Followers

Friday, February 8, 2013

Bonda : Rutin bulananku bermula dengan minum AIR GULA.....

As-Salam. Selamat hari Jumaat semua. Hari nie aku last keja, pastu cuti panjang sampai 18.2 ni.. Yela company cina, so cuti pun panjang la sebab diaorang kan nak sambut Tahun Baru Cina.

Semalam aku masuk ofis 1/2 day. Pagi2 lagi dah menapak kat Klinik Kesihatan Batu 14 (KKB14).


Bermula la episod rutin bulanan aku kat situ. Rutin bulan pertama aku dihidangkan dengan AIR GULA yang sesangat la sedap..mabeles gitu...hohohohohooh.. Sebelum minum air tu, kita mesti la kena pose dulu malam sebelum hari kena minum, ambil darah dulu baru la kena minum... Pastu tunggu 2 jam, ambil darah lagi...hohohoho.. Nasib la aku nie jenis bukan takut jarum dan darah.. seriau sikit2 jer la..

Sementara nak tunggu 2 jam tu, aku kena gi check up perut bagai. Sekarang, KKB14 nie de sistem baru, aku pun tak pasti la samada KK lain de buat jugak. Sistem mengikut zon/kawasan tempat tinggal kita, so nurse yang akan check up kita nurse yang same dari hari first kita buka buku sampai la kita bersalin. Aku fikir sistem nie bagus, at least bila kita jupe nurse yang sama senang untuk kita refer ape2 yang kita dah buat sebelum nie. Macam dulu, selalu tukar nurse, bila ade masalah banyak kali kena bercerita, dengan nurse A pun kena cerita, nurse B pun sama.. Penat wei nak bercerita tiap2 bulan benda sama.. So bila kita dapat nurse yang sama setiap bulan, dia pun dah tahu ape masalah kita nanti..

So semalam, macam biase la, kena gi kencing dulu, pastu hantar kat makmal, ambil darah untuk check HB. Dah siap yang tu, kena tunggu no pulak. Bila no kena panggil, kena timbang dulu, pastu check perut then ambil tekanan darah. Hah gitu la rutin ibu mengandung setiap bulan. Memang seronok, tapi letih menunggu giliran tu jer la. Lebih seronok lagi, time check jantung baby then boleh dengar denyutan jantung tu.. Wahhhh, xcited giler... Semalam, walaupun baru 19w, tapi nurse dapat cari denyutan jantung my baby...suka giler.. Teringat mase mengandungkan Daaliyaa. Kadang tu macam tak percaya aku mengandungkan anak ke 2 pulak. Mase Daaliyaa dulu, 20w++ pun nurse tak jupe cari jantung dia.. Dekat2 nak masuk bulan ke 6 or 7 macam tu baru aku dapat dengar.

Aku mengharap semuanya selamat sampai dia dilahir ke dunia nie supaya dapat jumpe dengan kakak Daaliyaa, aku dan ayahnya nanti. Aku tahu mengandung kali nie, memang tak se'xcited' macam mula2 mengandungkan Daaliyaa. Tapi aku masih bersyukur kerana Allah bagi peluang untuk mengandung lagi sementara usia masih muda ini. Anak itukan amanah dan rezeki Allah untuk pasangan yang dah berkahwin. Kenapa perlu pertikaikan. Cuma, aku sibuk dengan rutin harian dan Daaliyaa pulak masih perlukan perhatian daripada aku. Tu pun kadang-kadang aku tak sempat nak bermain-main dengan Daaliyaa lebih2 lagi bila suami aku nie takde kat sini. Sampai kadang tu aku terlupa aku nie mengandung. Ubat pun sekarang jarang aku makan, sebab ape..?? sebabnya aku TERLUPA la.. memang aku tak jaga kesihatan aku, tapi sebelum tido mai jugak terlintas kat fikiran aku nie, risau baby dalam perut merajuk dengan aku.

Sekarang aku selalu cakap dengan baby nie
 "Baby dalam perut bonda nie, bonda mintak maaf sebab kurang beri perhatian pada kamu, harap baby faham, kakak Daaliyaa masih perlukan perhatian drpd bonda, biar bonda beri perhatian kepada dia dulu sebelum kamu lahir kat dunia nie. biar dia rase kasih sayang drp bonda dulu sepenuhnya, Bonda janji lepas kamu dilahirkan, kamu akan dapat perhatian sebagaimana kakak kamu dapat. Bukan bonda tak sayang kamu, bonda sayang sume anak-anak2 bonda.. harap kamu faham yek sayang...."
Sambil usap perut dan sambil usap kepala Daaliyaa... Tapikan, memang mengandung kali nie lain sikit, setakat nie xpernah muntah lagi, just mual n loya jer. Cepat penat, tapi bila tengok Daaliyaa hilang penat tu sedikit demi sedikit... Agaknya kekuatan dtg bila tengok anak yang baru nak membesar dan perlukan perhatian drp aku, hilang tu terus penat sedikit demi sedikit.

ok la tu jer pun nak citer, kan panjang-panjang xde orang nak baca. Nie pun belum tentu orang nak baca..hahahha..xper, tak kisah pun , just luahan ape yang terpendam. So keputusan air gula kena tunggu hari nie la, kalu aku sangkut kencing manis ngandung kali ni, pihak KK akan tel, tapi kalu takde terima sebarang panggilan tel maknanya xde la tu kencing manis. harap2 takde la...


p/s:- dah check up perut bagai tu, aku siap gi bank lagi nak tukar debit kad aku dah xpired. ingat sampai klinik boleh terus ambil darah tapi siap kne tunggu lagi lebih kurang sejam..huhuhuuhuhuhuhu...

4 comments:

mommychaa said...

nasib kita serupa. napelah utk 2nd ni kemalasan melanda. kalo dulu asal berubah minggu je update blog bagai. anak tendang pon nak update status fb bagai...hihihi.

harap adik baby ok-ok jer dalam perot momycha. memang betul abang mikha tengah lasak. momycha kena radha...adik baby pon kena jugak beralah...

:(

sedih tapi itulah hakikat yang harus diterima...kan mama daaliya?

Mr n Mrs Zaidi said...

tu la psal sis...xper la, kita fikir betapa banyak pahala kita mase nie...semoga kita sama2 boleh menghadapi semua masalah nie yek mommycha..

diary_ciknaa said...

ciknaa pn same, awal2 dh telan air gula pekat likat tu.tp muntah balik tanpa misi tau..ngeh3.. tp skrg dh mls nk continue KK lagi.. check up kt uia je :) xlarat nak time slip je.dhla check up afiq pn time slip gak..

Unknown said...

tahniah..walaupun cepat tp rezeki dr Allah kan..moga selamat semuanya ;-)

:::Klik, klik, klik....:::