Followers

Friday, March 1, 2013

Adik Daaliyaa :- Scan 21weeks 6 days...

Tadi citer pasal anak dara aku nan sorang tu, so sekrang meh citer pasal adik Daaliyaa pulak. Semalam aku MC, batuk+selsema+ penat tak cukup tido sebab Daaliyaa tak berapa sihatkan hari tu. pastu keje pulak takde kat ofis, so pe lagi MC la. Pagi tu aku hantar Daaliyaa kt rumah 'mak' dia, pastu terus aku gi bank dulu, settelkan dulu mane yang patut, nak gi klinik, klinik tak buka lagi kot awal2 pagi. Gi bank pun, bukan nak gi kaunter, just atm dan cdm jer. Nak bayar segala hutang piutang yang ade tu.

Siap urusan bank, terus gi klinik yang biase aku gi kat Puchong tu, Klinik Azlini. Tapi mase tu pulak doktor tak masuk lagi, aku daftar dulu then terus kuar gi makan. Lepas makan tak tahu nak gi mane, plan nak gi tengok baby kawan aku baru bersalin, tapi fikir2 macam malas pulak, terus balik rumah sambung tido. hihihiihih..

Kul 11.50 kuar rumah terus gi klinik, sebab dah cakap dengan budak kaunter klinik tu tengah hari nak mai balik. Tunggu dalam 15 minit gitu, terus name aku panggil, lagi pun mase tu aku pesakit yang last menunggu.
Masuk tu, macam biase ah keje doktor, tanya sakit apekan. Aku cakap la batuk+selsema tapi takde demam pastu nak buat scan sekali.

Masa nak scan tu, aku de cakap la kat doktor aku selalu sakit kt bawah bila nak kencing, rase macam bengkak + senak. Mula tu aku fikir sebab kesan kita bersalin dulu. Almaklum la aku kan mengandung dengan jarak yang dekat, takut kesan bersalin dulu tak sembuh sepenuhnya lagi. Doktor cakap kalu macam tu biasenya jangkitan kuman, so doktor suh wat urine test sekali. Biase orang mengandung nie senang nak dijangkiti, aku pulak lupa nak tanya faktor jangkitan tu berpunca daripada ape, dah macam blur pulak aku time tu.


 Nie la gambar scan semalam, tengok pada scan semalam, alhamdulillah semua ok. Baby pun dah besar. nak tengok jantina tak dapat sebab dia kepit peha dan kaki dia, tapi kuat menendang + bergerak sana sini. Cuma anu dia tak kasi tunjuk lagi...hohohoho..

Lepas scan semalam, buat urine test, memang Positif aku de jangkitan kuman dalam air kencing. Sebab tu aku rase macam asyik nak kencing + sakit bila time kencing. Air kencing pun warna tak jernih. So doktor kasi ubat lawas kencing+antibiotik+selsema+batuk. Ubat pil boleh telan lagi, tapi ubat cair, huhuhuuh...susah nak telan. Ubat batuk memang aku tak minum langsung, tp ubat lawas kencing tu jer aku minum. 2 lagi ubat, jenis pil, so boleh telan dengan jayanya.

Semoga, baby dalam  perutku nie, sihat dan sempurna sumenya. Tak sabar pulak nak tunggu dia kuar.


P/s:- lepas balik kilinik, aku terus berdezup ke My Dear Warehousale...hihihiih.. MC tetap mc, alang2 dah mc kita gi cuci mata + cuci wallet... rambang mata dibuatnya...

4 comments:

Mommy_Cha said...

gitulahh...mc ke laut namanya ni...ke MC My Dear warehouse sale ni? hehehe. next time ajok le kita sekali dik oi ...:)

CikNaa said...

yg bulat belah kiri tu kepale ke ape? ciknaa 8hb bru scan, kasi tau single mingle or kembar :)

Mr n Mrs Zaidi said...

hahahha..tu la pasal mommy cha...mmg kalaut mcnya..hahahha..beres2,,boleh jer...

Mr n Mrs Zaidi said...

yg bulat tu kepala..yang satu lagi tu kaki cikna..oo yeke..best of luck..hihihi

:::Klik, klik, klik....:::