Followers

Thursday, November 15, 2012

Ayah Dan Daaliyaa


 Jarangkan aku tepek gambar Daaliyaa dengan ayah dia, ye la sebabnya ayahnya jarang ade kat rumah. So weekend lepas ayah dia balik. Masa gi ambil budak tecit nie petang Jumaat lepas, ayah dia ade sekali. Sampai rumah pengasuh tu, ayah panggil name dia terus dia tercari-cari suara tu, bila tengok kelibat ayah terus suka jerit-jerit lompat-lompat masa duk atas riba pengasuh. Ayah hulur tangan nak ambil terus nak... Rindu ayah yek Daaliyaa sayang...



 bertepek dengan ayah...dengan Bonda buat tak tahu jer



tengok tibi jap...ayah kaco pun dok layan doh...
 


anak ayah la ni yek.....manja dengan ayah dia...
Bonda pulak macam mak tiri, garanggg.... so manja-manja gitu jer la..
hihiihihih..

***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
 *** 
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***

tetiba muncul Bonda tiri.... Muka dok puas hati tu...
Nak jugak tepek gambar dia nie kan...
jangan jeles..

Salam Maal Hijrah dan Selamat 7 Bulan Daaliyaa...

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah a.k.a Maal Hijrah. Pasti ramai orang bercuti hari nie kan. Tu aku tengok fb senyap dan sepi jer. Aku hari nie keje macam biase je. Ofis aku tak ambil cuti nie. Terpaksa rela kena datang keje pagi tadi. Tapi yang bestnya datang keje tadi jalan lengan jer, kalu hari-hari macam tu kan best.

http://lb1f.lilypie.com/J1ykp8.png


Hari nie jugak cukup dan genap usia anak dara aku tu 7 bulan. Pejam celik, pejam celik dah 7 bulan. Tahun depan dah nak dapat adik. hihihihi... Perkembangan dia dalam mase 7 bulan nie tak banyak sangat. Sekarang dia memang jaguh golek-golek, guling-guling macam askar. Terer duk dalam walker, sudah pandai mengamuk jika kita ambil barang kat tangan dia. Bila menangis suka benor buat piching tinggi-tinggi. Dah pandai cakap-cakap sorang dalam bahasa dia la. Bila aku tiada dia melalak macam orang dera dan pukul-pukul dia. Suap makan pulak, pandai pilih makanan jugak. Ade benda tu dia suap 3 kali dah tutup mulut rapat. Tapi kan dia belum boleh duduk sendiri tanpa sokongan lagi, gigi pun belum tumbuh lagi.

Tu je la yang aku ingat pun.

Friday, November 9, 2012

Boleh ke jadi kakak nie...????

Korang tengok la aksi Daaliyaa dalam setiap gambar nie... tapi sebelum tu, aku mintak maaf yek, ade gambar-gambar nie aku cilok drpd geng-geng mommy gojes yang gi event hari tu, sebab aku tak tangkap banyak gambar. Memori kad tel aku dah full, time tu la dia nk penuh kan..


 

 tengok, sibuk jer nak tarik rambut anak dara orang..
[kredit to Erina mama Aqil]



 


 gambar nie pun sama, sibuk nak tarik rambut si comel Naila...kesian kat Naila kan...padahal Naila lebih tua 15 hari dari Daaliyaa, tp dia pulak yang nak 'buli' Naila..Sori yek Wawa..
[kredit to Wawa mama Naila]


 

ni pulak aksi 'membuli' Airiell. Siap guling, golek atas Airiell lagi.. Daaliyaa, awak ingat awak tu ringan ker?? Sian kat Airiell tau...Agaknya panas bontot mommy Airiell tengok anak dia kne tindih dek Daaliyaa...Sori yek Anis mommy Airiell
 [kredit to Wawa mama Naila]



 

Dah tadi buli Airiell sekarang sibuk nak tarik tudung mommy Airiell pulak..Sabar je la anak aku nie.


