Followers

Monday, June 17, 2013

Daaliyaa :- Sedut kahak....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uolsss..
Tup tup hari ni dah Isnin  balik, macam tak puas jer berhari minggu kan dan apabila Isnin kembali jer mesti ramai jadi warna BIRU kan, termasuk la aku jugak...kikikikiki... Jumaat lepas aku MC, actually Daaliyaa yang sakit, tapi bila anak yang sakit mak pun sakit sekali ler. Tak ke gitu..kikikikikiki...Lebih2 lagi mak yang tengah membuyung macam aku nie...

Jumaat tu, aku sebenarnya dah siap2 nak gi keje, tapi Daaliyaa lepas nyusu tetiba muntah.. Memang dia dah 2 3 hari batuk+selsema+berkahak gitu. Tapi aku tak gi klinik pun, sebab ingt batuk2 biase jer.. So bila dah kena macam tu baru le aku ajak laki aku gi klinik nak sedut kahak dia tu.. Tapi area Puchong nie xde plk klinik yang buat sedut kahak, yang de pun buat NEB tu jer. Aku tak nak buat neb tu aje, sebab buat neb tu bukan buang kahak tapi just dia cair kan kahak then baby akak kuarkan sendiri kahak tu bila batuk... Daaliyaa sepanjang hidup dia dah 2 kali buat neb tu so kali nie aku mmg decide nak sedut kahak biar la macam2 citer aku dengar bila buat sedut kahak nie. Sakit la, berdarah le, aku tak kisah, janji kahak tu terbuang, sakit sekejap jer compare kena dengar anak asyik batuk2 aje then bila macam tu mula la dia meragam lebih2 lagi time malam nak tido..

Bila dah takde klinik kat Puchong nie buat sedut kahak tu, aku pun cakap la kat laki aku pasal Klinik Wangsa, Dr Nadir Khan yang memang ramai review klinik tu bagus untuk kanak2 yang batuk berkahak nie.. Sebenarnya aku dah pernah bagitahu kat laki aku pasal klinik tu, tapi ye la Dr nadir tu dia ade time ofis hour jer, so macam payah pulak nak gi time keje kan. Mase tu pulak laki aku outstation... So, Jumaat tu aku korek kt blog kak Mimy dan Anis nk cari info pasal klinik wangsa tu. Bila dah jupe, terus aku tel klinik tu then tanya Dr nadir ade tak hari tu, tapi budak yang keje kat klinik tu cakap dr tu cuti Jumaat n Sabtu, kalu de hari Ahad kul 9pgi sampai 1 tgh hari.

So semalam, dalam kul 11 gerak dari rumah terus gi klinik tu, nasib la semalam jalan tak jem dan kereta pun tak banyak. Sampai jer kat Giant wangsa maju tu aku tel balik klinik tu nak tahu jalan macam mne sebab aku yang aku tahu dekat LHDN n Jusco wangsa maju jer... So dah tahu map, pusing2 jupe la klinik tu. Time sampai tu si bunga tido, so aku sorang turun gi daftar ambil no, ramai giler org. No aku 36, no semasa baru belas2 lagi kot...Dalam 20 orang jugak nak sampai turn aku tu, sementara tunggu turn aku gi makan dulu, sebab tak sempat nak makan dari rumah, habis bangun tido pun kul 9 lebih, buat itu ini tu yang lambatt kuar..hihihihi.. Dalam sejam lebih menunggu baru la turn kami... so meh le layan dulu gambar sebelum kejadian sedut menyedut... Tapi gambar semasa kejadian tak sempat nak snap al-maklum la tengah bergusti dengan si bunga yg super duper lasaknya..Ingat nama spesis bunga lembut la orang nya, tapi idak rupanya...hohohoho






 [gambar gegar jer, payah tul nak snap gambar cantik2 skrg..hihuhu]

Ceh, riang ria jer wajahnya... Masuk dalam klinik tu pun jalan dengan vangga sekali korang tahu.. Ye la, dia sorang jer bawak belon masuk klinik tu..belon tu orang kat kedai makan yang kasi laki aku cakap, sebab time tu aku xde, dia dengan ayah dia lepak kat kedai makn, aku plk duk dlm klinik tu nak tunggu turn. Dia masuk dengan ayah dia tersengih2 bawak belon.. Pastu habis orang ditegurnya, siap kepuk n tampar anak orang lagi pastu tersengih2 senyum...hohohohooh... Daaliyaa ooo Daaliyaa...awat la awak nie ganas sangat..Pastukan yang nak tergelaknya, de budak nangis yang tengah duk wat neb or sedut kahak kot dalam bilik rawatan tu , dia dengar pastu dia pun duk ajuk budak tu nangis jugak..huhuhu....

Bila tiba turn dia, dr Nadir  panggil Nur Daaliyaa, terus dia jawab sayaaaa...hahahha..gelak aku laki bini...
Tengok doktor, takut2 dah nak masuk bilik tu, bila dr nak cek dada n belakang dia, dia dah muka cuak.. So lepas check sume, dr cakap memang kuat bunyi kahak dia..lebih2 lagi belah belakang.. so dr tu bgi 2 pilihan semaada buat neb dan blik rumah buat macam stim muka then tepuk2 belakang n depan dada anak supaya bila batuk anak akan kuarkan kahak dia atau buat neb then dr akan sedut kahak tu.. aku cepat2 cakap nak suh buat sedut, sebab pilihan pertama tu aku pernah buat dah kat daaliyaa dulu.. so kali ni nak suh sedut pulak.. So dr kasi ubat nak buat neb dulu, time tu dah start drama air mata meraung bagai la...sampai tercabut sume wayar neb tu....hohohoho... Dah siap neb, doktor ajar pulak macam mne nak buat stim muka kat rumah dan tepuk2 belakang n depan dada baby, time tu punya la dia menangis teresak2...dia ingt doktor tu pukul dia agaknya....hihihihi..Pastu dr suh baring dia atas katil nak sedut kahak pulak... Sebenarnya xde la teruk sangat sedut kahak tu cuma bila anak dah besar nie, dia dah mula melawan bila kita pegang dia tu buat macam payah sikit...bila sedut tu banyak giler kahak kuar,, siap kuar kahak hijau lagi....dia sedut ikut hidung dan mulut, dr cakap kalu baby senang sikit sebab dia tak pandai nak keraskan badan n melawan sgt...

So dalam 20 minit gitu siap sume buat neb n sedut kahak.. Kuar ambil ubat sume then terus balik...
Total sume RM90..ok la tu kan...

Masuk keta si bunga tu teresak lagi...ayah pulak duk perli2 dia... ayah perli dia nangis lagi..hahah..jenuh aku pujuk2, bagi susu habis sebotol terus tido....hihihi..

Ni aku kasi alamat dan no fon klinik :-

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46, Jalan 24/27A,
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.
Tel :- 03-4142 1614

P/s:- semalam daaliyaa tido dengan lena jer..dah takde bangun batuk2 n bunyi kahak tu.,..Alhamdulillah...



3 comments:

m@m@yAyA said...

sian daaliyaa..

harap cepat sembuh yer syg..

diary_ciknaa said...

done bookmark entry ni..
sbb afiq tgh batuk teruk gak skrg ni..

Unknown said...

tq atas info..sngt berguna utk sy..sy pernah bertanya klinik pakar kanak2 tp hairan doc tk sanggup nak buat sedup kahak..knape yea?

:::Klik, klik, klik....:::