Followers

Thursday, November 22, 2012

cerita di pagi hari

Salam uolsss. Nie aku nak citer kat korang pagi tadi Daaliyaa jatuh katil. Nasib la budak tu tak menangis meraung bagaikan. Aku pulak bila teringat rase nak tergelak jer. hahahhahahaha...

Kejadian nie berlaku jam 5.30 pagi tadi. Memang sebelum tu aku tengok dia tido dah turun ke bawah, biase nya aku akan angkat dia ke atas balik kan, tapi hari nie aku tak buat macam tu. Pastu tetiba aku dengar "uk ek uk ek". Aku terkejut dari tido ingat Daaliyaa nak susu, bila buka mata tengah mamai sambil tangan duk raba-raba cari anak tengok anak takde, teruk luas mata aku terbuka.

Cari-cari tengok-tengok anak aku dah jatuh kat celah katil tepi dinding. Cepat-cepat kejutkan laki aku bagitahu anak jatuh, tapi dia buat dekkk jer, rupanya dia mamai jugak..hahah... Aku terus angkat Daaliyaa naik atas katil tengok dia terkebil-kebil. Time nie dah nak tergelak aku, sebab tengok muka lucu Daaliyaa. Tapi nasib la dia jatuh macam menurun kaki dulu, pastu ade bantal sekali jatuh dengan dia. Tak sakit kot sebab tu dia tak nangis.

Aku kejutkan sekali lagi laki aku bagitahu anak jatuh, baru bukak mata dan ambil anak letak tengah-tengah antara kami berdua. Memang tak dinafikan Daaliyaa sekarang tido makin melasak. Dia tido siap boleh buat 360 pusingan. Kadang tu sakit habis badan aku nie. Boleh dikatakan 2/3 katil tu dia yang conquer time tido. Mana taknya kalu sebelum tido tu, pusing kanan, pusing kiri, golek kanan, golek kiri baru nak tido.

Ni sebenarnya kali ke 2 Daaliyaa jatuh. Pertama kali jatuh time aku duk rumah kakak aku kt Cheras tu. Aku letak dia atas kerusi depan tv. Mase tu aku baru jer siap menyusu dia. Pastu aku suh anak buah aku tengok dia sebab aku nak naik angkat baju kat ampaian atas sebab time tu nak hujan takut tempias air hujan. Bila aku sampai atas aku dengar bunyi 'gedebuk'. Pastu dengar anak aku menangis selok doh. Aku cepat-cepat turun tangga nak tengok keadaaan dia. Nasib la xde ape-ape. Risau jugakkan. Time aku turun tu ma aku yang ambil dia, aku tengok anak buah aku dah pucat muka bila tengok adik sepupunya tu jatuh, mungkin terkejut dan tergaman. Orang cakap kalu baby jatuh dan ade muntah suh check doktorkan, tapi lucky Daaliyaa xde muntah-muntah ke ape.

So tu la jer citer pagi nie.. cerita Daaliyaa jatuh. Sampai sekarang dan semasa aku tulis entry nie, aku boleh tersenyum sorang-sorang teringat Daaliyaa jatuh katil pagi tadi...hahhahahahahha...

2 comments:

Wawa said...

mmg lawak kan bila anak jatuh katil. tp dorg bukan nak insaf, asek la nak jatuh je. best kot jatuh katil tu. hahaha. :p

Aty Fared said...

Heheh..mmg bdk besar2 ni tidor melasak...aty skrg tidor bwah kat bilik die..sbb kalau tido atas kati..aty tak ley tido die dok langgar kite...huhu

:::Klik, klik, klik....:::