Followers

Friday, May 3, 2013

Doakan untuk Si kecil ini....Aqil Hamzah

Salam Jumaat semua. Di hari yang penuh berkat nie, jom kita sama-sama berdoa kepada insan-insan yang sedang bertarung pelbagai penyakit or bertarung nyawa untuk mengadap Ilahi. Semoga insan tersebut, tenang menghadapi segala ujian daripada yang Maha Esa. Kepada ahli keluarga dan saudara mara insan terpilih itu, semoga diberi kekuatan untuk menerima dan menghadapinya...

Dalam minggu nie, saya mendapat info yang anak  kepada blogger yang saya kenal iaitu ERINA, sedang kritikal di unit rawatan rapi [icu], Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam yang berpanjangan selama 2 minggu berturut2. Orang cakap demam on off gitu. Pemeriksaan doktor mendapati anak kecil atau lebih dikenali dengan AQIL itu dijangkiti kuman yang aku pun tak tahu ape namanya. Kalu nak info boleh direct contect Erina atau  kak Mimy Hamid, sebab kak mimy dah pergi melawat anak Erina semalam...

Aku kalu ikutkan hati mau gi tengok anak kecil itu, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Malam nie dah nak balik kampung. Hanya entry ni mampu aku buat untuk memberi sokongan kepada Erina dan jugak Aqil supaya kuat untuk menghadapinya...

Kepada sume blogger, mohon berdoa agar anak kecil ini sembuh seperti biasa...

Gambar last weekend, mase kenduri rumah Erin... Daaliyaa main kejar2 dengan Aqil...

[gambar dari blog Erina]


3 comments:

Fizah said...

semoga cepat sembuh utk aqil

erin said...

ya allah, serius susah hati, mak dia apatah lagi moga aqil cpt sembuh

anez zamri said...

cepat sembuh aqil..

:::Klik, klik, klik....:::