Followers

Wednesday, February 6, 2013

5 Feb 2013 - Dugaan

Salam...No WW today coz aku nak share citer pasal semalam punya citer. Sangat menduga naluri sebagai ibu.. hamboi ayat...hihihi... Malam semalam Daaliyaa meragam start kul 12 tgh mlm sampai la ke pagi kelmarin... Bukan setakat merengek jer, tapi siap meraung bagai... Nasib mase Daaliyaa tak sihat nie, laki aku ade balik sini dan belum gi Taiping lagi. Tapikan Daaliyaa nie pandai tau, time tak sihat nie tak maunya dengan ayah dia tu.. Nak dengan aku jer.. Ayah dia dukung menangis meraung la dia... Time sihat, nak main nak pulak dengan ayah pastu dengan aku wat tak tahu jer... Gitu la perangai anak kecil kan..

So semalam pagi aku msg kawan ofis cakap masuk lambat nak gi hantar Daaliyaa gi klinik. Aku ingat malam tu terus nak gi Hospital Serdang tapi tengok keadaan dia panas2 suam aku releks dulu la, tenangkan dia..Lap guna kain basah sume. Masa tu suhu dia 38++... so bila dah lap dengan kain basah sume, suhu turun sikit. Malam tu aku risau jugak, cuma faham sikit la perangai Daaliyaa jenis memang panas malam, bila pagi jer suhu dia turun. Demam kali nie dia siap muntah-muntah lagi..Malam tu saje berapa kali tah dia muntah..campur pulak batuk-batuk + selsema, tu buat keadaan dia tak selasa.

Aku gi klinik kesihatan batu 14, tempat biasa aku check up. Sampai tu dah ramai orang, tapi sebab Daaliyaa nie kes baby demam, so potong q ah, cepat la sikit kan. Sebenarnya Daaliyaa dah seminggu on off demam nie.. Last Khamis aku dah gi klinik yang sama sebab demam jugak, tapi mase tu bila dah sampai klinik suhu dia turun jadi normal, so doktor just kasi ubat demam la. Tapi pagi semalam check suhu, 38++ suhu tak turun, pastu nurse tanya dah berapa hari demam sume, so bila nurse tu jupe doktor dia suh ambil darah dulu.. Lepas ambil darah terus masuk ubat ikut bontut dia, mase tu takyah cakap la macam mane Daaliyaa.. Dalam klinik tu dengar suara dia seorang jer aku rase.. Dia punya meraung menangis macam orang dera dia.. Pastu bila dah macam tu mula la nak muntah kan. So sementara tunggu result darah, dia diam jap, agaknya letih menangis dari malam tu kan...

Bila result dah dapat terus masuk jumpe doktor, tak perlu tunggu no bagai. terus masuk jer, so macam biase la doktor tanya itu ini kan. Bila dia baca result darah tu, aku tengok muka dia berkerut, pastu dia de cakap2 dengan doktor sorang lagi. Then baru dia terangkan pada aku tentang result darah tu. Dia cakap tengok pada result darah nie, result dia tak normal.. Dokor tu cakap, sel darah putih Daaliyaa lebih banyak compare darah merah, kemudian HB dia pulak cair..tak pekat.. Dalam darah pulak dijangkiti kuman. Masa tu bagai nak luruh jantung dan hati aku nie dengar sume.. Yaa Allah dugaan ape ni, macam-macam dah fikir masa tu. Air mata masa tu dah bergenang, suara pun bila bercakap dah mula ketar2 tahan nak menangis. Bila tengok keadaan aku panic macam tu doktor terus cakap, kadang tu ade jugak kesilapan makmal, so dia terus suh aku refer kat Hospital Serdang untuk lebih detail. Dia harap ni kesilapan la, tapi ape2 pun lebih baik jupe yang lebih pakar katenya. Kalu ini betul kesilapan makmal, Alhamdulillah, tapi kalu tak lebih berisiko. Dia ade jugak check paru2 Daaliyaa, tapi mase tu Daaliyaa menangis, so dia tak dapat nak detect bunyi then dia suh laki aku bawak Daaliyaa kuar dulu untuk tenangkan dia, sementara doktor nk buat surat untuk refer ke HS. Masa tu jgak aku tnya macam2 soalan dengan doktor tu pasal nie semua la.

