Followers

Wednesday, December 21, 2011

Jaundice OR Deman Kuning

Hari ni saya nak share pasal penyakit JAUNDICE atau biasa kita dengar DEMAM KUNING...
penyakit nie biase akan berlaku pada baby yang baru bersalin...tapi sebenarnya penyakit ni boleh jugak berlaku pada orang dewasa seperti kita cuma kita jer yang jarang dengar orang dewasa kena penyakit kuning...
so hari nie saya pun godek-godek la en google nak tahu punca penyakit nie dan macam mane nak atasinya..


Penyakit ini berlaku disebabkan gangguan dan peningkatan salah satu komponen darah secara tiba-tiba di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai bilirubin.
Bilirubin adalah salah satu daripada hasil buangan apabila sel-sel darah merah yang sudah tua atau lama dihapuskan di dalam hati.
Apabila kandungan bilirubin dalam darah meningkat, ia akan merebak ke bahagian lain tisu kulit dan faktor ini menjadikan sel mata terutama mata putih putih menjadi agak kekuningan sehingga warna kuning akan timbul di seluruh kulit.
 
 
PUNCA
Jaundis berpunca daripada kandungan bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah sejenis bahan yang terbentuk apabila sel-sel darah merah pecah atau rosak. Sel-sel darah merah yang sudah tua dan tidak berfungsi dipecahkan di dalam hati.

Bilirubin berlebihan di dalam darah akan mengalir di dalam saluran hati dan dibuang melalui najis.

Secara fisiologi, jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan kerana bilirubin dikeluarkan secara berlebihan tetapi keadaan itu tidak berpanjangan.

Lebihan bilirubin di dalam tubuh boleh dibahagi kepada dua, iaitu:

1. Bilirubinia konjugated.
2. 'Unconjugated' bilirubin.
 
Lazimnya, jaundis yang berlaku di kalangan bayi ialah 'unconjugated' bilirubin. Bagaimanapun, bayi juga kadangkala boleh mengalami bilirubimia konjugated.

Jaundis di kalangan bayi selalunya disebabkan masalah darah atau hemolitik jaundis. Oleh sebab-sebab yang tertentu, darah merah mudah pecah sehingga menyebabkan bilirubin mengalir keluar dengan banyak.

Sebab-sebab lain termasuk kekurangan enzim tertentu di bahagian hati yang menyebabkan bilirubin tidak dapat dibuang melalui proses biasa.

Biasanya, bayi yang mengalami bilirubimia konjugated selalunya mengalami masalah saluran hempedu yang sempit atau dikenali sebagai 'biliary atresia'.

Apabila saluran hempedu sempit, lebih banyak bilirubin akan mengalir keluar sehingga menyebabkan pesakit mengalami jaundis yang teruk dan berpanjangan, iaitu melebihi dua bulan.

Di kalangan orang dewasa pula, pesakit boleh mengalami kedua-dua jenis jaundis, iaitu bilirubimia konjugated dan 'unconjugated' hiperbilirubin.

PUNCA JAUNDIS DI KALANGAN ORANG DEWASA
 
1. Penyakit batu dalam hempedu:
Pesakit selalunya menghidap penyakit batu dalam hempedu sehingga menyebabkan saluran hempedu tersumbat. Dalam keadaan normal, pundi hempedu berfungsi mencairkan air hempedu apabila pundi hempedu rosak akibat jangkitan kuman, misalnya, ada kesumbatan pada saluran hempedu, air yang terhasil akan menjadi pekat.

Keadaan itu seterusnya akan membentuk batu di dalam hempedu pesakit dan menyebabkan kesumbatan pada saluran hempedu.Apabila pesakit mengalami masalah itu, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti mata putih bertukar menjadi kekuningan, kulit terasa gatal dan air kencing menjadi pekat. Keadaan itu dikenali sebagai jaundis obstruktif.

2. Jangkitan kuman:
Jangkitan pada pundi hempedu boleh menyebabkan pundi hempedu membengkak dan sekaligus menghimpit saluran bilirubin. Bagaimanapun, pesakit hanya perlu menjalani rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk memulihkan keadaan mereka.

3. Striktur atau penyempitan pada saluran hempedu:
Saluran bilirubin boleh tersumbat disebabkan oleh striktur atau penyempitan pada saluran hempedu. Penyempitan kadangkala boleh berlaku disebabkan Jangkitan kuman atau kecederaan pada saluran hempedu. Sehubungan itu, pakar perubatan akan menjalankan pembedahan untuk meluaskan penyempitan itu, iaitu dengan membuat saluran baru bagi memberi laluan untuk bilirubin.

4. Kanser pada pankreas:
Pankreas yang terletak berhampiran saluran hempedu boleh menyebabkan kesumbatan pada saluran bilirubin.

5. Kanser pada pundi hempedu dan kanser pada kelenjar hati:
Kedua-dua kanser ini boleh menyebabkan lebihan bilirubin dalam darah. Kanser pada pundi hempedu dan kelenjar hati akan menghimpit saluran bilirubin menyebabkan mangsa mengalami jaundis berpanjangan.

4. Hepatitis:
Jangkitan kuman virus hepatitis A atau B adalah antara sebab utama orang dewasa boleh mengalami jaundis. Penyakit ini tidak perlu pembedahan, hanya ubat-ubatan. Jenis jaundis adalah 'unconguted',
 
 TANDA JAUNDIS
1. Mata putih bertukar menjadi kekuningan.
2. Air kencing menjadi pekat.
3. Najis seperti tanah liat manakala warnanya pucat daripada biasa.
3. Kulit terasa gatal-gatal.

BATU HEMPEDU PENYEBAB SAKIT KUNING 
Penyakit batu hempedu adalah antara punca yang menyebabkan pesakit mengalami jaundis. Penyakit itu bagaimanapun boleh dielakkan dengan mengambil langkah berikut:
1. Jauhi makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi.
2. Pilih susu yang mempunyai kandungan lemak rendah.
3. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.
4. Lebihkan sayur-sayuran dalam menu harian.
5. Minum air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
6. Sebaik-baiknya elak makan kulit ayam yang mengandungi kadar lemak tinggi.
7. Sesekali ubah cara memasak, seperti merebus atau mengukus.
8. Pilih minyak yang mengandungi kolesterol rendah apabila memasak.
9. Kurangkan memasak makanan dengan cara menggoreng.
10. Elakkan makanan seafood (makanan laut).
 
 
copy from google

2 comments:

Aty Fared said...

dolu2 mase adik2 kene demam kuning waktu lepas beranak..ayah selamber jer jemur adik bogel kat atas kereta tengah2 panas terik..tak bawak spital pon..opah kate care tu lebih elok...tapi kesian sngat rase nyer mase tu tengok budak tu melalak2..!!!nasib baik sihat sampai sekarang.. lepas ni kalau terkene kat cucu pulak[mintak dijauhkan] tak mo bagi atoknyer jemur macam tu lagi..huhu

Mr n Mrs Zaidi said...

BIAR BETUL JEMUR ATAS KERETA MCM TU JER...ALAHAI KESIANNYA....TP MMG ORG DULU2 JEMUR BWH MATAHARI PAGI JER...
TP ZAMAN SKRG TERLAMPAU BNYK BAYI BRU LAHIR KENA DEMAM KUNING NIE...FACTOR UTAMA PEMAKANAN IBU SEMASA PRGNNT...HARAP2 ANAK SIS ATY NNT XDE LA KUNING NNT KAN XPSAL2 ATUK DIA JEMUR ATAS KERETA JGK...HIHIHI

:::Klik, klik, klik....:::