Followers

Thursday, January 3, 2013

Entry pertama pada Tahun Baru

Salam uolss semua. SELAMAT TAHUN BARU 2013, belum terlambat lagi nak wish kan. Pembukaan entry pertama untuk tahun 2013. Orang lain dah 10 entry tapi aku terhegeh-hegeh nak buat entry kan. Takpe, aku memang bukan blogger yang tegar. Blog nie pun aku buat untuk time free je boleh ah naik taip or citer merapu kat dalam nie.

Untuk entry pertama nie aku nak review dulu pahit manis sepanjang tahun 2012 secara ringkasnya ok. Tak kisah la korang nak baca ke tak kan, aku nak tulis jugak...biaq pi la..

1. Januari :-
- Mommy to be, mase nie baru 6 bulan pregnent.
- Dapat bonus untuk Tahun Baru Cina.

2. Febuari :-
- Ulangtahun perkahwinan yang ke-2. Sambut kat Melaka, time nie pregnent 7 bulan.
- Sibuk duk packing barang nak pindah rumah. 

3. Mac :-
- Alhamdulillah, dah pindah rumah sendiri. Walaupun bukan rumah baru [rumah second hand jer pun],
tapi aku bersyukur sebab dah boleh duduk rumah sendiri.

4. April & Mei:-
- Menerima orang baru dalam family. Pelengkap hidup aku dan suami. Lahirnya puteri kami yang sekarang makin panjang akalnya, Nur Daaliyaa Rafhanah Norzaidi.
- Majlis cukur jambul Daaliyaa
- Pertama kali berjauhan dengan suami dalam mase yang lama selepas berkahwin. Balik berpantang kat kampung aku di Terengganu.

6. Jun :-
- Pulang ke rumah sendiri kat Puchong dan menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu. Sangat mencabar.
- Kembali bekerja selepas 2 bulan cuti berpantang
- Pertama kali berpisah selama 8 jam lebih dengan Daaliyaa sebab kena hantar kat rumah Mak pengasuh dia.

7. Julai & Ogos:-
- Menjalani ibadat puasa bersama suami dan si kecil tersayang.
- Naik gaji lagi setelah 4 tahun bekerja di Eip Marketing Sdn Bhd.
- Menyambut hari raya Aidilfitri bertiga. Sangat xcited.
- En suami kena pergi oustation kat Taiping. Tinggal berdua dengan Daaliyaa

8. September :-
- Menyambut Aidiladha dan majlis Aqiqah Daaliyaa di kampung suami.

9. Oktober :-
- Perjumpaan dengan mommy blogger yang super duper gojes.
- Mendapat berita yang tak dijangka. Hamil untuk anak ke-2, syukur alhamdulillah walaupun tak sangka secepat ini.

10. November & Disember :-
- Menjalani kehidupan yang mencabar. Tinggal berdua dengan Daaliyaa dengan keadaan morning sickness.

So itu jer la pengalaman aku pada tahun 2012...



No comments:

:::Klik, klik, klik....:::