Lepas jer dapat surat, aku terus gerak ke HS. Korang yg pernah gi HS tahu la kan, kat sana memang susah nak cari parking, berapa kali pusing baru dapat parking. Lepas tu terus kami gi kat unit kecemasan HS.. Daftar dulu kat kaunter, pastu tunggu nak panggil untuk check wif MA sebelum ambil no n jupe doktor. Masa nak check suhu tu, Daaliyaa dah mula start menangis, memang tak dapat ambil la suhu, sebab dia mengamuk n takut tengok MA tu. Bila dah macam tu, MA tu suh aku pantau sendiri suhu dia macam mane, tapi memang mase tu suhu Daaliyaa dah turun, maybe kesan ubat bontut tu. Bila dah check2 dengan MA, baru la kne gi kat kaunter lain plk nak ambil no. Dalam 1/2 jam jugak la menunggu, baru la no aku. Masuk tu, macam biasa la keje doktor tanya itu ini kan, pastu kena ambil darah sekali lagi nak compare result yang ambil kt KK14 tu. Mase tu bermula lagi drama Daaliyaa meraung melalak bagai, siap kena bedung lagi sebab dia menggelepor bila doktor nak cucuk ambil darah dia, so terpaksa la aku keraskan hati tengok n pegang anak meraung macam tu. Pujuk2 dia. Masa tu, Tuhan saje tahu bagaimana perasaan aku. Dah ambil darah kana pulak gi X-ray, nak tengok keadaan paru-paru dia, then tunggu 1 jam nak tunggu result.

kaki kecil nie dicucuk untuk ambil darah, time nie kat surau dan masa tu si kecil nie tengah tido

Sementara tu, kami gi makan dulu, pastu gi mandikan Daaliyaa jap kat surau, tukar baju bagai. Mase tu nampak dia memang dah tak bertenaga sangat2. Luluh hati tengok keadaan anak yang selama nie aktif jadi pasif gitu. Ngam-ngam aku gi balik kt unit kecemasan tu, no aku di panggil, so berdasarkan result kt HS, berbeza la, sel darah putih dia normal, hb dia normal cuma memang ade sedikit jangkitan kuman dalam darah dia. Time tu aku bersyukur sangat takde yang serius berlaku. Pastu X-ray pulak, doktor cakap memang ade sedikit kahak dalam paru-paru dia, so doktor suggest buat neb. pertama kali buat, meraung lagi budak tu, tapi lame2 tertido dengan sendiri. agaknya terlalu penat dan letih. Dah selesai sume, jupe doktor pakar kejap then dia check sekali lagi paru-paru Daaliyaa, Alhamdulillah keadaan lebih baik drp mula2 datang tu. So doktor kasi ubat antibiotik, demam, cair kahak, lelah. Gitu kisahnya semalam bila anak demam teruk.

Harap-harap Daaliyaa sihat jer lepas nie...Ayah dia dah blik Taiping pagi tadi,,huuhuhuhuhu..


5 comments:

Unknown said...

cepat2 Sembuh ye Daaliyaa

Wawa said...

huh!mama naila bergenang air mata baca kisah daaliyaa..daaliyaa cepat sembuh ye...

mommychaa said...

sedih mommycha. aduhai taktahu lah kalo benda yang sama terjadi pada mikha. sebak sungguh! semoga daaliya cepat sembuh yer sayang. sabar yer mama, awak tu pon ngandong. jgn stress sangat tau!

Aty Fared said...

Ya allah...semoge anak kecil daaliya sembuh cepat....risau la....

DYatie ABakar said...

Allahhuakbar.. Semoga daaliya segera sembuh.. InsyaAllah...

:::Klik, klik, klik....:::