 


 Nie pulak cubaan nak tarik Dhia anak Umie kot. Gambar ni aku lupa cilok dari sape. rasenya Umie punya kot. Sori yek terambil gambar nie..bukan TER tapi sengaja..hihiihi
Mesti Dhia cakap, "apehal Daaliyaa nak tarik-tarik saya ni, tau la awak besar daripada Dhia kan"
tapi tengok pada mata dan mulut Daaliyaa, dia geram nak buli Razin anak Cikna tapi tangan dia nak tarik Dhia...

 

 Seee, tak dapat tarik Dhia, nak tarik rambut Naila pulak..


 

 hambik ko, golek-golek atas Airiell, sian kat Airiell..

Daaliyaa : "Bestnya landing kat sini, empuk-empuk gitu"
Airiell : "Daaliyaa, berat la awak nie sakit belakang saya tau"




Daaliyaa : "tak nak kasi lending atas awak, saya korak la mata awak pulak"
Airiell : "kenapa awak buli saya nie, sakit la mata saya"
Naila : "Mommy Airiel, tengok la Daaliyaa buli Airiell nieeeee"


So, korang rase boleh ker nak jadi KAKAK DAALIYAA nie????
Kesian la adik nanti kena buli dek kakaknya aje...
hahahhahahhaha..

bonda terover sikit memikirkannya...
hohohohoohoh





Hasil kerja Daaliyaa...

Salam Jumaat semua, hari ni nak citer pasal hasil kerja anak dara aku sorang tu merangkap bakal jadi kakak tahun hadapan. Aku baru jer beli benda alah nie mase kat My Dear w/h sale. Tapi tak sampai seminggu benda alah nie dah berubah rupa dah pun.

 
Stroller fan yang baru beli. Tapi sekarang dah berubah rupa hasil kerja tangan mulut Daaliyaa...
Korang nak tengok tak..?? [tak nak pun aku nak tunjuk jugak..]

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 


Tengok la hancur dibuatnya. Terburai bilah-bilah kipas stoller fan tu. Dia buat  nie masa aku kuar makan dengan ma dan kawan aku malam semalam. Aku letak ah dia dalam buggy baru dia tu, lupa nak bawak mainan aku kasi dia main bilah kipas tu, kan bilah kipas tu lebut jer. Aku pulak tak bajet la dia boleh koyakkan, sebab mula-mula tu ok jer aku tengok dia main, sambil aku makan-makan. Sekali pandang dah terburai benda alah tu. Duhai anak, baru je Bonda beli stroller fan tu. Aku terus ambil simpan dia mengamuk nak, so aku kasi la bilah yang dah koyak tu, bila aku perhatikan rupanya dia masukkan bilah tu dalam mulut then dia tarik, wahhh dah pandai yek nak koyakkan benda tu.



 Hancur lebur dibuatnya...



tinggal satu bilah jer mampu diselamatkan, tu pun hampir terkoyak jugak... Nampaknya kena cari yang baru ah, rabak la poket bonda mu nie Daaliyaa...hohohoohohoh

Thursday, November 8, 2012

EDD

Tadi aku citer pasal pregnent tu lupa la nak bagi tahu EDD aku yek. Doktor tanya last period aku bila, so aku bagitahu doktor 28 September 2012, so dia cakap edd aku 5 July 2013. Nak masuk bulan pose tu, jenuh la ganti pose nanti. Tahun nie dah la tinggal 15 hari pose, jenuh nak berganti, hari nie pun aku pose sebab sekarangkan maghrib awal, takde la terasa sangat penatnya ditambah pulak setiap hari hujan kat Selangor/KL nie.

Now usia kandungan aku 5 minggu. Tahun depan dalam famaly aku akan dapat 2 orang baru la. Kakak aku yang kawen raya baru nie pun pregnent jugak. Edd dia 6 Jun 2013, so sebulan je la beza nya, kakak pregnent adik pun nak menyibuk jugak..kikikiki...

Alhamdulillah, ku terima rezeki ini walaupun masih terlalu awal....

