Followers

Monday, February 13, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Ke 2..

Salam sume warga blog...
Rindunya nak conteng-conteng kat blog nie...
dah seminggu lebih tak menconteng dek kerana kesibukan terlampau...
:::ewah2..sibuk sgt ker tu...huahuahua:::

Semalam merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku n suami yang ke-2...

12 FEB 2010 ~12 FEB 2012


Kejapnya mase berlalu kan..
Rasa macam baru jer diijabkabulkan....
Tup tup dah 2 tahun kami melayari bahtera rumahtangga...::ayat xleh blahkan..hahahah::
Dalam mase 2 tahun, pelbagai dugaan n rintangan yang kami tempuh bersama..::banyak la dugaan n rintangannya yek...macam mencabar jer hidup aku nie kan..hahah..padahal biase-biase jer..::
Tipu la kalu cakap sepanjang hidup bersama nie, tak pernah bergaduhkan...
Bergaduh, berbaik, merajuk, marah, cemburu, geram, sakit hati, kecil hati, gembira, sedih, duka sume tu adalah asam garam kehidupan rumahtanggakan...
Bak lirik lagu Allahyarham P.Ramlee "SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT,, INIKAN PULA SUAMI ISTERI" lebih kurang macam tu la kan lirik lagu tu...

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat pada yang Maha Esa kerana memberi dan menjodohkan aku dengan my lovely hubby, Norzaidi Hashim, kerana dia menerima aku seadaanya walaupun kadang-kadang tu dia la seorang yang suka mengutuk n memperli aku sampai kadang tu bergaduh n merajuk aku dibuatnya..
Ye la kan, setiap manusia yang dicipta bukan semuanya sempurna...
Mesti ade jugak kekurangan dan membuat kesilapankan...
Betul tak,,,???

So sempena ulangtahun nie, aku berharap Allah sentiasa merahmati perhubungan kami dan semoga perhubungan nie berkekal sampai ke syurga..Insyaallah...Amin...

Ni gambar terbaru kami...
Gambar mase sambut ulangtahun perkahwinan semalam...


::hukhukhuk..kenapa hidungku makin kembang,,,,menci..menci...:::

So cuba korang teka kemanakah destinasi kami kali nie...???
Sape betul nanti aku kasi OLE-OLE dari sana...hihihi
Ni bukan contest tapi saje nak kasi hadiah ole-ole dari tempat kami bercuti dan berbabymoon...
Terhad kepada 2 orang jer la, sebab sempena ulangtahun ke-2 kan...hihihihi..

No comments:

:::Klik, klik, klik....:::