Followers

Wednesday, June 12, 2013

Bonda & Baby :- Persiapan untuk bersalin...

...Assalamualaikum....

Lebih kurang tinggal 3 minggu lagi nak bersalin.
So far segala keperluan baby baru nie nanti dah siap termasuk la beg yang nak bawak gi hospital nanti.
Awal2 lagi aku dah siapkan, sebab takut terlupa or kelam kabut bila buat disaat akhir.
Mungkin orang cakap, kan dah de pengalaman pertama tak perlu la terburu2 nak packing barang nak bawak gi hospital khannn TAPI takpe la lain orang lain pandangan kan.
Bagi aku, biar la kita bersedia lebih awal macam kita bersedia nak bersalin anak pertama dulu.
Malam tadi, sekali lagi aku check balik dalam beg baby dan beg aku sendiri ape yang diperlukan nak bawak gi hospital.


 Beg baby warna biru gelap dan yang warna merah ang2 tu beg aku ler.
Beg kecik depan tu aku letak segala toiletries.


keperluan baby yang dah siap packing dalam beg

 sebahagian keperluan baby yang nak pakai mase kat hospital nanti.
Ape yang aku bawak...?? 

Ok meh sini aku listkan mengikut pengalaman aku mase bersalin anak pertama dulu ler. 

5 pasang baju newborn 
4 helai kain lampin
3 pasang mitten & button
1 pax wet tissue [small size]
1 set travelling baby toiletries 
2 helai blenket
 1 helai tuala mandi
3 helai sapu tangan
1 pax pampers new born

Bawak lebih sikit takpe, sebab macam aku dulu, lepas bersalin 3 hari kena tahan ward.
Ade setengah orang, lepas baby kencing dan berak dah boleh balik dah, tapi kita tak tahu macam mane nanti kan, so better prepare banyak sikit ah

 Nie pulak barang untuk keperluan aku, 

2 helai kain batik
1 helai tuala
1 pax tuala wanita
1 pasang baju kasual [nak pakai time balik lepas discaj nanti]
pakaian dalam pulak terpulang pada korang la.
macam aku 6 helai seluar kecik + 3 helai baju kecik [nursing bra]
nursing cover

Ni pulak beg toiletries.

1 berus + ubat gigi
mandian +shampoo
cermin kecil
sikat
minyak angin / krim panas
minyak zaiton
breast pad [yeke orang panggil macam tu]

extra barang yang korang nak tambah sendiri tu terpulang pada korang la kan...
nie sebahagian keperluan yang aku nak share je la..
Mane tahu ade yang blur2 apa nak bawakkan...

 
beg ibu dan anak ready nak gi hospital dah....
kena letak kat tempat terbuka sebab kalu tengah2 kalut sakit ke nanti senang nampak dan ambil...

4 comments:

CikNaa said...

ciknaa lagi 10w.. tp buat masa raye boleh dop? kot2 beranak mse raye.. huhu.

mama ila said...

betul tu..prepare awal2 senang..nanti tiba masa nk bersalin..x kalut sangat...hehe..xsabar nak tgk baby =)

Nurul Aziz said...

Lagi 3minggu.. pheww.. cepat nya.. sekejap sangat dah tu.. nak wish selamat berpantang boleh tak? hehehe.. semoga dipermudahkan semuanya.. :))

Time Traveller said...

Thanks for sharing.. tgh baca2 nak siapkan beg utk isteri dan anak ni huhuu... :D

:::Klik, klik, klik....:::