Salam sejahtera semua. Wah tajuk entry aku tak leh blah kan. Never mind, skali skla kasi tajuk biar gempak sikit kan. Hari nie aku nak share citer benda happy kat kawan-kawan alam maya aku nie. [wah, citer baik je ker nak citer, citer buruk tak nak citer ke..??] Citer baik ke, buruk ke aku akan citer jugak kalu cerita tu tak men'drop water face' orang lain atau orang terdekat dengan aku nie. Just sharing wif my lovely reader yang beberapa kerat nie.[aku tahu la, blog aku suam-suam air masak jer]

Macam mane yek nak mula kan citer nie, tak pandai aku nak susun ayat. Dah macam nak melamar orang ajak kawen jer. hihihihiihih.. Tarik nafas dulu dalam-dalam, ok meh sini aku nak habaq, aku pregnent lagi. Syukur, alhamdulillah satu berita yang tak pernah aku sangkakan secepat ini. sebab tu tajuk entry aku gempak semacam je,, [gempak ker??]

Mula-mula aku macam pelik kenapa aku lambat period, sebab sebelum nie lepas bersalin memang period aku datang macam biase je walaupun ramai orang cakap bila kita fully BF period tak datang  atau tak teratur. So aku tak fikir pulak yang aku ni pregnent, tapi naluri aku de jugak cakap mungkin ke aku pregnent. Test pertama aku buat, NEGATIF, so lega disitu.. Aku tunggu lagi bila period aku nak datang nie. Aku makan nenas, minum air coke tapi masih tak datang-datang period nie.

Malam sebelum nak gi gethering mommy gojes tu aku buat test skali lagi, time tu aku dah lambat period 6 hari. Masa tu nak mandi, test dulu sebelum nak gosok gigi, tengah letak ubat gigi aku tengok line naik satu jer, lega kejap tapi tengah duk gosok gigi kelihatan line ke 2 kelihatan sedikit demi sedikit, alamak tak mungkin aku pregnent kan, aku macam blur sikit ah kan. Cakap kat ma aku, dia kate nak pasti gi klinik la, pastu dia cakap kesian kat Daaliyaa kecil lagi. Aku terdiam kejap, macam-macam dah difikiran nie. Siap mandi , solat terus tel suami bagitahu. Dia cakap ok la tu, Daaliyaa ade kawan nak main nanti. Orang lelaki cakap senang je kan. Tapi aku masih tak percaya, esoknya mase kat gethering tu aku tanya la mommy-mommy yang fully BF macam mane period diorang datang kan. Macam2 pengalaman yang diorang citer, so aku masih cool dan tak fikir ape-ape lagi.


 nie la test ke 2 aku buat , blur-blur gitu line ke 2 dia kan.


Hari Isnin, aku masuk keje macam biase tapi tetiba aku terfikir pasal test yang aku buat tu. Setiap kali mandi mesti aku tengok, mane tahu line tu tak kelihatan lagi.. Bodoh kan, kalu dah 2 line naik xdenya dia nak hilang balik line ke-2 tu. So balik keje hari Isnin tu aku test lagi, sebab aku memang beli 2 test. Test yang ke-3 tunggu kejap, line pertama tu memang jelas nampak then line ke-2 pulak naik kelihatan sedikit demi sedikit dan lebih jelas compare test ke-2 yang aku buat.


  hasil test ke-3, kedua-dua line lebih jelas kelihatan kan.


Makin buat hati aku tak keruan, betul ke aku pregnent nie, tanya pendapat kawan-kawan kat Fb, ramai ucap tahniah sebab diorang cakap sah aku pregnent, tapi aku masih tak percaya. Mula tu ingat nak tunggu suami balik dulu baru nak gi klinik tapi disebabkan aku tak leh nak duduk diam, semalam balik keje aku terus gi klinik area rumah aku tu. klinik tu aku dah biase sikit, sebab dari sebelum ade anak aku gi klinik tu.
Aku citer la kat doktor pasal period datang lambat sume nie kan, pasal aku test memang naik 2 line. Aku nak mintak pengesahan dengan doktor la betul tak aku pregnent kan. So doktor suh aku ambil urine la,
Dan sekali lagi test yang ke-4, POSITIF.


hasil test kat klinik, lebih jelas 2 2 line.

