jer lebih....

Nak citer pasal sorang budak. 
Tengok pada gaya macam dah terer jer kan tapi berlakon je semata-mata...
meh la nak tengok....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 ceh-ceh angkat bontut kan main yek..ingat dah nak merangkak tapi nan hadonya....


 dia letak balik bontut dia...muka blur sebab time nie dia bergerak-gerak tonggeng-tonggeng bontut dia tu...


muka suci jer...muka tak bersalah...geram jer..ingat dh boleh merangkak dah....ayooooo...sampai skrag pandai mengesot ajer la....


7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Salam sume....Hari ni aku nak share satu tip yang aku dapt dari cousin aku kat FB, dia pulak dapat tip nie dri sinie

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

p/s:- jom kita amalkan ape tip yang diberi...semoga kita dan pasangan bahagia sampai ke syurga jannah... amin....

:::Klik, klik, klik....:::