Followers

Thursday, January 24, 2013

~Tragedi 24 Januari 2013~

Pagi tadi aku bangun tido seperti hari biase, sebabnya aku tak cutik walaupun kebanyakkan ramai orang bercuti hari nie sempena Maulidur Rasul. Ofis aku nie tak semua cuti dia ambil, gazzette untuk public holiday hanya 13 hari jer.

So macam biase la kan, lepas mandi solat sume, aku akan iron tudung nak gi keje. Tengah2 bersiap nak pakai baju sume, si Daaliyaa macam dh gerak2 nak bangun, aku pun cepat-cpeat la kan tepuk2 dia balik sambil baring kat dia..Dia tido balik, tengok dia dah lena aku bangun gi iron tudung.

Tengah2 duk iron tu, gedebuk bunyi sesuatu jatuh, tengok2 subhanaallah, anak aku jatuh... terus campak tudung kat tangan gi ambil dia. Selok la menangis budak kecik tu. Mase tu muka dia dah pucat dah. Aku gosok2 kepala dia kat belakang, tapi rupa-rupa2nya bila aku tengok kt dahi, Ya Allah anak aku, benjol+lebam+calar2...


Mase tu hanya tuhan saje yang tahu macam mane perasaan aku... Memang aku tak sedar langsung dia bangun, biasenya mulut dia akan bising macam panggil kita kalu dah bangun, tapi pagi tadi memang tak dengar langsung. dengan aku2 sekali nak menangis tengok dia..masa aku angkat dia tu, dia terus peluk aku,takut agaknya..dah la katil rumah aku boleh tahan jugak tingginya...dalam 3 kaki lebih.

Kesan calar tu, mungkin sebab dia jatuh atas tikar, so kuatan dia jatuh tu yang lekat kesan macam tu. Aku de baca jugak blog2 yang cerita pasal anak diorang jatuh, bila baby jatuh tengok samaada dia muntah ke tak kan, daaliyaa tadi nampak macam nak muntah tapi tak pun. So far aku hantar kat pengasuh dia ok jer. Tadi aku tel pengasuh dia tanya macam mane keadaan dia, mak cakap ok jer nampak. Harap sangat takde kesan lain akibat jatuh tu. Rasa bersalah sangat, aku pulak terpaksa keje hari nie...


Bonda mintak maaf yek sayang, lepas nie bonda janji akan jaga kamu baik-baik.. :(


6 comments:

erin said...

alaa sian daaliya, aish pun baru jatuh lagi kt rumah pengasuh smlm, habis merah tepi mata, sakitnye hati. Xpe, lps ni tido bawah la nurul, aish sekarang rin tidokan kt bwh, gilir2 rin dgn ayah dia teman tidur bwh sbb takut dia katuh katil

eKa said...

ya ALLAH....kesiannya daaliya....better gi buat check kat klinik la.dr luar mmg tak nmpk apa.mana tau dalaman.sbb nurul kata tnga tu tinggi.risau pulak

Nurul Aziz said...

Hi..
Jatuh atas tikar buluh tu eh? Kalau jatuh kat situ memang tau, akan jadi kesan macam teruk.. walaupun terhempap sikit je.. semoga kakak Daaliya sihat-sihat je.. insyallah takde apa-apa, budak-budak tengah membesar kan, mmg lasak sikit.. ;)

!k@ said...

Huuu.cian die...
Kalo xmuntah insyaallah xde apa2..
Kakak daliyya kuat kan..meh auntie sayang kamuu sikit..muaaahh..
Jampi kasi hilang sakit.. :-)

Unknown said...

laaa....
kesiannye die
hr tue zara jatuh katil jugak
kami check seluruh badn die
naseb bek x pape

Nadt said...

kesian daaliya..saya da selamat bukak katil sebab takut my little saif jatuh.

:::Klik, klik, klik....:::