So doktor cakap, comfrim aku pregnent. Ok kali nie aku percaya, gembira+sedih+berdebar+risau sume bersatu. Gembira sebab tak sangka aku akan dapat anak lagi dalam masa terdekat nie. Sedih sebab aku dah tak boleh fully BF Daaliyaa lagi. Doktor suggest stop susu badan kat Daaliyaa sebab atas faktor kesihatan. Mase doktor cakap suh stop susukan Daaliyaa aku rase nak menitis air mata nie. Ye la Daaliyaa baru jer nak membesar dan nak kasih sayang. Berdebar dan risau sebab aku takut tak mampu nak hadapi semua nie. 

Aku berdoa semoga aku nie mampu memikul tanggungjawab kepada Daaliyaa dan bakal adik dia nanti dengan sama adil. So kawan-kawan, doa-doakan untuk aku semoga aku boleh menghadapi segala pemberian dari Ilahi nie..
 

Wednesday, November 7, 2012

My Dear Warehouse Sale

Salam. Hari nie takde WW, sebab terrajin nak buat entry panjang. Nak citer pasal My Dear warehouse yang aku gi lepas balik dari gethering kat Tasik Shah Alam tu. Aku sampai kt MD nie lebih kurang 2.30 petang. Pertama kali nak gi MD nie, so macam was-was nak cari tempat warehouse tu cuma aku duk area Puchong dan aku pun dah biase kawasan tempat MD buat sale tu. So takde la sesat bagai nak cari kan.

Sampai je mase tu hujan dah nak turun, kebetulan pulak Daaliyaa baru tido so aku suh ma aku duk dalam kereta dulu sambil-sambil aku nak masuk kat dalam nak usyar ape-ape yang murah-murah kan. Banyak jugak la barang-barang baby MD nie jual murah-murah. Macam stroller, walker, car seat baby cot dan seangkatan dengannya la kan.

Aku just nak aim stroller dan walker je untuk Daaliyaa, sebab walker yang ayah dia belikan dulu dah tercabut tayar dan aku pun pernah citer [post] yang tempat duduk tu pernah tercabut mase Daaliyaa tengah duk syok duk main dalam walker tu. Cari punya cari dapat la yang murah jugak ah bagi aku, berkenan dan harga pun berpatutan so aku grap ah satu. Pastu aku cari kipas yang nak letak kat stroller tu satu, then terus gi bayar, ye la risau Daaliyaa bangun dan nangis duk dengan Tokma dia. Dah bayar sume, aku gi hantar dulu barang-barang tu kat kereta. Masa tu memang Daaliyaa dah bangun tapi nasib dia tak menangis. Tengah duk masukkan barang aku ternampak blogger Ika dan blogger Cikna pun datang juga. 

Tak puas hati lagi nak membeli dan mengusyar, aku ajak ma dan dukung pulak Daaliyaa masuk kat warehouse tu. Kali nie duk usyar pulak stroller dengan Cikna, sebab dia pun nak cari stroller n car seat.
Pilih punya pilih, dapat la grap satu stroller untuk Daaliyaa satu dan Cikna beli untuk Razin satu. Ika pulak beli safety gated untuk Ammar. 

Ni la antara barang-barang yang aku grap kat MD warehouse sale tu. 

 nie la walker baru Daaliyaa, Rm60 jer..
murahkan..
ke korang rasa mahal???


 muka xcited dapat naik walker baru, dah la seksi pakai pampers jer


suka sangat dapat naik stoller baru, sampai goyang-goyang badan naik walker tu, 
walker nie kan ade lagu dan lampu nyala liplapliplap tu yang xcited sangat


kesian walker lame dia warna biru tu.
dah selamat masuk dalm stor, langsung Daaliyaa tak layan walker lame dia tu. tu duk sibuk nak ambil stroller baru dia pulak.


 nie pulak stroller fan dan mainan bila kita tarik talik tu kuar lagu
SF tu Rm16 dan mainan tu Rm10 jer..


 nie pulak stroller baru dia, tapi kat kotak bukan stroller dia tulis tapi baby buggy ker buggy baby gitu la.
aku ambil warna oren [sama dengan Cikna] sebab warna nie boleh pakai sume jantina. mane tahu lepas nie adik dia pulak nak duduk [adikk...???]
Harga buggy nie Rm79 jer pun.


kusyuk duk tengok SF tu berputar kuar lampu liplapliplap..
agak nya duk fikir ape la benda alah nie..
jakun tul la anak aku sorang nie.


geram sangat tengok benda tu berputar kuar lampu liplapliplap, terus tarik masuk dalam mulut..
Daaliyaa...Daaliyaa sume benda nak masuk mulutkan..


so nie jer la barang aku beli kat MD tu, total sume beli barang nie RM165...
Murah dan berbaloi sangat aku rase.
tak rugi la kalu gi warehouse nie.



