Followers

Friday, September 7, 2012

PRIHAL ANAK SUSUAN....

tadi aku terbaca satu entry dari kawan blogger jugak tentang anak susuan dia..
so aku baru aku teringat satu kejadian nie [amboi ko macam serius jer kan]
aku kan pernah post pasal open house rumah b.i.l aku kat putrajaya kan...
so mase sebelum gi sane,aku ade la perah susu untuk daaliyaa dalam 6 or 7oz macam tu la..
buat stanby in case daaliyaa meragam time orang ramai, aku malas nak selak2 baju tu kan, lagipun selalu kena marah dek laki sebab bgi bf direct mcm tu kt public..[orang senang la gitu, takyah bwak botol susu bagaikan]
so mase sampai kat rumah b.i.l aku tu, aku taruk la susu tu dalam peti ais..
ye la masa tu daaliyaa kenyang lagi..
so simpan ah dlu susu tu kan...
bila dia dh lapar nanti baru kasi kan..
sampai malam daaliyaa xde ah meragam depan org ramai tu, so boleh ah aku direct bf dia kan..
bila dh nak balik tu, aku nak g ambil balik ah susu yang aku simpan tu..
tp cari punya cari takde botol susu kat dalam peti ais tu..
aku kuar, tnya biras aku tu ade tak nampak susu dalam peti ais tu..
dia cakap tak tahu, memang dia ade tengok tapi dia xde pulak ambil, cuma dia ade la kate, sape la letak susu dalam peti ais..
aku pun kuar kat hall depan, tengok macam botol daaliyaa..
tapi aku macam was2 la kan sebab susu dalam botol tu dah habis licin dah pun...
so aku tnya biras aku "nie botol susu faris ker kak..??".. dia cakap bukan..
comfirm botol daaliyaa..sebab mase tu aku jer last tetamu yang ade..
aku buka botol susu tu bau botol tu kan..
sebab susu ibu nie bau dia lain macam sikit kan..berbeza dengan susu fm...
ye la betul la susu daaliyaa yang faris minum...
kiranya faris dah minum habis susu daaliyaa...

persoalannya disini, adekah faris tu anak susuan aku..tu aku keliru...aku ade tnya kakak aku pasal hal nie..dia cakap syarat ibu susuan mesti anak yang minum susu kita tu kenyang sekurang-kurangnya 3 kali...


so aku pun google2 tentang isu nie..aku dapt satu info yang buat aku faham...meh aku kongsi k..


1. Secara ringkasnya, penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram yakni yang menjadikan seorang wanita sebagai mahram kepada anak yang disusuinya ialah yang memenuhi syarat-syarat berikut;
a) Hendaklah dari susu manusia dan wanita, bukan susu binatang atau susu lelaki.
b) Menurut ulamak-ulamak dari mazhab Syafiie dan Hanafi; disyaratkan juga wanita yang menyusu hendaklah telah mencapai umur 9 tahun. Namun ulamak-ulamak mazhab Maliki tidak mensyaratkannya.
c) Hendaklah jumlah penyusuan tidak kurang dari lima kali.
d) Bayi yang disusui hendaklah umurnya belum mencapai dua tahun.

2. Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie); tidak disyaratkan wanita yang menyusui itu didahului dengan mengandung. Oleh demikian, jika seorang wanita yang masih gadis atau wanita tidak mengandung (akan tetapi ditakdirkan mempunyai susu) lalu ia menyusui seorang bayi, bayi itu akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat tadi. Adapun mazhab Imam Ahmad; wanita yang masih gadis jika ia menyusui anak, anak itu tidak dianggap anak susuannya kerana susu yang terbit darinya adalah luar biasa dan tidak diterima pada adat/kebiasaan untuk menjadi makanan bayi.


3. Rentetan dari pandangan jumhur di atas, wanita yang terbit susu kerana makan ubat atau suntikan hormon, kemudian ia menyusui seorang bayi dengan susunya itu, bayi itu akan menjadi anak susuannya. Namun bayi itu tidak akan menjadi anak susu bagi suaminya kerana susu itu bukan dari suaminya (yakni bukan susu yang muncul kerana kelahiran hasil benih suaminya). Walaupun bayi itu bukan anak susunya, namun ia menjadi anak tirinya kerana susuan.


4. Penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram (kerana penyusuan) tidaklah disyaratkan bayi menyusu di badan. Yang disyaratkan ialah masuknya susu ke dalam mulut bayi. Oleh demikian, jika seorang wanita memerah susunya kemudian memberi minum susu itu kepada bayi, maka bayi itu tetap akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat-syarat tadi.


5. Disyaratkan lima kali penyusuan sekurang-kurangnya. Sekali penyusuan ialah apabila anak yang menyusu berhenti menghisap dengan pilihan sendiri, bukan kerana suatu sebab lain. Adapun jika ia berhenti kerana suatu sebab seperti kerana mengambil nafas atau untuk rehat seketika dan kemudian segera kembali menghisap atau ada sesuatu yang menarik perhatian tetapi kemudian ia segera kembali menghisap, atau dihentikan seketika oleh wanita yang menyusuinya kemudian kembali menyusuinya, semua itu tidak mengeluarkannya dari pengertian sekali penyusuan. Begitu juga, perpindahan dari satu tetek ke tetek sebelahnya juga masih dikira satu penyusuan. Apabila berlaku lima kali penyusuan mengikut makna penyusuan di atas, akan terhasillah ikatan mahram. Jika bayi hanya mengisap sekali dua, tidaklah menghasilkan ikatan mahram kerana ia tidak memenuhi pengertian sekali penyusuan dan tidak memberi kesan kepada pemakanan. Saidatina ‘Aisyah menceritakan bahawa Nabi bersabda; “Setakat sekali dua hisapan tidaklah mengharamkan (yakni tidaklah menghasilkan ikatan mahram)” (Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari).


Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh 'Adil al-Azzazi, 3/86-88.
2. Subulus-Salam, Bab ar-Radha'.
3. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan “Radha’ah”.
4. As-Syabakah al-Islamiyah, no. 121933

[credit to info panduan hukum hakam islam]




7 comments:

CikNaa said...

islam itu indah dah tak menyusahkan.. ciknaa pn dlu dengar 3kali kenyang baru sah jd anak susuan.. klu tak sengaja tak tau la plop :D

izwahasnan said...

tapi camne boleh terambil kn.. heee..
tak pe lh...

aTy _faRed~ said...

Mekaseh info...tp masalah aty..aty tak tau berape kali dah anak tu minumstock susu qaleef..tu yg maknyer perasan..yang tak??haaa...yg tu buat risau...

aTy _faRed~ said...

hurrmm..tu awak dah tau..hanyer sekali..macam aty...yang betul2 pasti sekali tu..yang tak pasti..?? yang tak perasan..?? tak musatahil dah berkali2 kan since anak aty pon dah duduk 2 bulan kat situ..tak de sape dapat agi jaminan berapa banyak dah anak tu minum susu ay..hanye sekali tu atau dah banyak kali...haaa....tu yang buat hati was-was..macamane pulak kedudukan anak2 tu nanti..sebab kite tak betul2 tau kan...*sigh..tak pe lah..aty pon ngah carik org yang lebih alim untuk menjelas kan kedudukan sekarang ni...sebab risau..

neway..thanks sharing ilmu..:)

Mr n Mrs Zaidi said...

cikna:- tu la pasal..untung kan kita..skrg yg pun tgh duk cri info pasal anak susuan nie...

Mr n Mrs Zaidi said...

izwahasnan: pakcik dia la yg ambil botol susu dlm peti..dia ingt tu yg faris punya...biase la, pakcik dia tu, tgk botol lebih krang jer terus dia kasi, lebih2 lgi tgk dlm botol tu dh ade susu...hihihih

Mr n Mrs Zaidi said...

atyfared:- tu la sis...xper3, kita kongsi ilmu..btl jgk tu kak, mne thu xebelum nie anak bs qaleef tu dh bnyk kali minum...semoga xde ape2 berlaku dikemudian hari....sy pun bila dh terkena sendiri bru nk ambil thu pasal nie sume...

:::Klik, klik, klik....:::