Tuesday, November 6, 2012

Gethering kat Tasik Shah Alam...

Salam semua, hari nie aku just nak share citer pasal gatehring dengan the gojes mommy blogger dengan anak-anak mereka Ahad lepas. Event tu start kul 10 pg sebenarnya, tapi aku sampai dalam kul 10.45 pg. Bangun dah awal, tapi biase la kan buat itu ini tuptup dah nak kul 10, then kul 10 baru siap mandi bagai. Sampai tu terus aku roger Umi [Puan Pinggu] tanya kat mana nak berkumpul kan. So far senang je la nak cari tempat tu sebab aku memang biase jugak ah area Shah Alam. 

Mase sampai tu, cuaca agak mendung dan hujan sikit tapi kejap jer la pastu panas balik. Kitaorang dah plan, setiap mak-mak kena bawak satu jenis makanan [lebih pun ok je] dan satu hadiah. Hadiah tu nak tukar-tukar sebagai kenangan. Aku bawa nasi minyak je, tu pun jenuh nak fikir nak bawak ape. Nasib my ma ade, so dia layang masak nasi minyak tu. Mula tu ingat nak beli jer siap-siap sebab tak tahu nak masak ape.

Memang best giler event tu, walaupun pertama kali berjupa tapi rase macam dah pernah jupe sebelum ni. Seronok melihat ragam anak masing-masing. Bila tiba time makan, serentak nak makan sume. Bila tiba time nak main sume mood ok je berguling, bergolek sana sini. Agah pun senyum je dan boleh beri kerjasama dengan baik sume anak-anak ni, tapi bila datang mood dah ke laut or ke tasik [situ takde laut tapi tasik jer, so ke tasik jer la ek] mula start meragam semuanya. Ade yang mengantuk la, panas la, macam-macam hal la kan. Tapi mak-maknya still nak berborak dan bergambar lagi. hihihihi

Jom layan beberapa keping gambar yang aku tangkap guna tel jer pun...hihi

 dengan si tecik Razin anaknya Cik Na

~ragam si kecil dan mommy, sesi perkenalan~

~ mood baik lagi time nie...al-maklum la baru sampai...~

 ~tengok la Razin, Airiel dan Aqil tu bawak haluan masing-masing..~




~ gemuknya aku dalam gambar nie [bajet kurus kan].. masing-masing mommy dan baby pandang kamera lain-lain, hepy jer anak-anak mase nie, sesi perkenalan kate kan~

 sorang termenung jauh, sorang lagi tengok ape tah yang menarik sangat kat bawah tu...
~my mom wif cucunya Daaliyaa~

 ~ nie sesi ke 2 gambar bersama, mase ni anak-anak dah start meragam... Annaila pun dah selamat bermimpi sampai ke bulan dah kot...~


~hadiah-hadiah....8 jer ade pun sebab 8 orang je yang boleh datang dengan izin-Nya~
 
 yeaa yeaa dapat hadiah....

aku dapat hadiah nie dari mommy Annaila {wawa donat}
tq wa.

so tu je la, serba sedikit cerita time gethering tempoh hari...
 kitaorang gerak balik dalam kul 2 ptg... ooo ye, lupa nak snap gambar makanan hari tu. Banyak jugak tau makanan yang mommy-mommy nie bawak. Ada satay, spegeti, kuih muih, kek dan macam-macam la.. [lupa ah banyak sangat]. Lepas balik dari event tu aku g My Dear warehouse pulak. Next entry aku citer k.

Monday, November 5, 2012

Bz + pening kepala..

Ingat nak hapdate pasal gethering semalam..tapi keadaan tak mengizinkan la..


Friday, November 2, 2012

pengubat rindu....cerita hari Jumaat..

Salam Jumaat, pejam celik, pejam celik dah masuk bulan November. Lagi sebulan nak masuk tahun baru 2013. Bila dah masuk tahun bau umur pun pasti meningkatkan? walawei dah tua dah aku yek..nak masuk 27 dah pun, rase macam 17 jer baru...hihi

Sekian lame menyepi, pastu muncul balik, lepas tu menyepi lagi then muncul balik ni aku just nak borak-borak hari Jumaat jer. Since dah lama tak update blog, aku nak citer benda yang terlintas kat fikiran aku nie jer.

1- Daaliyaa, anak dara aku tu baru jer baik demam. Walha baru jer baik demam 2 minggu lepas. Aku pun pernah bercerita dalam blog nie perihal dia demam 3 hari sebelum nak kena cucuk 6 bulan tapi after 2 week dia demam lagi. Kali nie demam dia makin teruk. Mase tu aku dengan dia jer kat rumah [laki aku kan outstation]. Dia demam elok jer bila dah sampai KL lepas balik raya Aidiadha hari tu. Mungkin penat duk dalam kereta dan penat asyik orang ni dukung, orang tu dukung balik raya lepas.


kesian bunga hati Bonda nie, demam lagi yek sayang.....
 2- Sebelum raya hari tu, aku apply cuti awal 2 hari. Aku ikut laki aku ke tempat keje dia sekrang kat Taiping. So 2 hari aku berkampung kat sane. Tak pergi mana pun sebab laki aku kan bekerja, pulak tu kat sana asal petang jer hujan. Mula-mula memang plan nak gi Zoo Taiping tapi memandangkan hujan jer so terbantut niatnya. Jadinya rutin kami 2 beranak tido jer la. Tengah hari laki aku datang ambil gi makan, then bawak gi site dia jaga tu. Kitaorang gerak balik kg malam raya, balik ikut jalan Grik coz balik rumah mentua dulu sebab nak buat akikah Daaliyaa.

Tunggu Ayah datang ambil nak gi makan, tido dulu seroung...

"Dah makan kenyang-kenyang, [tapi Bonda jer yang makan saya minum susu jer..huhuhu], ayah bawak gi site ayah keje pulak...bosan saya duk dengan bonda dalam kereta"

"saya dan bonda memang hantu bergambar..."

"kenapa muka saya begini yek...saya dah lupa la kenapa saya bermuka begini, agaknya saya teran berak or bosan tunggu ayah dalm kereta...???"

"ini lah site tempat ayah saya bekerja cari duit kasi kat bonda dan saya jugak untuk beli keperluan kami sekeluarga"

"gambar blur sebab time bonda tangkap gambar nie, dia letak kepala dia atas perut saya, kepala bonda dah la berat, tu yang saya tak duduk diam, bila saya tak duduk diam, tangan bonda saya pun bergerak jugak la..."

"ok, nie baru ok sikit kami berdua bersantai-santai dalam rumah"

"rumah yang ayah duduk ni besar tau, best saya golek-golek jadi macam askar kat sini"

"saya dan bonda lagi, hari ke-2 kami di Taiping..asyik duk rumah dan dalam kereta jer, ayah keje"

"saya tengah fikir nie, ape yang bonda saya buat tu"

"oooo bonda nak buat peace no war yek..."


3- Bila cuti banyak, harus lah keje kat ofis bertimbun kan. Tapi oleh kerena mood aku KOSONG, maka banyak keje tergendala. teruk kan dapat pekerja macam aku. nasib time nie bos aku tak de gi China, tu yang aku sesuka hati pending keje.hahhaha

4- Citer sedih lepas balik raya hari tu, sampai rumah tengok rumah blackout ko. benda yang terfikir kat fikiran aku harus la stok susu Daaliyaa kan. Sume stok tu rosak dan tak leh guna. sekarang gigih duk pump susu nak buat stok, nasib la sekarang Daaliyaa sekarang dah makan so, aku bagitahu pengasuh suh dia kurang kan dulu susu untuk dia sementara aku buat stok nie. So far boleh cover lagi nie. Hopely susu nie melimpah ruah la..

k ah nak sambung buat keje la, dah pukul 2.20 dah, keje banyak pending, Isnin nie bos dah masuk...
daaaa


:::Klik, klik, klik....:::